USB CABLE MAHAL vs MURAH RM5
Tidak di nafi kan, yang kita sebagai pengguna akan mencari sesuatu barang / servis yang semurah mungkin supaya lebih menjimatkan duit poket kita.
Namun, yang menjadi kesalahan adalah apabila kita :
” NAK KUALITI TIP TOP & TAK CEPAT ROSAK ,TETAPI NAK HARGA PALING MURAH ”
😂😂
Bak kata orang kampung saya , ” It’s not synchronize bro ! ”
Sesuatu yang berkualiti tinggi TIDAK AKAN DATANG dengan harga yang murah <<– Ingat !!
Ia sama seperti apabila bila memilih USB Cable untuk mengecas bateri smartphone . Pergi sahaja di mana-mana kedai / pasar malam, kita boleh dapat USB cable serendah RM5 . Ada juga yang di jual serendah RM2 seutas.
Murah kan? Seronok jimat duit kan ? 😎
Tetapi, tahu kah anda yang cable semurah itu akan memberi impak jangka panjang kepada smartphone anda seperti :-
Arus dari cable tidak stabil – Bateri cepat rosak
Mengecas bateri anda lebih perlahan dari biasa.
Ada pengguna mengadu smartphone mereka rosak selepas menggunakan USB Cable murah.
Sistem phone tidak menerima pengguaan USB Cabel murah – pengguna iPhone pasti alami .Sistem iPhone akan beri notifikasi yang USB Cable tersebut tidak boleh di gunakan.
Paling teruk (mintak di jauhkan) – boleh menyebabkan litar pintas & kebakaran . Ada kan berlaku dalam negara kita.
OK . Cuba lihat keratan rentas USB CABLE Original #AUKEY (seperti di dalam gambarajah).
USB Cable yang BAIK, BERKUALITI TINGGI dan SELAMAT akan mempunyai beberapa wayar mengikut voltan /arus & pelindung wayar yang tebal. Ia juga di lengkapi dengan ” ground cable ” yang berfungsi untuk menyalurkan lebihan arus terus ke bumi.
Ia akan memberikan pelindungan menyeluruh kepada smartphone, bateri serta kepada diri anda sendiri.
Jadi, saranan saya. Jangan kedekut untuk mengeluarkan modal yang lebih untuk membeli keperluan gajet anda. Kerana, ia sebenar nya akan memberikan penjimatan buat anda pada masa akan datang.
Dan lagi satu, untuk dapatkan prestasi yang maksimum & terbaik, pasti kan juga Charger yang anda guna juga adalah original .
Baru happy guna gajet seharian bro ! 😉😊
========
Power Bank @ Cable Original ?
>> https://sifupowerbank.com
Whatsapp – 017-787 9824