Ini adalah Power Bank PINENG 10000mAh Review Model PN-936 yang mendapat permintaan agak tinggi dek kerana harga yang mampu milik. Kami bawakan Power Bank PINENG 10000mAh review terus kepada anda. Adakah model PINENG PN 936 ini bagus ? Bagaimana prestasi power bank ini ? Berapa output ? Kami review khas untuk anda.
ORIGINAL Power Bank PINENG 10000mAh Review Model PN-936 Dual USB Output
Secara ringkas nya, power bank Pineng 10000mAh PN-936 ini adalah model biasa yang di perbaharui dengan bentuk luaran yang sedikit berbeza dengan power bank 10000mAh yang lain. Ini kerana, dari segi performance, model ini sama sahaja dengan model seperti PN-958 . Ada beberapa perbezaan pada model ini yang tiada pada model lain iaitu :
- Mempunyai 3 Input USB – Anda boleh cas semula power bank ini menggunakan Micro USB, atau Ligthning Apple ataupun USB Type C . Ini hanya lah untuk cas semula powerbank, ia tidak boleh charge out kepada smartphone anda
- Meletakkan butang ON OFF yang kebiasaan nya di bahagian tepi, untuk model ini di letakkan betul-betul di tengah atas power bank ini.
Setakat ini, hanya 2 perbezaan anda kami boleh nampak dari segi luaran power bank PINENG PN-936 . Yang lain, sama , dengan power bank 10’000mah yang lain. Output dari power bank ini masih mengekal kan output sehingga 5V 2.1A untuk setiap USB port output nya. Jadi, model PINENG PN-936 ini bukan lah power bank Fast Charging, jadi anda boleh gunakan pada mana-mana jenama smartphone anda.
Dari segi power indicator (agak penting ni) , model PINENG PN936 ini hanya menggunakan USB Lamp sebagai penanda kuaa bateri yang anda boleh gunakan. Untuk anda yang tidak biasa guna power bank dari jenis LED Lamp ini, info ini amat berguna untuk anda :
- 1 LED nyala : 1 ~ 24%
- 2 LED nyala : 25 ~ 49%
- 3 LED nyala : 50 ~ 74%
- 4 LED nyala : 75 ~ 100% ( Full Charge )
Dari segi berat pula, model 10000mAh ini agak ringan (hanya 235gram sahaja) jika di bandingkan dengan model-model power bank 10000mAh yang lain. Jadi, power bank ini amat sesuai untuk semua golongan terutama golongan yang bukan HEAVY USER , yang kaki gaming serta selalu letakkan power bank dalam kereta di waktu tengahari.
Tiada kekuatan unik untuk model power bank 10000mAh ini. Ia sama seperti model-model yang lain. Tiada pengecasan pantas, tiada LED Digital Display , guna LED
Kebaikan :
- Saiz agak kompak, tiada terlalu panjang / tebal.
- Mempunyai 3 jenis USB Port yang berlainan untuk mengecas semula power bank ini iaitu USB Type C , Micro USB serta Apple Lightning USB.
Kekurangan :
- Bentuk fizikal yang bosan.Tiada pembaharuan dari Pineng. Saiz sama dengan model yang lain.
- Tiada LED Digital Display
Jadi, jika anda mencari power bank 10000mAh yang murah serta kena dengan bajet anda yang terhad, kami sarankan anda dapatkan Power Bank PINENG 10000mAH PN-936 ini. Tiada apa yang menarik, tetapi terbaik untuk bajet anda. Ia masih boleh mengecas bateri smartphone anda sehingga 3X penuh (* berbeza ikut model smartphone). Dapat kan set Power Bank 10000mAH PINENG PN 936 anda melalui SHOP STORE kami di link di bawah pad harga ekonomi RM49 termasuk kos posage Semenanjung :
Semua set power bank kami adalah di jamin 100% Original dengan jaminan selama 1 Tahun dari tarikh pembelian anda. Jangan lupa untuk follow Instagram , Facebook Page serta Twitter Sifupowerbank untuk dapatkan maklumat terkini serta siri power bank Pineng 10000mAh review yang seterus nya. Jika anda ada sebarang soalan, sila tinggalkan komen anda di bawah.
Salam, nak minta advice untuk wireless powerbank yang elok dan selamat terutama bagi pengguna android dan iphone.