Soalan-soalan Lazim Yang Sering Di Tanya Oleh Pelanggan Sifupowerbank :-

Q1) Setelah saya terima Powerbank Pineng saya, berapa jam saya perlu recharge untuk permulaan / sebelum guna untuk cas phone saya?

————————
SPB >> Tidak perlu cas. anda boleh terus guna powerbank anda tanpa perlu cas powerbank tersebut terlebih dahulu. Kami telah uji dan cas kan 100% powerbank anda sebelum membuat penghantaran kepada anda.

Q2) Ada 2 USB port pada Powerbank Pineng saya. Ada 1.0A dan 2.1A.  So, nak guna port yang mana satu untuk cas phone?

———————–
SPB >> Untuk cas smartphone, anda boleh gunakan port usb 1.0A manakala jika anda mahu cas tablet / ipad pula, anda mesti gunakan port 2.1A. Jika anda hendak cas 2 phone serentak, anda masih boleh gunakan kedua-dua port tersebut. Tiada masalah utk cas serentak.

Q3) Bagaimana nak tahu Powerbank Pineng saya ini original atau Tiruan ?

———————-
SPB >> Untuk setiap powerbank Pineng yang anda beli dari kami akan ada 1 Tag berwarna BIRU pada kotak powerbank Pineng anda. Seterusnya anda perlu gores kan logo tersebut untuk dapatkan 16 digit bernombor unik dan verify kod tersebut di website www.Pineng.cn
Tutotial Penuh di: https://sifupowerbank.com/2015/06/13/cara-nak-tahu-powerbank-pineng-original

Q4) Jika rosak, macam mana nak claim warranty dan tukar pada Powerbank yang baru?

———————–
SPB >> Untuk Powerbank yang rosak bukan di sebabkan oleh kecuaian anda sendiri, anda boleh claim warranty Powerbank anda bersama kami. Sila return Powerbank anda yang rosak tersebut beserta dengan kotak yang original (Powerbank + USB kabel) dan resit pembelian dari kami sebagai bukti ke alamat yang tertera pada resit. Tanpa resit / Warranty Kad, claim anda TIDAK akan di layan.

Q5) Ada cara nak jaga power bank nie ??

———————-
1) Elakkan power bank anda dari terjatuh / terhentak / terkena air atau di baling oleh anak-anak.
2) Jangan tinggalkan power bank anda di dalam kereta terutama pada waktu tengahari kerana suhu di dalam kereta pada waktu panas tengahari adalah tinggi. Jadi, ia akan meningkatkan risiko power bank untuk lebih cepat rosak atau meletup.
3) Elakkan cas power bank terlalu lama dan MESTI guna charger original phone anda sahaja.
4) Di syorkan anda untuk mengecas semula power bank anda apabila power bank,berbaki < 10%.
5) Jika boleh, elakkan cas phone serentak dengan anda mengecas powerbank anda. Ia akan merosakkan system power bank dan phone anda.

Jika anda ada sebarang masalah / nak repeat order, sila SMS / Whatsapp ke 017-7879824 (Azlan) untuk bantuan dengan kadar segera.
TERIMA KASIH SEKALI LAGI KERANA MEMPERCAYAI SERVIS DAN PRODUK DARI KAMI.

Ikuti Maklumat Terbaharu dari website kami : Layari –> www.sifupowerbank.com

Yang Benar –>> Admin SPB (AzlanYussof +6017-7879824)

Blog : https://sifupowerbank.com @ http://azlanyussof.com Follow my IG – @sifugadget

Jika anda berminat dengan gadget seperti Smartwatch , Bluetooh Speaker , Memory Card, USB Cable,
OTG USB dan lain2, sila lawati : www.sifugadget.com atau search “Sifugadget” di Facebook.