Powerbank Kembung

Bagaimana Powerbank Kembung ? Apakah Cara Terbaik Untuk Elak kan Powerbank Kembung ? 

Kami terima banyak persoalan mengenai isu powerbank kembung ini. Atau nama lain nya seperti power bank mengelembung, powerbank mengandung, power bank bengkak dan sebagai nya. Isu nya tetap sama, iaitu bila mana bateri pada power bank tersebut akan ” membesar “dari keadaan asal nya.

Ini adalah contoh powerbank kembung yang pernah kami terima :

Ini kes yang dah sangat teruk sampai pecah body power bank . Bila bateri sudah mula kembung, ia akan terus kembung walaupun anda tidak guna kan hasil tindak balas kimia dalam bateri . Power bank kembung di atas ini hasil selepas hampir 3-4 minggu tidak di guna kan.

Tetapi kami nak highlight kan di sini, yang mana, bukan lah bila nampak kembung sahaja, bateri/powerbank tersebut akan terus meletup. Hakikat nya, ia tidak meletup selagi anda tidak buka body power bank, usik bateri yang kembung tersebut atau ada letak kan di tempat yang panas . Namun, sebagai peringatan,  bateri kembung tersebut BERISIKO SANGAT TINGGI untuk terbakar / meletup jika anda terus guna kan untuk mengecas,

Jadi, nasihat kami,  lebih baik anda ambil langkah berhati-hati apabila power bank anda sudah menunjukkan tanda-tanda kembung. Jangan guna dan simpan lagi power bank yang bermasalah.

Bagaimana powerbank boleh kembung ?

Bateri lithium / power bank kembung adalah di sebab oleh masalah “electrolyte decomposition ” ( penguraian elektrolit secara kimia) . Ini di mana, masalah ini akan menyebabkan bateri anda menghasilkan gas semasa proses charging (mengecas bateri)  atau proses discharge (mengecas gajet elektronik anda)  . Gas tersebut akan lebih banyak di hasilkan apabila bateri tersebut cas berlebihan atau berada dalam persekitaran suhu tinggi atau masalah charger/USB cable yang rosak / kualiti rendah.

Apa itu ” Electrolyte Decomposition ” ?

Dalam komponen bateri lithium, ia akan mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian Anode ( positif ), Cathode ( negatif ) dan bahan kimia elektrolit . Elektrolit ini bertindak menghasilkan tenaga / arus (semasa proses charging) dan bertindak mengalirkan tenaga / arus (semasa proses discharging) dari ion-ion aktif dalam bateri anda. Ia bertindak balas setiap kali anda guna power bank anda.

Sumber Gambar : http://storage4.eu/2013/03/rechargeable-battery-diagram-convention/

Jadi, masalah penguraian elektrolit pada bateri lihtium ini terjadi bila bahan kimia tadi tidak lagi bertindak balas antara satu sama lain. Ini menyebabkan terbentuk nya lithium oksida pada bahagian anode & cathode bateri anda. Apabila masalah ini berterusan & bateri ini di gunakan untuk charging / discharging, ia akan menyebabkan penghasilan gas-gas di dalam bateri secara berlebihan dan dalam satu tempoh masa, gas ini akan semakin banyak. Ini lah yang menyebabkan fizikal bateri anda nampak kembung @ membengkak.

Jadi, kita sudah faham bagaimana bateri power bank kembung. Perosalan seterus nya , boleh kah powerbank kembung tersebut kita terus guna ? atau boleh di repair ?

TIDAK.

Tolong jangan guna kan lagi power bank yang telah kembung kerana ia berisiko tinggi untuk terbakar / meletup. Dari mata kasar , kembung nya nampak  tidak terlalu besar / serius , tetapi lebih baik anda tidak guna kan lagi bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini.Bak kata pepatah , malang tidak berbau kan.

Ini contoh apabila anda cuba untuk buka power bank kembung tersebut, dan cuba untuk tahu apa dalam bateri kembung tersebut (hasil perkongsian dari pelanggan kami) :

Gambar # 1 – Power Bank Pineng PN-969 yang kembung pada bahagian atas .

Gambar # 2 – Semasa membuka power bank ini, bateri nya kembung. Beliau cucuk bateri kembung dengan pisau, dan secara pantas, bateri ini terus terbakar .

Gambar # 3 – Bateri power bank yang terbakar.

Seperti dalam gambar di atas, jika anda cuba untuk buka power bank yang kembung serta cuba nak tahu apa yang ada dalam bateri kembung tersebut, ia amat berisiko tinggi.

OK. Bagaimana untuk dispose / buang power bank kembung tersebut? Adakah semudah campak terus ke dalam tong sampah ?

Jangan terus buang power bank kembung dalam tong sampah. Kerana di khuatiri ia akan meletup & menyebabkan kebakaran yang lebih besar . Ini cara bagaimana nak dispose powerbank kembung :-

Bagi  dispose power bank yang bermasalah ini , anda mesti habis kan kuasa yang adalah dalam power bank / bateri tersebut terlebih dahulu . Kerana, jika tiada lagi kuasa dalam bateri , maka akan kurang tindak balas kimia pada bateri tersebut. Ada 2 cara nak habis kan kuasa bateri nya :

  1. Habis kan semua kuasa bateri dengan di gunakan pada alat elektronik lain. Contoh lampu LED . Anda boleh guna kan lampu LED tersebut sehingga bateri nya habis.
  2. Masukkan bateri dalam air masin (Hanya teori)

Selepas anda yakin bahawa semua kuasa bateri power bank tersebut sudah habis 0% , maka cara terbaik untuk dispose adalah anda hantar bateri kan bermasalah tersebut ke kedai / bahagian kitar semula. Mereka ada cara terbaik untuk lupuskan bateri tersebut.

Info Lanjut Mengenai E-Waste di Malaysia : Authorized Collector

Tips elak bateri / powerbank kembung :

  1. Guna kan aksesori yang tulen sahaja – Tolong jangan kedekut untuk laburkan duit anda pada aksesori telefon yang original & berkualiti tinggi. Paling penting adalah charger & USB cable mesti lah yang original. Elakkan guna aksesori murah kerana ia akan memberi impak yang besar pada bateri anda.
  2. Elakkan ovecharging – Jangan cas power bank anda terlalu lama apabila kuasa power bank tersebut sudah penuh.
  3. Jangan guna power bank yang panas – Kebiasaan nya, power bank yang panas di sebabkan over-discarging seperti anda gunakan phone sambil cas bateri nya.
  4. Simpan di persekitaran yang baik – Simpan dalam suhu bilik .Jangan simpan power bank anda dalam persekitaran bersuhu tinggi seperti anda tinggalkan power bank dalam kereta pada waktu tengahari.
  5. Guba power bank original sahaja – Jangan sesekali guna power bank tiruan . Anda tidak tahu risiko yang bakal menanti jika terus guna kan power bank tiruan tersebut.

Selain power bank Pineng, Aukey juga turut terkesan dengan masalah bateri kembung ini. Model yang efek adalah Aukey 16’000mAh PB-T9.

Kesimpulan nya , jika power bank anda sudah menunjukkan tanda-tanda kembung, tolong jangan teruskan penggunaan nya. Ikut cara lupuskan power bank kembung seperti di atas dan dapatkan power bank yang baru. Ingat, jangan sebab nak jimat beberapa puluh ringgit, anda membahaya kan keselamatan anda & orang di sekeliling anda.

Sumber info artikel :

  1. http://learningrc.com/puffed-lipos/
  2. https://www.quora.com/Can-a-powerbank-that-is-bloated-from-charging-still-be-used-or-charged-again
  3. https://www.quora.com/Are-swollen-phone-batteries-dangerous-How
  4. https://www.quora.com/What-would-cause-a-phone-battery-to-bulge-in-the-middle

8 thoughts on “Powerbank Kembung”

  1. saya pakai powerbank yg seperti diatas. bila pegang rase mcm kembung di bahagian tengah.. mmg powerbank tu mcm tu atw saya ptt buang dan jgn guna lagi ke?

  2. Encik, dalam link ‘authorised collector’ saya tak nampak description yang collect powerbank dalam senarai collector di Selangor dan di Kuala Lumpur. Adakah Encik tahu dengan pastinya tempat mana saya boleh dispose powerbank yang sudah sangat kembung macam gambar pertama di atas?

  3. Salam,

    Powerbank sy dh start kembung sikit. Hari sebelum masih on.Charger sy guna tu x elok mungkin. Persoalanya sy skrg ada di luar negara. Tak tau mana nak cari tempt dispose dan sebagainya. Saya dah tak chsrge cuma power dia masih ada dan saya tgh cuba habiskan.

    Saya nak main buang dekat tong sampah sini tak berani juga. Nak bawa balik Msia naik flight lagi cuak. Apa patut saya buat ye?…Mohon respon di email saya.

    1. Waalaikumsalam ,

      Yes.Cik boleh habis kan kuasa yang ada dalam power bank tersebut. Guna sampai kosong .
      Paling baik adalah tanamkan power bank yang kembung dalam tanah. Tetapi, jika tempat cik tiada tanah / mungkin cik tak familiar area sana , saya cadangkan cik bungkus tebal2 dan buangkan dalam tong sampah.Bila di bungkus tebal, ia akan kurangkan risiko lain.

      Itu sahaja yang boleh di lakukan. Sebab faham juga, tempat orang kan.. 🙂

      Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *