fbpx
Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review

Kali ini, kami bawakan review untuk Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh yang mana, power bank Baseus adaman 20000mah ini antara power bank menyokong fungsi pengecasan pantas untuk peranti Huawei / Honor sehingga 22.5W iaitu Supercharge. Tidak banyak aksesori smartphone yang menyokong Supercharge, jika ada pun, harga nya terlalu mahal. Jadi, dengan  ada nya Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh ini , ia nya pasti powerbank Supercharge yang dalam kategori mampu milik dari segi harga nya.

Jadi, kepada semua pengguna smartphone Huawei / Honor, kami sangat recommended BASEUS Power Bank 20000mAH Supercharge 22.5W ini. Jom kami kongsikan secara keseluruhan berkenaan power bank ini.

 

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review

SPESIFIKASI PRODUK – BASEUS Adaman 20000mAh Power Bank.

Product Specification BAS 20K Andaman SCP

ParameterDetails Specs
BrandBASEUS
Model # Andaman
Battery Capacity 20'000 mAH / 3.7V 74Wh (Rated Capacity - 12000mAh)
Battery Type Lithium Polymer
Input USB #1Micro USB - DC 5V/2A , 9V/2A
Input USB #2Lightning (Apple) - 5V/2A , 9V/2A
Input USB #3Type C - 5V/3A , 9V/2A ,12V/1.5A
Output USB -AQC3.0 - DC 4.5V/5A , 5V/4.5A , 5V/3A, 9V/2A , 12V/1.5A
Output USB Type CPD - DC 5V/3A , 9V/2A , 12V/1.5A
Weight410 gram
Size (dimension)143 * 65 * 27 mm
Power IndicatorLED Digital %
Charging Technology Power Delivery (PD) , Quick Charge 3.0 (QC 3.0) , Huawei FCP , Huawei Supercharge (SCP)
ColourGreen / Red /Black
Warranty6 Months from date of purchase

Di lihat dari spesifikasi atas, ia membawakan output yang sangat baik dengan menyokong fungsi pengecasan pantas Quick Charge 2.0/3.0/4.0 serta kekuatan utama model ini adalah, ia menyokong pengecasan pantas, Supercharge sehingga 22.5W.  Di pasaran, masih tidak banyak model power bank yang di lengkapi untuk menyokong pengecasan Supercharge ini kerana, sistem Supercharge ini lebih memfokuskan pada pengguna peranti Huawei / Honor.

Untuk pengeluar aksesori telefon yang lain, mereka lebih banyak menghasilkan model aksesori yang menyokong  pengecasan pantas 18W , kerana fungsi ini lebih meluasa serta menyokong banyak model smartphone di pasaran. Namun, tiada masalah sebenar nya jika anda menggunakan power bank Supercharge pada smartphone fast charging biasa kerana, sistem smartphone anda sendiri akan filter arus/voltan/ watt yang masuk ke bateri anda mengikut spesifikasi asal smartphone anda. Cuma ia akan menjadi masalah kepada harga, kerana lebih tinggi specs aksesori itu, harga nya akan lebih tinggi.

 

BENTUK FIZIKAL / BODY

Salah satu keunikan Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh ini adalah ia menggunakan body dari aluminium yang memberikan kemasan fizikal yang sangat baik dan rasa lebih premium apabila di pegang. Kami salah seorang pengguna power bank ini, dan terus terang, model ini bagi kami adalah yang terbaik dari segi kemasan fizikal nya berbanding dengan model power bank sedia ada.

Ini mengingatkan kami kepada model yang menggunakan jenis body yang sama dahulu iaitu jenama PINENG ketika saat permulaan ia di kenali iaitu model PINENG PN912 16800mAh (gambarajah kanan)

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 1 Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 2

Dengan kemasan seakan besi ini, ia akan memberikan kepuasan memandang serta memegang power bank yang seakan premium item. Jenama lain masih menggunakan plastik pada powerbank mereka.

Kelebihan lain, model ini mempunyai LED Digital Display untuk boleh memaparkan details berkaitan bateri dengan lebih baik berbanding LED Display biasa . Keunikan display LED Digital model BASEUS ini adalah , ia boleh memberikan 3 info untuk anda iaitu :

  1. Nilai Voltage (V)
  2. Nilai Arus output (Amp)
  3. Baki kapasiti bateri yang boleh di gunakan

Ini akan memudahkan anda untuk tahu data proses details mengecas bateri smartphone anda serta boleh mengesan sekira nay terdapat kerosakan pada power bank anda (overcharging, short circuit dan sebagai nya)

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 3 Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 4 Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 5

Model BASEUS Adaman SCP ini mempunyai 5 USB port iaitu terdiri dari 3 USB Input (Cas powerbank) dan 3 USB Output (Cas smartphone anda) . Ehh..Tetapi kenapa 6 USB port ? Tadi kami kata 5 USB kan ? Mana lagi satu USB ?

Baik. Ini di sebabkan oleh, model Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh ini mempunyai USB port Type C yang boleh di gunakan sebagai INPUT serta OUTPUT.  USB port Type C ini juga menyokong pengecasan Power Delivery (PD) untuk mengecas peranti Google Pixel dan mengecas pantas untuk Apple iPhone 8 sehingga 11 Pro Max.  Dua port USB A pula menyokong fungsi Fast Charging QC3.0 / Supercharge 22.5W untuk kedua-dua nya. Anda boleh cas 2 peranti serentak dengan pantas.

Untuk USB port INPUT pula, anda boleh mengecas semula power bank ini dengan 3 jenis USB cable iaitu, Micro USB / USB Type C / Apple Lightning. Jadi, tiada masalah jika anda tertinggal USB cable kerana anda boleh menggunakan mana-mana jenis USB cable yang ada dengan anda / pinjam dengan kawan-kawan anda.

 

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 6 Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 7

Adakah power bank ini berat ? Walaupun body menggunakan aluminum, berata powerbank ini hanya 404 gram sahaja untuk sebuah power bank 20000mAh. Jadi, ini masih di kira sebagai, standard berat untuk sebuah power bank 20000mAh original di pasaran. (TIPS) Sila pastikan power bank yang anda nak beli lebih berat, kerana khuatir jika power bank yang ringan, ia adalah powerbank tiruan. Dari segi saiz pula, lebar powerbank ini hanya selebar saiz kad sahaja, jadi ini membuatkan ia lebih mudah di pegang serta lebih selesa berbanding dengan power bank yang lebar / panjang seperti model PINENG PN-962 .

Secara keseluruhan dari segi fizikal powerbank ini, kami amat berpuas hati dengan bentuk fizikal/ kemasan serta spesifikasi yang di tawarkan cuma agak tebal. Boleh kata ini powerbank terbaik untuk powerbank 20000mah setakat ini.

 

Apa perbezaan antara supercharge dan fast charging yang lain ?

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 8
Source Picture: from product of SUNPHG . Please visit their website.

Di lihat dari gambarajah di atas, peranti yang mempunyai fungsi Supercharge di cas lebih LAJU berbanding dengan pengecasan pantas biasa.Ini kelebihan yang ada pada supercharge. Salah satu sebab nya adalah, Supercharge akan beroperasi dengan kadat watt yang lebih tinggi berbanding dengan sistem fast charging yang lain iaitu Supercharge beroperasi dengan watt sehingga 22.5W. Kebanyakkan sistem fast charging lain akan deliver sehingga maksima 18W. Jadi, dari segi kekuatan watt, pasti nya Supercharge lebih baik serta boleh mengecas bateri dengan lebih laju.

Namun, Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh ini menyokong sehingga 22.5W sahaja. Jadi, ia hanya boleh di gunakan pada model-model Huawei/Honor yang lama atau sesetengah model smartphone mereka. Ini kerana, ada beberapa model smartphone Huawei yang terbaharu menggunakan sistem pengecasan sehingga 40W. Pastikan anda check dulu spesifikasi smartphone anda yer. Jika tak pasti, boleh tinggalkan komen di bawah ( brand phone serta model ) ,admin kami akan check untuk anda.

Di harap , dengan Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review ini dapat membantu anda memilih power bank terbaik untuk kegunaan harian anda. Dapatkan set original BASEUS Power Bank 20000mAh dari kami yang pasti nya 100% original BASEUS.

Power Bank BASEUS Adaman 20000mAh Review 9

Leave a Reply

Shopping cart

0

No products in the cart.