Whatsapp : 017-787 9824
usb cable micro usb logitech

Pilih USB Cable Yang Betul – Elak Rugi Dengan Langkah Ini

USB cable ibarat penyambung hayat kepada sesebuah smartphone .Ia amat penting, tanpa USB cable, anda tidak mungkin boleh mengecas bateri smartphone ataupun pindahkan data / files dari smartphone ke laptop anda. Kecuali lah anda menggunakan smartphone premium yang di lengkapi dengan wireless charging. Pun begitu, wireless charging masih belum mampu mengecas sepantas guna kan USB Cable . Ini realiti nya…

Jadi, amat penting untuk anda pilih usb cable yang betul dari segi spesikasi supaya proses pengecasan berjalan lancar dengan voltan dan arus yang sesuai dengan smartphone anda.

Di sini, kami berikan petua untuk anda pilih USB cable yang betul tanpa menyesal tersalah beli atau tidak support antara USB cable dan smartphone.

 Petua Pilih USB Cable Yang Betul – Tanpa Menyesal Di Kemudian Hari

1. PASTIKAN ANDA TAHU JENIS SAMBUNGAN USB SMARTPHONE ANDA 
  • Ini amat-amat penting. Untuk pengetahuan anda, ada 3 jenis USB Cable yang biasa di gunakan untuk model smartphone terkini iaitu :
    • Micro USB : Biasa di gunakan untuk smartphone jenis Android dari spesifikasi pertengahan sehingga yang model biasa Android.
    • Type-C : Kebanyakkan smartphone model baharu yang di perkenalkan menggunakan sambungan USB-C atau panggilan lain , USB Type C . Ia berbentuk lebih panjang dan lonjong berbanding dengan USB Micro USB ( Perbezaan dalam gambarajah di bawah) . – Nak tahu apa itu USB Type C ?  Baca di sini : Faham Apa Itu USB-C
    • Lightning 8 Pin – Ini adalah USB Cable khas untuk peranti Apple sahaja seperti iPhone dan iPad . Ia berbentuk lebih kecil berbanding kabel Micro USB dan USB C .
Perbezaan antara Mikro USB dan USB Type C Cable
Perbezaan antara Mikro USB dan USB Type C

Jadi, amat penting anda tahu mana satu sambungan USB yang patut anda beli . Sila check smartphone anda menggunakan sambungan USB jenis yang mana. Adakah Micro USB atau USB-C atau Lightning ?

Untuk pengguna Android, anda hanya perlu fikirkan antara Micro USB dan USB-C sahaja. Jangan beli Lightning USB untuk guna pada peranti Android anda.. Jangan buat hal.. 🙂

Jadi, petua no.1 untuk pilih usb cable yang betul adalah, tahu jenis sambungan USB port IN smartphone anda, kemudian, baru cari dan beli USB cable anda. 

2. TAHU BERAPA ARUS YANG SESUAI UNTUK SMARTPHONE ANDA.

pilih usb cable type c yang sesuai

  • Arus yang mampu di terima untuk mengecas bateri anda tidak sama antara satu model ke satu model smartphone . Ada model yang menggunakan pengecasan biasa, ada yang menggunakan pengecasan pantas. Jadi, kadar output dari segi voltan serta arus adalah tidak sama.
  • Jadi, memilih USB Cable yang betul adalah juga sangat penting . Salah beli, ia akan efek proses pengecasan pantas anda. Seperti dalam gambarajah di atas , kedua-dua nya adalah USB Type C. Nampak sama, tetapi sebenar nya, ia berbeza dari segi performance . Untuk jenama Tronsmart, ia mampu membawa arus maksimum 3A sahaja, manakala yang jenama Baseus , boleh membawa arus sehingga 5A . Ini yang membezakan nya .
  • Jadi, sudah faham nya kenapa USB cable bentuk sama, tetapi performance / spesifikasi nya berbeza. Salah pilih dan guna, ia akan jadi kan sama anda cas bateri lambat atau anda rugi duit.

Jadi, petua no.2 untuk pilih usb cable yang betul adalah, tahu berapa spesifikasi arus / voltan yang boleh di bawa untuk USB Cable tersebut. Jika tidak tahu , sila rujuk semula dalam laman web ramsi jenama smartphone anda / buka semual manual book smartphone anda.

3. PASTIKAN ANDA JAMINAN
  • Jika nak beli USB Cable yang tahan lama, serta performance yang terbaik, anda wajib pastikan yang USB Cable tersebut datang sekali dengan jaminan dari pihak pengeluar / penjual .
  • Lagi lama jaminan yang berani di beri oleh pengeluar, semakin bagus dari segi kualiti USB Cable tersebut . Mereka akan menggunakan wayar serta penebat yang bahan terbaik supaya ia boleh mengecas bateri smartphone anda dengan lebih stabil dari segi aliran voltan dan arus nya.
  • Kami cadangkan kepada anda, jenama AUKEY dan TRONSMART untuk mendapatkan USB Cable yang terbaik serta tahan lama.

Jadi, petua no.3 untuk pilih usb cable yang betul adalah, pastikan USB Cable tersebut mempunyai jaminan dari pengeluar / penjual. Jika rosak secara teknikal, boleh mintak ganti rugi.

Ini lah 3 petua untuk pilih USB cable yang betul untuk kegunaan seharian anda. Pastikan betul sambungan USB anda. Sepanjang kami berurusan dengan pelanggan kami, masih ada yang boleh beza kan antara Mikro USB dan USB Type-C. Ada juga yang tersalah beli dan bila dah sampai, dah tak boleh guna.Jadi, ini amat merugikan anda.

Paling mudah, terus hubungi kami di Whatsapp / Messenger (butang biru di kanan bawah skrin anda) , dan kami akan bantu anda cadangkan mana satu model yang sesuai untuk anda.

Info lain – Baca sini : Nak Pilih USB Cable Murah @ Mahal ?

14 comments

    Ade jual otg tak dgn cable utk phone yes altitude atau tau tak mane nk beli online brg2 ni .. jazakallahu Khairan

    Apa charger sesuai utk Samsung A8

    Salam, bole suggest charger cable yg sesuai utk Oppo
    Tq

    Salam cik saya nak bertanya.. Saya ada powerband pineng model PN951 masalah utama saya adalah wayar yang digunakan untuk mengecas powerband ke banyakannya tidak dapat mengecas powerband saya. Wayar mane yang sesuai untuk digunakan kerana saya ada cuba wayar dari hp saya tapi tak menjadi. Harap sangat tuan boleh tolong wayar yg biasa saya pakai hilang…

      Boleh pilih mana2 USB cable yang original Micro USB.

    Jenama Aspor sesuai x dgn oppo atau universal charger

      boleh gun apa2 brand, janji yang original sahaja

    Assalamualaikum Tuan. Boleh rekemen cable charger terbaik untuk samsung galaxy s7. Terima kasih tuan.

    Plug charger wireless boleh pkai untuk charge phone tanpa wireless?maksud saye mase beli wireless charger tu ada plug kat dlm boleh charge ke tnpa wirless charge sebab wireless charge agak lambat

    Thanks 🙏

    Macamne nak tahu..fon tu sesuai dgn cas biasa 3a 5a atau 6a???..kompius btul ..dkt fon kite boleh tgk ke katmne

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping