Power bank tiruan antara salah satu mimpi ngeri buat mereka yang ingin memiliki sebuah power bank tetapi risau terbeli set tiruan.
Semua orang pasti memburu sesuatu barang yang boleh di beli dengan harga yang paling rendah . Lebih murah, lebih ramai yang akan mencari barangan tersebut . Ini memang tidak dapat di nafikan sama sekali, kerana, setiap individu berhak atas setiap sen yang bakal di keluarkan .
Namun, seperti yang kami selalu ingatkan kepada anda, untuk beli barangan yang berasaskan elektronik, anda tidak boleh lihat dari segi harga semata-mata. Kerana, lagi murah sesuatu barang elektronik / elektrik , lebih rendah kualiti sesuatu barangan tersebut.
Jadi, sila berhati-hati yer .
Selalu beringat, kerana banyak kes yang melibatkan barangan tiruan di laporkan di media-media sekarang.
Power bank juga salah satu mangsa barangan tiruan . Lebih popular sesuatu jenama, power bank yang di tiru 100% akan muncul dan di tawarkan dalam harga yang sangat murah.
Namun, tahu anda akan impak apabila anda membeli power bank tiruan ?
10 Masalah Bila Beli Power Bank Tiruan Murah
INI ANTARA MASALAH yang bakal terjadi apabila anda terbeli Power Bank Tiruan Murah :-
.
.
1) BARANG YANG DI TEMPAH LAMBAT SAMPAI – Ada kes yang ambil masa sehingga 2 ke 3 minggu untuk sampai ke alamat penerima. Penat dah tunggu.Tak kan kita perlu tunggu selama itu untuk dapatkan power bank kan.
.
2) MASALAH PADA KHIDMAT PELANGGAN – Servis after sales yang teruk . Anda ada masalah dengan power bank anda beli dengan penjual tersebut, tetapi apabila anda buat aduan sama ada melalui telefon & email , pertanyaan anda tidak di layan.
Ada kes yang beliau email pada customer servis , tetapi selepas 3 minggu , baru customer servis balas pertanyaan beliau. Tak seronok lah macam ini kan .
.
3) CEPAT ROSAK – Ini memang masalah biasa apabila anda guna Power Bank Tiruan Murah . Anda baru sahaja guna dalam tempoh seminggu, tetapi dah mula buat hal.
Contoh seperti , cas tak masuk, dah cas lama tapi bateri tak penuh-penuh dan paling teruk, masuk minggu ke-2, power bank terus rosak. Padam.Out of servis . Apa cerita ?
.
4) SUSAH NAK CLAIM – Dah lah power bank yang di beli sudah rosak, apabila minta tukar kepada power bank yang baru, pihak penjual minta anda bayar dahulu sehingga RM20 untuk kos pengurusan claim warranty & kos penghantaran power bank yang baru kepada anda..
Persoalan nya, kenapa perlu bayar ? Bukan kan penjual sudah berjanji untuk memberi jaminan kepada power bank tersebut ?
.
5) KAPASITI KURANG – Ini lagi satu masalah yang selalu di utarakan kepada kami. Kuasa bateri Power Bank Tiruan Murah cepat habis. Apabila anda dah cas penuh power bank, belum sempat bateri smartphone anda penuh, kuasa power bank yang habis dahulu. Stress nya bila hadapi situasi sebegini.
.
6) TIPU – Kami anda pelanggan yang berkongsi pengalaman beliau terbeli Power Bank Tiruan Murah . Harga agak mahal . Beliau beli power bank 20000mAh Pineng pada harga RM135, dan ok lah sebab barang yang di tempah sampai dengan selamat .
Namun, masalah mula berlaku pada hari pertama beliau guna power bank tersebut apabila, selepas cas penuh smartphone,power bank terus padam . Bila cas semula dah ok,tetapi bila guna kami ke-2, power bank tersebut padam lagi.
Sah , beliau terbeli power bank yang tiruan, tetapi di cas dengan harga yang mahal.
.
7) PENJUAL LESAP – Lebih kurang seperti masalah nombor 4 . Apabila power bank rosak, anda cuba hubungi penjual melalui nombor telefon penjual seperti dalam resit, tapi tidak di layan dan di jawab lansung.
Jika di Whatsapp ,message anda di “bluetick” sahaja.. bila anda tanya soalan yang sama ,anda terus di block dari nombor mereka . Sedih kan ?
.
8) TIDAK ORIGINAL – Tiada security sticker pada kotak power bank . Jadi, anda tidak boleh verify sama ada power bank anda beli adalah original ataupun tidak.
.
9) TIDAK CUKUP – Lebih hebat, ada penjual yang menjual power bank secara pakej seperti Buy 1 Free 1 atau beli 2 power bank pada harga yang lebih rendah dari pasaran . Tetapi apabila tempahan anda sudah sampai ke tangan anda , sepatut nya anda dah beli 2 power bank pada satu harga, tapi anda terima 1 unit jer. . aduhhh..kene tipu lagi..
.
10) PENJUAL NAK CLEAR STOK – Antara taktik untuk habis kan barangan jualan adalah dengan jual stok yang banyak tu dengan harga lebih murah supaya lebih senang terjual dan stok habis dengan cepat .
Apabila semua stok sudah habis,penjual tutup kedai atau menjual barang lain serta terus tukar nombor telefon mereka . Jadi, apabila anda ada masalah , anda dah tak boleh hubungi penjual untuk claim warranty . Siapa yang susah ?
Ini lah 10 Masalah Bila Beli Power Bank Tiruan Murah . Jadi, kami harap anda untuk dapatkan power bank yang betul-betul original di sini .
Walaupun anda lihat harga nya lebih tinggi dari harga yang berlegar-legar dari website lain, tetapi, kami pastikan setiap tempahan anda berbaloi dari segi servis kami, ke”original”an nya dan value after sales .Kami akan pastikan , kami support anda selama anda menjadi pelanggan Sifupowerbank .