fbpx

Di Mana Nak Buang Power Bank ?

Home » Di Mana Nak Buang Power Bank ?

Anda nak buang power bank yang sudah rosak ? Tapi di mana dan bagaimana ? Di sini, kami akan share dengan anda, bagaimana untuk anda boleh buang power bank yang dah rosak tu dengan cara dan saluran yang betul.

Ingat, anda tidak boleh buang power bank sesuka hati, di mana-mana tempat pembuangan sampah atau campak di mana-mana kawasan pun, kerana, power bank adalah peranti elektronik yang sensitif dengan perubahan suhu terutama, suhu yang tinggi. Kesan nya, jika bateri power bank tersebut mencapai tahap ketahanan maksimum, berkemungkinan tinggi, ia akan meletup dan seteruskan mencetuskan kebakaran di tempat pembuangan tersebut.

Juga, anda tidak boleh buang di sungai atau laut, kerana bateri powerbank mempunyai bahan kimia yang akan memudaratkan ekosistem hidupan air. Jadi, agak bahaya lah kepada hidupan air , dan jika bahan tersebut bocor dan masuk ke saliran air kita, juga akan membahayakan kesihatan manusia. 

Di Mana Nak Buang Power Bank ? Ini Saluran Yang SAH Untuk Lupus Power Bank.

Di Mana Nak Buang Power Bank
Pic source : https://mobileewaste.mcmc.gov.my/en-my/home

 

Ini adalah inisatif dari kerajaan Malaysia yang meminta semua pengguna gajet elektronik supaya melupuskan gajet yang usang / rosak di tempat-tempat yang betul dan sah. Jika sebelum ini, anda mungkin susah untuk anda cari tempat yang betul untuk buang power bank anda, kini anda boleh terus “drop-off” kan power bank tersebut di dalam Mobile e-Waste Collection Box yang anda boleh dapatkan senarai penuh dalam link di bawah : 

SENARAI LOKASI MOBILE E-WASTE COLLECTION BOX DI MALAYSIA

Antara gajet-gajet yang anda boleh lupuskan melalui mobile e-waste collection box adalah :

  • Mobile Device – Anda boleh lupuskan smartphone yang rosak / tidak boleh di baiki, smartphone model lama / usang, tablet atau apa-apa media player yang rosak/ outdated.
  • Bateri – Anda boleh lupuskan pelbagai jenis bateri seperti power bank , bateri laptop , bateri smartphone dan bateri-bateri gajet yang lain. Tetapi, mereka tidak terima bateri jenis biasa iaitu bateri AA atau AAA. 
  • Aksesori Smartphone – USB cable, charger , kad memori , earphones atau apa-apa jenis peranti elektronik yang sudah rosak / usang / outdated.

Jadi, kami sebagai penjual power bank yang berdedikasi, kami menyeru semua pengguna power bank di Malaysia supaya melupuskan / buang power bank anda di Mobile e-Waste Collection Box yang di sah kan oleh pihak kerajaan. Ini bukan sahaja untuk kebaikan kita, tetapi juga kita sebenar nya membantu memulihara alam sekitar kita untuk generasi akan datang. 

Untuk info lebih lanjut, boleh dapatkan di : https://mobileewaste.mcmc.gov.my/en-my/home 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PROMOTION

12.12

Save Up to RM50 !

Limited Time Only. Get your original Power Bank/ Any accesories phone with up to 50% discount.

*Limited Period Offer

00
Months
00
Days
00
Hours
00
Minutes
00
Seconds
Scroll to Top