Redmi, satu sub- brand oleh Xiaomi telah melancar kan 2 model Power Bank Redmi Terbaharu Dengan 18W Output (2-Way Charging) pada Februari 2020 untuk kapasiti 10000mAh dan 20000mAh. Model baharu power bank Redmi ini di datangkan dengan 2 USB Input serta 2 USB Output. Yang menarik nya adalah, ia datang dengan 2 USB Input iaitu port Micro USB dan USB Type C .
2 Model Baharu Power Bank REDMI 2020 untuk Pasaran di India
Model Power Bank REDMI ini mengguna kan bateri dari jenis Lithium Polymer yang menawarkan prestasi / kualiti bateri yang lebih baik berbanding Lithium-Ion. Untuk power output pula, power bank Redmi berkapasiti 10000mAh menawarkan output 10W , manakala untuk kapasiti 20000mAh menawarkan output 18W untuk kedua-dua port output nya. Jadi, anda boleh cas 2 unit smartphone serentak dengan pantas.
Kedua-dua model power bank Redmi ini di lengkapi dengan binaan dari plastik anti-slip . Dari segi ciri keselamatan, kedua-dua model power bank ini di lengkapi dengan 12 lapisan pelindungan dari isu ‘overheating’ dan “short-circuit’ . Anda boleh gunakan power bank ini dengan tenang dan selamat.
Saiz power bank Redmi 10000mAh adalah 150.5 x 73.6 x 15.1 mm , manakala untuk model 20000mAh adalah 154 x 73.6 x 27.3mm . Ia di datang kan dengan 2 pilihan warna iaitu Hitam dan Putih serta di lindungi dengan jaminan selama 6 Bulan oleh Xiaomi.
Buat masa ini, power bank Redmi ini hanya di jual di pasaran India dengan harga INR 799 (sekitar RM46) untuk 10000mAh dan INR 1499 ( sekitar RM85) untuk kapasiti 20000mAh . Kita harapkan pihak Xiaomi Malaysia boleh bawa masuk model power bank Redmi ini kerana, power bank dari Xiaomi terkenal dengan harga yang murah, tetapi berkualiti tinggi.
Sumber Info : GSMArena .
Dimana boleh dptkan Model Baharu Power Bank REDMI 2020 ni