Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ? 1

Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ?

Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ? Ramai traveler tanya soalan ini kepada kami. Adakah di benarkan bawa power bank dalam kapal terbang ? 

Power bank adalah gajet sudah menjadi kelengkapan wajib yang perlu anda bawa bersama semasa anda dalam perjalanan ke destinasi di tuju . Ini akan memudahkan anda untuk mengecas gajet-gajet anda tanpa perlu cari soket /plug untuk mengecas bateri anda.

Secara am nya , power bank tidak menjadi masalah apabila anda travel menaiki kereta atau kenderaan darat . Namun, sejak beberapa tahun ini, pihak berkuasa & pengendali lapangan terbang sudah pun mengetatkan peraturan berkaitan gajet elektronik yang mempunyai bateri semasa menaiki pesawat. Ada beberapa kriteria / syarat yang anda perlu check sebelum terbang di awan biru.

Ini kerana ada beberapa kes yang melibatkan kebakaran @ letupan kecil yang melibatkan barangan elektronik semasa dalam penerbangan. Antara kes yang melibatkan isu bateri ini adalah :

Lihat Laporan – Enquirer.Net Headphone Meletup Semasa Penerbangan ke Australia

Nampak situasi agak bahaya bukan ?

Mesti kita risau hendak membawa gajet yang mempunyai bateri semasa travel. Takut kejadian yang tidak di ingini berlaku pada kita. Lebih-lebih lagi hendak bawa power bank yang mana lebih 90% isi gajet ini adalah berasaskan bateri lithium .

Jadi persoalan yang amat penting , adakah Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ? Ini yang anda perlu tahu.

Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ? Ini jawapan nya.

power-bank-boleh-bawa-naik-flight

Jawapan nya adalah : BOLEH TETAPI DENGAN 2 SYARAT UTAMA

  • Syarat 1Anda di benar kan untuk membawa apa-apa jenis power bank / jenama / model semasa dalam penerbangan ,tetapi anda perlu bawa ia bersama @ ” hand carry ” sahaja dengan anda. Anda boleh simpan dalam handbag , dalam poket baju ..Yang penting, ia mesti bersama-sama dengan anda.  Anda TIDAK BOLEH SIMPAN POWER BANK DALAM BEG LUGGAGE anda. Ini penting. Jika luggage anda di kesan mempunyai power bank, penerbangan tersebut akan di tangguhkan sementara waktu untuk pemeriksaan lanjut.
  • Syarat 2Hanya power bank yang mempunyai kuasa di bawah ” 100 watt hours (Wh) per battery sahaja di benarkan untuk di bawa bersama anda. Jika lebih dari 100 Wh , anda perlu inform pihak pengendali penerbangan anda sebelum menaiki pesawat. Cara pengiraan ada di bawah.

Kenapa Hanya Boleh Bawa Power Bank Secara Hand Carry bukan di simpan dalam bagasi / ruang kargo ? 

Sesetengah bateri mempunyai “oxidizer (cathode)” dan ” fuel (anode) ” dalam menjana kuasa untuk sistem nya. Namun, ia masih memberi risiko apabila kedua-dua katod dan anod tersebut bertindak balas secara kimia dan seterus nya menyebabkan kebakaran kepada gajet tersebut.

Jika gajet tersebut terbakar semasa di dalam kabin, krew kapal masih mampu bertindak segera bagi mengawal kebakaran tersebut dari merebak ke kawasan yang lain. Tetapi, jika kebakaran tersebut terjadi dalam bahagian kargo (mempunyai banyak item) , ia pasti nya akan menyebabkan kebakaran menjadi lebih teruk dan melibatkan banyak ruang,  barangan dan nyawa.

Bagaimana Hendak Tahu Kapasiti Power Bank Yang di Benar kan Semasa Dalam Pesawat ?

Menurut peraturan dari Federal Aviation Administration (FAA) , power bank boleh bawa naik flight jika kuasa nya tidak melebihi 100 Watt per Hour . Semua jenama & model powerbank yang berkuasa melebihi 100 Watt Per Hour (Wh) adalah tidak di benarkan, dan jika anda perlukan juga, anda WAJIB declare powerbank tersebut di kaunter sebelum menaiki pesawat.

Tetapi, persoalan nya, bagaimana nak kira kuasa power bank dalam unit Watt Per Hour (Wh) ? Bukan kah power bank menggunakan unit mAH ?

Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ? 2

Semua power bank yang di pasarkan akan menggunakan unit mAH . Ia adalah ukuran kuasa standard untuk semua power bank tetapi ia nya hanya boleh di guna pakai jika sesebuah power bank menggunakan jenis bateri yang sama seperti alkaline atau lithium ion . Lain jenis bateri yang di gunakan, nilai sebenar kuasa mAH adalah tidak sama .

Namun begitu, setiap jenis bateri akan menghasilkan kuasa watt per hour semasa beroperasi & nilai nya lebih kurang sama antara satu jenis bateri dengan yang lain.  Jadi, untuk rujukan , ukuran kuasa menggunakan watt per hour (Wh) lebih tepat dan konsisten untuk menggambarkan kekuatan kuasa yang akan terhasil dari nya. 

Bagaimana Pengiraan Untuk Dapatkan Watt Per Hour (Wh) untuk power bank anda ? 

Formula nya adalah :

 [ mAH  / 1000 ] x  (V) Voltage = Watt Hour (Wh)

Sebagai contoh , mari bandingkan pengiraan jumlah Watt Per Hour (Wh) untuk 2 jenis power bank berkapasiti berbeza: 

Case Study #1 – Pineng PN-969 = 20’000mAh with voltage 3.7V

( 20000 / 1000 ) x 3.7 = 74 Wh 

Jadi, 20’000mAh power bank boleh bawa naik flight tanpa sebarang masalah kerana Wh masih di bawah had yang di benarkan iaitu < 100Wh . Anda boleh gunakan power bank anda dengan tenang & gembira di awan biru.

Case Study #2 – AUKEY PB-T11 = 30’000mAh with voltage 3.7V

(30’000 / 1000) x 3.7 = 111 Wh 

Untuk power bank 30’000mAh , nilai Wh nya sudah melebihi had yang di benar kan untuk di bawa menaiki pesawat . Jadi, anda yang ingin membawa power bank berkapasiti 30000mAh perlu kan mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa lapangan terbang / pengendali penerbangan anda sebelum anda menaiki pesawat.

Jadi, buat pengiraan anda sekarang !

Bagaimana result Wh anda ? Adakah melebihi 100Wh ?

OK. Kami ada satu lagi petua @ short cut yang memang akan memudahkan anda. Tak perlu kira-kira.Tak perlu keluarkan kalkulator atau buat jalan kira-kira dalam buku nota anda.

SHORT CUT NAK TAHU BERAPA WATT PER HOUR (Wh) POWER BANK ANDA .

Sangat mudah dan memang dah lama ada sebenar nya pada power bank anda sendiri. Mungkin anda tak perasan atau tak ambil tahu sehingga lah anda baca artikel ini. 🙂

Langkah #1 – Ambil power bank anda sekarang ! 

Langkah #2 – Pusing kan power bank anda ke bahagian belakang 

Langkah #3 – Baca spesifikasi yang tertulis pada bahagian belakang power bank anda. Selalu nya ada di tulis bahagian bawah /belakang. 

Contoh printed specification power bank Pineng :

Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ? 3

Power bank 10’000mAh ini berkuasa 3.7V 10’000mAh 37Wh . Lebih mudah kan nak tahu kuasa power bank anda ?

Tetapi, jika tulisan printed pada body power bank dah hilang macam mana ? 

>>  Cari semula kotak asal power bank anda , dan rujuk pada bahagian maklumat spesifikasi yang di nyatakan di luar kotak tersebut (seperti gambarajah di bawah)

Power Bank Boleh Bawa Naik Flight ? 4

Namun, fomula kira-kira di atas hanya SAH UNTUK POWERBANK YANG 100% ORIGINAL SAHAJA. Jika anda beli power bank murahan yang tiruan / gred AP, ia tidak tepat kerana, power bank tiruan di hasilkan dengan bateri gred rendah atau paling teruk, bateri berpasir seperti dalam sesetengah kes sebelum ini.

Jadi, jika anda bawa power bank murahan tiruan menaiki pesawat , anda perlu tanggung risiko sendiri jika berlaku apa-apa perkara yang tidak di ingini.

Kesimpulan pada soalan ” Adakah Power Bank Boleh Bawa Naik Flight  ? ” :-

BOLEH bawa power bank menaiki pesawat, cuma anda perlu hand carry dan pastikan kuasa bateri kurang dari 100 Wh .

Dapatkan 100% Original Power Bank Pineng , AUKEY, Tronsmart dan Baseus dari Sifupowerbank.com .

Klik di sini untuk tempah power bank yang di jamin 100% ORIGINAL pengeluar . Ada kapasiti 10000mAh sehingga 20000mAh yang pasti boleh di bawa semasa anda travel melalui penerbangan. Tempah di sini : 

beli-power-bank-shop

Rujukan Info :

https://www.faa.gov/about/office_org/headquarters_offices/ash/ash_programs/hazmat/passenger_info/media/Airline_passengers_and_batteries.pdf

http://blog.ravpower.com/2017/04/flying-planes-power-banks/

6 comments

    Kalau dedorant and perfume hand carry atau simpan dalam luggage?

      Hai cik, tak pasti.. Cik perlu confirm kan dengan pihak terbabit.. Boleh tanya staff di kaunter check in lugggage

      Thanks

      Apa juga cecair mestilah tidak lebih 100ml dan diletakkan dalam beg plastik transparent berzip.

        Terima kasih share info ini tuan.

        Best Regards,
        Azlan

    Tq boss…share info

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping