Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank Murah Bagus Ke Tidak ? 1

Power Bank Murah Bagus Ke Tidak ?

Saya suka topik ni sebab soalan ” ada power bank murah tak?”, ” Kalo boleh nak power bank murah bawah RM30 ” adalah antara soalan-soalan favorite mereka -mereka yang sedang mencari Power Bank ORIGINAL Murah dengan saya.

Dan persoalan nya di sini.. Kenapa HARGA menjadi keutamaan berbanding KESELAMATAN anda sendiri ? Perlu ke power bank yang murah ni? Ini pendapat saya 🙂 .Sebarang komen amat di alu-alukan.

POWER BANK MURAH BAGUS ATAU TIDAK ? 

Fakta yang sesorang penjual gadget tu tak boleh sangkal adalah ” Pelanggan Punya duit, suka hati dia nak beli murah ke mahal”..hehehe:-). Ini sudah menjadi kebiasaan kerana ramai yang lebih pentingkan HARGA dari KUALITI yang sepatutnya. Biar lah low quality sekali pun, janji MURAH.

Tahukah anda di mana , antara kekurangan power bank murah ini adalah:-

1) Produk Tak Serupa Bikin

external-battery-from-china-4

* Sumber Image : Google Image

Ini salah satu issue suatu masa dahulu. Boleh pulak ada beg pasir …adoiiii…Jadi, ini sangat memberi kesan kepada penjual gadget terutama yang menjual Power Bank pada masa tu.Ramai yang takut nak beli power bank sebab takut di tipu. Ini disebabkan, ada penjual yang offer kepada pengguna ni power bank berkapasiti tinggi (20000mAh – 40000mAh) tapi pada harga sangat rendah. Jika anda pengguna yang prihatin dan bijak menggunakan wang anda, adakah logik dengan OFFER macam tu? Fikir-fikirkan dan sayangi duit dari hasil titik peluh anda tu.

 

2) Copy Paste Brand

10696159_487652901375724_221243014341357114_n-300x226

 

Ini salah satu issue lagi..copy paste brand yang tengah HOT sekarang. Ada pengeluar power bank yang dengan senang hati copy paste brand power bank lain supaya power bank mereka senang di jual di pasaran.Jadi,tak perlu buat marketing gila-gila untuk up kan brand mereka. Tapi yang “terkena” siapa? Pengguna yang suka kan barang-barang murah ni. Nak power bank murah , maka dapat lah kualiti murahan.:-)

 

3) Produk Tiruan 

20150427154008

Jika anda tengok power bank ni sekali imbas, sure anda takkan dapat beza kan. Tapi jika di teliti semua, anda akan dapat tahu yang power bank body putih itu adalah TIRUAN dan yang hitam adalah power bank yang ORIGINAL. Jadi ada perbezaan harga tak? Sure ada. Power bank putih tu di jual lebih MURAH dari power bank berwarna Hitam dan power bank putih hanya 2 kali cas sedangkan power bank hitam mampu cas phone sehingga 4-5 kali. Jadi, nak beli power bank murah lagi?

Jika anda pertama kali nak beli power bank, saya sarankan korang baca artikel ini terlebih dahulu :

[su_list icon=”icon: check” icon_color=”#1c0cd2″]

[/su_list]

Jadi, ini semua terpulang kepada anda . Anda jadi lah pengguna yang bijak ketika memilih. Bukan hanya power bank, tetapi dengan setiap apa yang anda akan beli. Sayangi duit hasil dari titik peluh anda tersebut.

 

 

4 comments

    Bos masukkan powercase plak

      Terima kasih atas input bro..baik..saya dalam proses untuk buat review power case untuk iphone5 & 6 ..Jemput2 review nanti yer..:-)

        Bagusnya. Tahniah kerana sudi berkongsi ilmu.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping