Pengguna smartphone mungkin agak keliru ketika membuat keputusan untuk membeli POWER BANK kan? Yerlah..mana tak nya..lambakan iklan yang menerjah anda seharian sama ada dari FB, Instagram , blog atau Whatsapp. Semua seller di online / offline sering tawarkan power bank pada pakej dan harga berbeza yang buat anda pening mana satu nak pilih.. mana satu power bank paling baik? Jenama power bank apa yang boleh di percayai?
Pelbagai design, variasi,kapsiti bateri dan warna yang di tawarkan membuatkan anda rambang mata dan confius, mana satu nak pilih. Malah ada penjual yang offer powerbank “limited edition” seperti power bank Hello Kitty, Iron Man, Captain Amerika , Starbuck dan pelbagai jenama-jenama besar. Jadi, biasalah..bila limited edition & limited time offer, lagi lah korang bertambah pening nak pilih yang mana satu kan.
Berikut adalah beberapa kesilapan umum yang selalu dilakukan oleh pengguna semasa memilih & membeli powerbank yang ada di pasaran.
1) PENTINGKAN KAPASITI YANG TINGGI
Kenapa kita perlu titik beratkan pemilihan kapasiti bateri yang betul sebelum membeli power bank?
Anda perlu ingat,salah satu sebab adalah anda membeli power bank adalah supaya powerbank ini boleh di bawa ke mana-mana sahaja dan untuk menampung kekerapan mengecas phone anda dalam satu hari. Jadi, anda perlu pilih berdasarkan:
- 1) BERAT : JIka anda serorang yang selalu berada di luar, pilih lah power bank yang RINGAN, NIPIS dan KECIL untuk mudahkan anda bawa ke mana sahaja dan tidak membebankan anda
- 2) KEKERAPAN CAS : Pilih power bank ikut berapa KERAP ANDA CAS PHONE.Jika 2-3kali sehari, maka kapasiti 10000mAh sudah memadai.Tak perlu beli sehingga 30’000mAh pun
Tak perlu beli powerbank yang berat, kapasiti besar-besar atau semata-mata untuk kelihatan mewah. Pilih dengan bijak.
2) AMBIL KIRA JENIS BATERI / SEL POWER BANK
Jenis bateri adalah sangat penting dalam membuat keputusan untuk memilih power bank yang bakal anda beli. Kenapa ia penting ? Ini kerana jenis bateri/sel ini lah yang mementukan jangka hayat bateri anda sama ada boleh tahan lama atau tidak. Ada 2 jenis bateri yang di guna pakai oleh pengeluar power bank iaitu Lithium-Polymer (@ Li-Polymer) dan Lithium-Ion (@Li-Ion). Saya lebih sarankan anda memilih POWER BANK dari bateri jenis Li-Polymer kerana lebih tahan lama dan tahan suhu tinggi serta tidak mudah meletup.
3) KAPASITI TINGGI, TAPI HARGA TERLALU MURAH
Ada seller yang akan tawarkan anda powerbank berkapasiti tinggi (20000mAh – 40000mAh) tapi harga “super murah” jika nak di bandingkan dengan kapasiti nya. Saya pernah di tawarkan power bank 30’000mAh pada harga RM40 sahaja..wooowwww..mana tak terliur kan..dah lah harga murah, kapasiti tinggi giler. Tapi, bila try guna, hanya boleh cas 1 kali jer ( sepatut nya dengan kapasiti 30000mAh boleh cas lebih 10 kali kan), dan after 1 minggu, terus rosak.Jadi, anda perlu BERHATI-HATI dalam memilih harga power bank. Pikir secara logik.
4) CIRI-CIRI KESELAMATAN POWER BANK
Pastikan powerbank yang anda pilih nanti mempunyai ciri-ciri keselamatan yang akan melindungi anda serta gadget anda.Ada sesetengah pengeluar powerbank seperti Pineng menawarkan “Auto Cut Off” function pada setiap model power bank mereka.Ini membolehkan power bank tersebut Off secara automatik selepas phone sudah 100% di cas. Sila tanya pada penjual tersebut, apa ciri-ciri keselamatan yang ada pada powerbank mereka. Keselamatan anda anat PENTING berbanding wamg ringgit.
5) CONNECTOR MURAHAN
Semasa memilih power bank, anda tak tergerak hati untuk tengok connector yang di tawarkan dalam pakej penjual tersebut. Ini kerana, ada penjual yang sertakan conncetor / cable murahan dan tidak original. Kesan nya adalah litar pintas mungkin bakal terjadi. Saya syorkan guna USB original phone/tablet anda.
Akhir kata dari saya, pilih lah powerbank yang sesuai untuk aktiviti seharian anda sahaja dan buang mindset nak cari harga murah. Elakkan di tipu.Dapatkan hanya powerbank yang original sahaja. Sekian. Terima Kasih.