Terlajak Laris !! Xiaomi Power Bank memang antara jenama power bank yang paling popular dek kerana spesifikasi dan harga mampu milik nya. Tidak dapat di sangkal lagi yang Xiaomi telah menjadi pengeluar utama power bank di dunia.
Power bank bukan lagi pilihan kepada anda, tetapi di saat teknologi telefon bimbit yang semakin canggih dan perlukan kuasa yang lebih besar, maka power bank telah menjadi gajet yang wajib di miliki bagi setiap pemilik telefon bimbit di Malaysia dan seluruh dunia am nya. Boleh di kata kan, satu telefon bimbit satu power bank .
Tidak di nafikan, saat ini ada telefon bimbit yang mempunyai kapasiti yang lebih besar dari dulu, tetapi tidak dapat tidak, dengan penggunaan “mobile data 4G” dan kepesatan aplikasi telefon bimbit anda, anda tetap perlukan power bank untuk mengecas bateri.Lebih-lebih lagi di saat-saat kecemasan / perlukan mendapat bantuan.
Di sebabkan ramai di luar sana mempunyai masalah bateri cepat ‘kong’, power bank menjadi buruan pemilik-pemilik telefon bimbit. Dengan itu, Xiaomi telah mengumumkan bahawa, mereka telah berjaya menjual sebanyak 55 juta unit Xiaomi Power Bank sejak 3 tahun yang lepas (bermula dari 4 Disember 2013) di seluruh dunia. Ia satu angka yang sangat mengujakan dan tertinggi di kalangan pengeluar power bank dunia.
Ini bermakna, Xiaomi Power Bank terjual sebanyak 6 unit untuk setiap 10 saat. Hebat kan ??
Pada pendapat kami, kekuatan Xiaomi Power Bank terletak pada HARGA MAMPU MILIK nya. Anda boleh mendapatkan power bank di Xiaomi Malaysia dengan hanya RM99 (20000mAh), RM89 (16000mAh), RM59 (10000mAh) & RM39 (5000mAh). Cuma masalah utama Xiaomi Malaysia adalah, power bank di laman web rasmi mereka selalu Out Of Stock. Mungkin anda perlu tunggu lebih lama untuk dapatkan Xiaomi Power Bank anda.
Xiaomi juga mengumumkan power bank terbaharu mereka iaitu Mi Power Bank Pro. Lihat artikel di sini :- https://sifupowerbank.com/2016/03/21/power-bank-usb-type-c/
Rujukan :- Xiaomi