Whatsapp : 017-787 9824
Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 Mampu Mengecas Laptop 1

Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 Mampu Mengecas Laptop

Xiaomi Mi power bank antara power bank yang di tawarkan pada harga mampu milik seiring dengan jenama Xiaomi sendiri yang terkenal dengan penawaran harga rendah bagi smartphone keluaran mereka.

Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 Mampu Mengecas Laptop 2

Terbaharu untuk tahun 2019, pihak Xiaomi telah mengeluarkan satu model power bank berkapasiti 20000mAh yang mana, model ini mampu untuk mengecas laptop berasaska USB-C seperti Apple Macbook . Yang menarik untuk model Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 adalah , ia menyokong fungsi pengecasan pantas sehingga USB-C 45W secara dua hala . Ini bermakna, anda boleh mengecas bateri fon/laptop atau mengecas semula power bank ini dengan lebih pantas berbanding model lain.

Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 Mampu Mengecas Laptop 3

Dengan ada nya fungsi 45W untuk cas IN / OUT , anda boleh mengecas semula sehingga 4.5 Jam sahaja dari 0-100% berbanding jika anda mngecas dari pengecas 10W,anda perlu tunggu sehingga 11 Jam bagi penuhkan kuasa bateri dari 0-100% .

Model Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 ini juga di lengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan seperti , pelindungan dari suhu tinggi/melampau , pelindungan dari litar pintas, pelindungan lebiha cas keluar / masuk , dan pelbagai lagi . Jadi, selain berkuasa, ia juga selamat bagi memberi pelindungan terbaik dalam aktiviti harian anda.

Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 Mampu Mengecas Laptop 4

Antara model laptop yang menyokong fungsi pengecasan dari USB-C adalah seperti :

  • Apple Macbook Pro 13 Inch
  • Apple Macbook Pro 15 Inch
  • Dell XPS 13
  • HP Spectre
  • Huawei Matebook

P/S – Di atas adalah nama model sahaja,untuk meklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan penjual / laman web rasmi pengeluar laptop anda .

Antara kelebihan lain model ini adalah :

  1. Datang dengan fungsi 3 Output USB – 2 port USB-A dan 1 port USB-C
  2. Di jana oleh bateri lithium polymer berkualiti tinggi
  3. Kapasiti bateri sebenar 20000mAh
  4. USB-C menyokong pengecasan pantas 45W Input / Output
  5. USB-A menyokong output 5V/2.4A, 9V/2A, 12V/1.5A

Harga jualan yang di tawarkan hanya Y199 sahaja di China, lebih kurang RM121 mengikut tukaran nilai wang semasa . Harga ini amat berpatutan dan berbaloi dengan fungsi yang di tawarkan . Jika jenama lain seperti Tronsmart yang menpunyai fungsi yang sama, ia di tawarkan pada harga lebih mahal iaitu RM249 .

Buat masa sekarang, model Xiaomi Mi 20000mAh Power Bank 3 hanya di tawarkan di pasaran China sahaja. Mungkin, kita akan melihat pembekal aksesori fon tempatan membawa masuk power bank 20000mah ini.

Sumber Info : Xiaomi Power Bank 3

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping