Xiaomi menghasilkan power bank 20000mAh yang ringan dan berkuasa pada pertengahan penghujung tahun 2015 , dan untuk penghujung tahun 2016 ini pula, pihak Xiaomi terus menambah baik power bank 20000mAh mereka dengan menyertakan fungsi pengecasan pantas dengan teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0 dan 2-fungsi-pengecasan-pantas.
Fungsi pengecasan pantas ini amat di perlukan pada saat ini kerana ia mampu menjimatkan masa anda mengecas penuh bateri telefon bimbit serta powerbank sehingga 2-3 kali lebih pantas berbanding kaedah mengecas biasa. Power bank versi baharu ini masih mengekalkan ABS Plastic Body yang mampu membuatkan power bank dapat di pegang dengan lebih kemas dan tidak mudah jatuh.
Model baharu Xiaomi Power Bank 20000mAh ini menawarkan fungsi Dual 5.1V / 3.6A ouput apabila anda mengecas 2 telefon bimbit / gajet serentak dalam satu-satu masa. Apabila anda hanya menggunakan satu output USB sahaja, ia akan menyokong arus keluar 5V/2.4A – 9V/2A – 12V/1.5A yang di jana dari teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0. Selain fungsi mengecas pantas untuk telefon bimbit, anda juga moleh mengecas power bank ini dengan lebih pantas berbanding jenama lain.
Buat masa ini, Xiaomi Power Bank 20000mAh ini hanya di tawarkan untuk pasaran di China sahaja dengan harga 149 Chinese Yuan ( ~RM95 ) seunit. Masih tidak di ketahui adakah pihak Xiaomi akan menawarkan power bank ini di peringkat global.
Namun, buat anda yang memang mencari power bank seperti ini ,mungkin perlu tunggu sedikit masa untuk model ini di tawarkan di pasaran Malaysia melalui pemborong pihak ke-3 .
Sumber Artikel : Fonarena.com