Whatsapp : 017-787 9824
USB Type C Power Bank Terbaik dan Pantas 1

USB Type C Power Bank Terbaik dan Pantas

USB Type C Power Bank Terbaik dan Pantas. Buat mereka yang menggunakan samrtphone model terbaharu yang di lengkapi dengan USB Type C , agak sukar untuk anda mencari aksesori yang menyokong penggunaan USB Type C ini. Jika ada pun, harga nya agak mahal. Mungkin anda perlu tunggu lagi 1-2 tahun sebelum USB jenis Type-C ini di gunakan secara meluas dan pastinya harga aksesori pada masa tersebut lebih rendah berbanding sekarang.

Buat masa ini, kami hanya mampu kata kan ” bertabah lah ” ..hehehe. 🙂

Apa perbandingan antara USB 2.0 sekarang berbanding USB Type C ?

perbanding-usb-type-c-dan-usb-2-0

Gambar dari Google Image.

Anda boleh lihat perbandingan ketara antara USB Micro dan USB Type C , di mana USB type-C lebih berbentuk lonjong dan bulat di bahagian sisi kiri dan kanan nya. Antara kelebihan USB Type-C ini adalah ia boleh di sambung secara terbalik sama ada ke atas atau ke bawah.Manakala USB Micro hanya boleh di sambung pada satu arah sahaja.

Antara beberapa model telefon pintar yang menyokong USB Type-C adalah :-

      • 1) Huawei Nexus 6P
      • 2) Samsung Galaxy Note 7
      • 3) One Plus 3
      • 4) Xiaomi Mi 5
      • 5) HTC 10
      • ….Dan banyak lagi …

Namun, tidak dapat tidak, smartphones yang menggunakan USB Type C ini juga mempunyai masalah bateri yang perlu di cas dan pengunaan power bank masih releven untuk smartphone jenis ini.

Di bawah, kami senaraikan beberapa model USB Type C Power Bank yang sesuai untuk anda:

  1. Anker PowerCore+ 20100 USB-C

anker-usb-type-c-power-bank

Power bank ini berkapasiti 20’100mAh yang di jana oleh bateri dari Panasonic. Power bank ini juga mampu mengecas bateri telefon bimbit sehingga 7X (* bergantung kepada model telefon bimbit) dan mengecas laptop seperti MacBook yang menyokong USB Type C. Harga pada USD59.99 seunit (~RM250.30).

 

2. RAVPower 20100mAh External Battery

ravpower-power-bank-type-c

Dengan kapasiti setinggi 20’100mAh , model USB Type C Power Bank dari RAVPower ini antara pilihan terbaik untuk anda kerana model ini mempunyai 3 USB Output port yang mampu mengecas 3 telefon bimbit serentak dalam satu-satu masa. Yang menarik dengan model ini adalah teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0, di mana, power bank anda akan di cas 80% hanya dalam 35 minit sahaja. Harga pada USD59.99 seunit (~RM250.30).

 

3. 10000mAh Mi Power Bank Pro

xiaomi-mi-power-bank-pro-10000mah-black

Jenama Xiaomi tidak asing lagi bagi kita di Malaysia kerana terkenal dengan produk pada harga mampu milik tetapi berspesifikasi premium. Tidak hairan lah bagaimana Mi Power Bank terjual sehingga 55 Juta unit dalam masa 3 tahun sahaja. Mi Power Bank Pro ini berkapasiti 10000mAh dan menyokong pengecasan melalui USB Type C. Setakat ini, belum ada info bila ia akan masuk ke pasaran Malaysia. Harga pada USD34.99 seunit (~ RM146).

 

4.  Vinsic® 20000mAh External Battery

vinsic-power-bank-type-c

Bagi kami, model ini juga antara yang menarik perhatian kami kerana kemasan badan dan bentuk nya. USB Type C Power Bank dari Vinsic ini membekalkan kuasa bateri 20000mAh dan menyokong pengecasan pantas. Model ini juga di lengkapi dengan teknologi Qualcomm Quick Charge 3.0 yang boleh mengecas power bank anda dengan lebih pantas . Paling menarik, model ini mempunyai LCD Digital Display yang akan menunjukkan baki kuasa bateri power bank anda dalam digit bernombor. Harga pada USD59.99 seunit (~RM250.30).

Di atas adalah antara model USB Type C Power Bank yang menarik khas untuk anda yang memiliki smartphone yang menyokong USB Type C. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, kami cadangkan Mi Power Bank Pro. dan jika ada bajet lebih / bonus dah masuk, kami cadangkan Vinsic 20000mAh Power Bank.

Selamat mengecas yer 🙂

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping