TIPS PENJAGAAN POWER BANK Supaya Tahan Lebih Lama
Bagaimana untuk menjaga POWER BANK anda supaya boleh tahan lebih lama? Power bank anda hanyalah sebuah device elektronik yang sama seperti smartphone anda. Walaupun ia power, tapi sebenarnya masih perlukan Tips penjagaan power bank yang betul dan cermat supaya power bank lebih tahan lama.
Jika anda masih belum faham apa itu power bank, jom baca artikel ini : Apa Itu Power Bank
Mari amalkan tips-tips penjagaan power bank di bawah :
1. Jangan simpan power bank anda dalam kereta.
✔ Ini kerana biasanya suhu dalam kereta akan mencecah 40 Celsius atau lebih tinggi apabila berjemur di bawah matahari dan suhu tinggi ni akan mengurangkan lifespan power bank anda. Bateri akan bertindak balas secara kimia dengan haba dari persekitaran nya.
2. Jangan charge power bank anda dengan menggunakan USB port dari laptop atau PC ataupun DVD Player.
✔ Ini adalah kerana output dari USB port alat-alat tersebut terlalu rendah dan anda kena ambil masa yang lebih panjang utk mengecas power bank anda. Ini menyebabkan bebanan kepada power bank anda dan dalam masa yang sama akan menyebabkan bateri power bank akan cepat rosak.
3. Jangan charge phone anda dgn power bank dan simpan dalam bag.
✔ Ini akan menyebabkan haba yang terperap dalam bag memberi impak pada power bank dan phone anda. Di galakkan cas phone di ruangan yang terbuka.
4. Gunakan car charger anda jenis yang berkualiti tinggi.
✔ Low kualiti car charger biasa output current dia tak stable dan senang merosakkan circuit powerbank. Selalu menggunakan car charger yang low kualiti jugak salah satu battery phone anda cepat kembung.
Ha…. Rasanya inilah sahaja tips penjagaan power bank yang ingin saya kongsikan dengan anda hari ini. Jika anda ada cara-cara lain untuk menjaga power bank, boleh share di ruangan komen di bawah.
Semoga ia bermanfaat untuk kita semua. Share pada kawan-kawan anda yer.
Artikel Pilihan Pembaca :- Kenapa Pilih Brand Pineng ?