Bagaimana nak cas bateri iPhone lebih laju dari biasa ? Tapi tahukah anda, tak semua model iPhone menyokong pengecasan pantas. Jika anda pengguna iPhone 8 dan model di atas nya, maka anda sangat betuah.
Tak semua orang suka membazir masa tunggu sesuatu bukan ?
Sama lah dengan saya , paling tak suka bila ambil masa untuk tunggu cas bateri fon penuh . Sebelum ini, saya pernah guna smartphone biasa yang tiada pengecasan pantas, jadi, saya perlu tunggu lebih 2 jam hanya untuk penuhkan dari 0-100% bateri . Lama nya.. huh..
Pada pendapat saya, untuk tahun 2019, sistem pengecasan pantas adalah sangat penting dan patut ada pada setiap model smartphone yang di perkenalkan . Ini juga seiring dengan kapasiti bateri smartphone yang semakin tinggi sehingga 5000mAh untuk sebuah smartphone seperti Asus Zonfone Max Pro M2.
Untuk Android smartphone tiada masalah, kerana telah banyak teknologi pengecasan pantas di serta kan sekali bagi beberapa model smartphone mereka seperti :
- Samsung – Adaptive Fast Charging
- Oppo – VOOC
- Huawei – Super Charge
- One Plus – Dash Charge / Wrap Charge
- Qualcomm – Quick Charge 3.0 / 4.0 (di gunakan untuk cip pemprosesan Snapdragon – seperti Xiaomi)
Namun bagi Apple pula, mereka sudah ada fungsi pengecasan pantas bagi model iPhone 8 sehingga XS Max, manakala untuk model iPhone 7 Plus ke bawah, masih tidak menyokong pengecasan pantas . Jika anda membeli set iPhone , anda hanya akan di bekal kan dengan sebuah charger yang berkuasa 5W 1.0A sahaja, di mana, dengan output serendah ini, ia akan mengecas peranti iPhone anda dengan amat perlahan dan sudah pasti perlukan masa yang lama untuk cas penuh iPhone anda.
Jadi, soalan popular yang biasa saya terima : ” Bagaimana Nak Cas Bateri iPhone Lebih Laju Dari Biasa ? “
Nak Cas Bateri iPhone Lebih Laju ? Ikut Langkah Ini
A) 6 Cara Untuk Cas Bateri Lebih Pantas model iPhone 7 Plus dan ke bawah :
1. Set kan iPhone anda kepada tetapan “airplane mod ”
- Ini antara cara paling mudah untuk cas bateri iPhone lebih laju iaitu dengan tetapkan iPhone anda kepada “airplane mod”. Semasa mod ini, iPhone anda tetap hidup, namun tiada sambungan ke line telefon, message, internet dan sebagai nya. Jadi, semasa mod ini, iPhone anda ibarat sedang “releks” dan ia adalah mod yang sesuai bagi Cas Bateri iPhone Lebih Laju .
2. Shutdown / Off kan iPhone anda
- Terus padamkan iPhone anda sebelum mula kan proses mengecas bateri dan biarkan ia di cas dengan lebih pantas. Ini cara terbaik, tetapi agak berisiko kerana anda akan terlepas panggilan kecemasan / penting kepada anda .
3. Tanggalkan case iPhone anda
- Hampir kesemua pengguna smartphone suka menggunakan kerangka luar (case) sebagai pelindung utama iPhone mereka di samping, ia mencantik kan lagi sesebuah smartphone. Namun, menggunakan case akan memerangkap haba . Jadi, ia akan sedikit sebanyak, memperlahan kan pengecasan bateri iPhone anda. Anda di galakkan untuk menanggalkan case iPhone anda sebelum mula kan mengecas . Bila suhu bateri lebih stabil, proses pengecasan anda lebih lancar dan laju.
4. Cas dalam suhu persekitaran yang sesuai
- Ini lebih kurang dengan point #3 dengan menstabilkan suhu untuk mendapat kelancaran proses mengecas bateri iPhone anda. Jangan cas dalam suhu persekitaran yang tinggi seperti dalam kereta di waktu tengahari atau bekerja di kawasan industri berat yang mempunyai suhu tinggi.
5. Guna kan charger iPad – 5.1V 2.1A
- Untuk kebiasaan, anda hanya di bekalkan dengan power adapter (charger) berkuasa 5Watt sahaja. Jadi untuk cas bateri iPhone lebih laju , anda boleh gunakan power adapter dari model iPad kerana ia mempunyai kuasa watt , voltan dan arus yang lebih tinggi dan sesuai untuk kegunaan iPhone anda.
6. Tukar bateri apabila sudah lama
- Setiap bateri pada mana-mana peranti sebenar nya mempunyai umur iaitu kitaran pengecasan (cycle). Ia di kira berapa kali cas penuh dan kuasa berkurangan pada paras minimum, ia di kira satu kitaran. Ada bateri kitaran nya dalam 500 cycle . Jadi, semakin banyak di gunakan dan semakin menghampiri limit cycle nya, kuasa bateri akan semakin susut dan lemah . Sebab itu bateri iPhone anda cepat sangat susut walaupun dah cas penuh 100%
- Jadi, penyelesaian serta boleh kan Cas Bateri iPhone Lebih Laju , anda amat di galakkan untuk menukar bateri iPhone anda kepada bateri yang baru (pastikan yang original ya .. ) . Selepas anda menukar bateri anda, prestasi iPhone anda akan berada di tahap yang terbaik .
B ) Cara Cas Bateri Lebih Pantas untuk model iPhone 8 sehingga XS Max
Mengguna kan Aksesori Rasmi dari Apple
- Untuk mendapatkan pengecasan pantas, anda perlukan 2 aksesori utama yang wajib anda. Tanpa salah satu nya, ia tidak akan dapat deliver kepantasan yang anda impikan . 2 aksesori tersebut adalah :
- USB Cable USB -C ke Lightning
USB Cable ini amat penting kepada ia akan deliver arus serta voltan yang tinggi dari charger / power adapter ke iPhone anda. Jadi, sila dapatkan USB cable original untuk mendapatkan results yang terbaik . Jangan cari USB cable terlalu murah.
2. USB C Power Adapter – Sama ada 18W @ 32W
Ini sangat penting juga . Tanpa output charger yang betul, tiada lah pengecasan pantas kepada iPhone anda. Jadi, pastikan output charger / power adapter yang anda guna kan mempunyai output Watt, Arus serta Voltan yang sesuai untuk proses pengecasan pantas.
Untuk iPhone 8 sehingga ke XS Max, saya cadangkan anda menggunakan power adapter 18W atau 32W seperti gambarajah di atas. Bila lebih tinggi Watt, lebih kuat arus yang di keluarkan dan lebih laju bateri iPhone anda di cas .
Anda boleh dapatkan dua aksesori di atas melalui kedai rasmi Apple atau di website rasmi Apple Malaysia . Harga memang tinggi, tetapi pasti nya original dan berkualiti tinggi. Untuk rekod, harga dua aksesori adalahs eperti di bawah :
- USB cable C – Lightning = RM69 / unit (panjang 1 Meter)
- Power Adapter 18W = RM149 / unit @ 32W = RM189 / unit
PILIHAN ALTERNATIF
Namun, jangan risau tengok harga rasmi tersebut, kerana ada pilihan model lain yang lebih murah tetapi kualiti setaraf dengan dua aksesori di atas. Saya mencadangkan anda dua wall charger di bawah :
- Tronsmart Wall Charger – 18W QC3.0 – RM69.90/ unit (Beli di : SINI ) :
2) Tronsmart W2DT Wall Charger with Power Delivery 48W – RM149 / unit (Beli di : SINI ) :
Kesimpulan nya, jika anda nak cas bateri iPhone lebih laju dari biasa, anda perlu laburkan sedikit bajet anda untuk dapatkan aksesori yang original yang mempunyai spesifikasi yang lebih baik berbanding charger biasa yang di bekalkan oleh Apple – 5W charger. Pastikan ORI, baru beli dan guna dengan senang hati.
Apa power bank yg seeuai utk iphone xs
Semua powerbank yang ada port OUT type C + perlu guna cable Type C to Ip . Perlukan 2 benda ni, then baru boleh guna pada XS
Ble ke gna charger fast charger selain Apple punya…contoh adapter yg support quick charge 3.0
Boleh. Janji yang original . Tiada masalah
Saya guna pb yobao 20000mah pd, input type C DC 5v=2.1A . Soalan sy, cable paling tinggi sy bleh pakai untk caj pb berapa A dan kalau sy pakai yg 5A quick charge bleh atau tdak. Buntu
Boleh, tetapi nanti yang masuk hanya 2.1A sahaja. Tidak akan lebih. Bergantung sepenuhnhya pada specs input device tu. Ada limit.
tronsmart adapter yg abg suggest ni trusted ke?
Recommeded sebab original.
Untuk ip 11 ProMax , boss sarankan guna charger 18W atau 30W ? Dan cable USB -C Lightning sesuai ke untuk 11 ProMax ?
Recommended max 18W
Utk 7 plus boleh ke guna 18w ?
Yes.Boleh
Powerbank utk ip7+ plissss
Ok
Hi….
Nak tnya,….knape tiba2 nk cas fon charger x berfungsi.
Mcner nk tau samada adaptor problem atau cable problem.
Sy guna iphone 11 pro max .
utk xsmax .. cable dn adapter ?
boleh ke pakai adapter charger samsung 25W untuk iphone 13 pro max
Yes. Boleh tuan, Janji charger to Original Samsung.