Solusi Kepada Bateri Kembung Meletup 2019

Masalah bateri kembung sama ada bateri power bank atau bateri smartphone adalah dalam kategori yang serius kerana ini akan melibatkan kerosakkan yang besar kepada persekitaran atau kepada pengguna itu sendiri.

Sebelum ini, dah banyak isue berkaitan bateri lithium yang meletup / terbakar semasa pengunaan nya sehingga melibatkan kehilangan nyawa.

Namun, satu syarikat dari California US , Amionx telah berjaya menghasilkan satu teknologi yang mampu melindungi bateri lithium dari terbakar / meletup (explosion-free). Syarikat ini akan mempatern kan teknologi battery explosion – free yang di beri nama “SafeCore”

 

Untuk memudahkan pemahaman anda, anda boleh lihat perbanding semasa ujian tersebut antara bateri biasa (kiri) dan bateri yang mempunyai teknologi SafeCore (kanan) :

 

Bagaimana teknologi SafeCore ini berfungsi ? 

Teknologi SafeCore tidak menukar / menambah komponen bateri tersebut. Semua nya sama seperti bateri lithium biasa yang ada di pasaran. SafeCore adalah satu lapisan tambahan yang ada pada bateri tersebut yang akan membantu memutuskan sambungan antara elektrod dan material bateri apabila ada lebihan suhu/kepanasan atau lebihan voltan / arus pada bateri. Apabila lapisan SafeCore terputus , sambungan bateri tersebut akan terus di mati kan dan mengelakkan dari letupan / kebakaran berlaku.

 

Jadi, di harap dengan ada nya teknologi SafeCore dari Amionx ini, tiada lah kes power bank bateri kembung meletup/ terbakar di sebab kan kegagalan bateri. Teknologi ini sangat di perlukan untuk 2019. Kami berharap, semua pengeluar bateri terutama power bank akan di lengkapi dengan teknologi SafeCore .

Di pihak pengguna pula, pasti kan pilih aksesori telefon bimbit terutama power bank yang original sahaja. Kerana, power bank yang original akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan yang terlah di uji dan terbukti selamat. Berbanding power bank tiruan di mana, tiada ciri keselamatan serta hanya di lengkapi bateri yang berkulaiti rendah.

 

Sumber Info dan Video : Tech Xplore

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *