Description
BASEUS Andaman 20000mAh Power Bank Quick Charge 3.0 Support Huawei / Honor Super Charge SCP 22.5Watt
BASEUS Andaman 20000mAh Power Bank adalah sebuah power bank 20000mAh yang di reka khas untuk memenuhi kepeluan pengguna smartphone Huawei / Honor yang menyokong fungsi fast charging mereka iaitu Huawei Supercharge 22.5W.
Jika di pasaran, kebanyakkan power bank yang menawarkan fungsi pengecasan pantas akan terhad sehingga 18W sahaja yang mana, dengan spesifikasi 18W ini boleh menyokong lebih banyak model smartphone di pasaran. Jadi, penggunaan nya lebih meluas dan boleh di gunakan pada mana-mana jenama smartphone.
Jadi, khas untuk pengguna smartphone Huawei / Honor yang menyokong fungsi pengecasan pantas Supercharge , kami nak recommend BASEUS Andaman 20000mAh Power Bank ini.
[ninja_tables id=”32567″]
Kelebihan BASEUS Andaman 20000mAH Power Bank Quick Charge ini adalah :
- Design fizikal yang sangat cantik , tidak perlu lebar dan lebih mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja. Ia memberikan impak yang positif dengan gaya anda semasa anda tengah charging bateri smartphone anda.
- Menyokong fungsi dual USB Output Fast Charging – Jadi anda boleh mengecas pelbagai jenis gadget serentak dalam satu-satu masa.
- Di lengkapi dengan teknologi Power Delivery (PD) USB Type C – PD boleh membantu anda mengecas bateri smartphone Apple anda dengan lebih pantas berbanding charger biasa anda. Ia juga boleh di gunakan untuk mengecas laptop anda.
- Mempunyai LED Digital Display % – Apa yang unik dengan model ini adalah, paparan display power bank ini boleh berubah pada 3 mode iaitu, mode voltan (untuk check berapa voltan yang di jana) , arus ( untuk lihat berapa output yang masuk semasa cas bateri smartphone) serta baki kapasiti bateri power bank (untuk semak berapa kali lagi boleh guna power bank ini untuk mengecas gajet anda yang seterus nya)
- Menyokong pelbagai fungsi fast charging yang boleh menyokong kebanyakan model smartphone di pasaran – Quick Charge 3.0 (QC3.0) / Power Delivery / Huawei Fast Charging (FCP) 18W / Huawei Supercharge (SCP) 22.5W .
Jadi, dapatkan sekarang BASEUS Andaman 20000mAh Power Bank dari kami . Set kami di jamin 100% ORIGINAL dari BASEUS dengan jaminan kualiti selama 6 Bulan dari tarikh pembelian.Â
Reviews
There are no reviews yet.