Whatsapp : 017-787 9824
Review : Power bank Pineng PN963 10000mAh 1

Review : Power bank Pineng PN963 10000mAh

Teknologi bergerak dan update dengan sangat pantas. Semua pengeluar gadget berlumba-lumba untuk menghasilkan produk terbaru mereka untuk terus menawan hati pelanggan-pelanggan supaya mereka tidak lah menghidangkan produk yang sudah basi :-). Antara perubahan yang biasa di lakukan ada lah ubah packaging / ubah design power bank / tambah kapasiti bateri / tukar jenis bateri dari li-thium ke li-polymer yang lebih selamat , ringan dan nipis.

Pengeluar power bank terbaik di dunia, Pineng iaitu Zhongshan Pineng Battery Co., Ltd , juga tidak ketinggalan dalam memberi nafas baru kepada power bank yang mereka keluarkan.Mereka sangat aktif dalam mengeluarkan design dan upgrade power bank mereka. Jom kita review model ini.

Terbaharu : Power Bank Pineng Model PN963 10000mah

1

 Pada pandangan saya, pihak Pineng telah mengubah hampir 90% design power bank 10000mah ini berbanding model-model 10000mAh yang lain. Pineng telah mengubah bentuk, warna ,LCD dan ciri-ciri tambahan model ini, namun masih mengekalkan fungsi Dual USB Output supaya anda boleh terus mengecas dua gadget anda secara serentak.

Dari segi design, saya memberi markah “4 bintang ” kerana body model ini lebih kecil, nipis dan ringan. Kerangka luar nya masih kekalkan premium plastik yang elegent dengan warna yang menarik (Black Red & White Grey) . Bagi anda yang pernah gunakan power bank Pineng yang lain,pasti anda akan dapat rasakan perbezaan yang ketara dari segi berat power bank ini.

Apa ciri-ciri tambahan yang ada pada model power bank Pineng PN963 10000mAh ini :

13

 LCD Digital Display 

Untuk model ini,Pineng menampilkan LCD yang berwarna gelap dan digit yang berwarna silver. Ini memang berbeza dari model Pineng yang lain. Semasa power bank ini off, LCD dispaly ini seakan-akan cermin. Pineng masih kekalkan display info nya dalam bentuk digital bernombor. Pineng adalah satu-satu nya jenama powerbank yang mengeluarkan power bank berserta LCD display yang pada masa tersebut, kesemua powerbank masih mengunakan LED sebagai power indicator mereka.

12

Micro USB Input Port

Sama seperti model Pineng yang lain, model ini di datangkan dengan input pengecas Micro USB port. Kelebihan port ini adalah, anda akan mudah untuk mengecas power bank ini kerana hampir semua adroid phone charger yang ada di pasaran adalah dalam bentuk micro USB. Jadi, anda tak risau jika tertinggal charger di rumah.

 

14

Dual Output Interfaces

Ini ciri-ciri dual USB yang menjadi trademark kepada Pineng sejak awal lagi. Kebanyakkan power bank yang ada di pasaran juga mempunyai dual USB output yang sangat memudahkan anda untuk mengecas 2 phone/tablet secara serentak dalam satu-satu masa. Terdapat 2 jenis output iaitu 1.0 A (untuk phone) dan 2.1A (khas untuk mengecas tablet seperti iPad atau Tab ). Untuk tablet, anda memang perlu gunakan USB port 2.1A kerana tablet perlu kan arus yang lebih besar untuk mengecas bateri nya.

 

15Power Switch

Power On Off untuk powerbank ini di letakkan di bahagian kiri power bank. Button ini juga di gunakan untuk periksa berapa baki kapasiti powerbank anda.

 

 

Model ini menggunakan bateri dari jenis Li-Polymer Cell yang mana bateri dari jenis ini lebih tahan lama, lebih nipis, ringan dan tahan suhu panas. Antara model yang sudah gunakan bateri jenis Li-Polymer ini adalah model Pineng PN983. Kebanyakkan pengguna power bank jenis Li-Polymer ini puas hati sebab dapat power bank yang lebih ringan & nipis.

6

 

Power bank ini hanya 14.5mm tebal sahaja. Sangat nipis bukan. Bukan itu sahaja, power bank ini juga ringan dengan hanya berat 227gram sahaja. Kenipisan dan keringanan power bank di pengarughi oleh bateri dari jenis Li-Polymer.

7 (2)

 

11 (2)

Model ini di datangkan dengan 2 warna – Hitam Merah dan Putih Kelabu. Bergantung kepada minat anda, pilih lah mengikut kesesuaian phone dan gaya anda 🙂 . Jika saya, saya lebih suka pilih warna Putih Kelabu.

Jadi,secara keseluruhan nya, kami amat sarankan anda untuk dapatkan power bank Pineng PN963 10000mah ini kerana ia sangat berbaloi dengan prestasi, ciri-ciri tambahan dan nilai wang anda.

Namun, walaupun model ni comel molek,ia masih ada kelebihan dan kekurangan nya . Antara nya ialah:

Kelebihan PN963 :

      • 1) Bateri Li-Polymer lebih nipis dan ini membuatkan keseluruhan powerbank anda lebih NIPIS, RINGAN dan KECIL
      • 2) Keselamatan di jamin – Bateri Li-Polymer tak mudah meletup
      • 3) Bateri terbaik berbanding Li-ion – Save elektrik. Pengunaan elektrik yang minima

Kekurangan PN-963 :

      • 1) Tiada LED untuk fungsi lampu suluh

Jika anda berminat untuk dapatkan power bank Pineng PN963 10000mAh ini, jom dapatkan dari kami di button di bawah ini > Jaminan 1 tahun (1 to 1 exchange is rosak). Power bank dari sifupowerbank.com di jamin 100% ORIGINAL power bank Pineng.

buy-now-credit-card-icons-button

 

5 comments

    Salam, tumpang tanya. Sy sdah mempnyai 1 powerbank pn999. Masalahnya skrg, soket usb yg output 2.1A dah rosak 🙁 apa yg perlu sy lakukan? Tq ats bantuan.

      Waalaikumsalam tuan..
      Ok jika tuan ada masalah seperti ini, tuan masih ada lagi satu port 1.0A untuk charger. Buat sementara ini, Pineng tiada lagi service center untuk membaik pulih power yang rosak.
      Cuma jika power bank tuan sudah totally rosak dan masih dalam warranty, tuan boleh claim warranty dengan seller tuan.

      Terima kasih. Harap dapat membantu.

        Kiranya boleh guna 1 ja la lpsni, yg 1.0A tu ja la. Sedihnya xboleh baiki 🙁 . Btw, terima kasih byk2 ats bntuan. Amat mnghargainya. Tq skli lg. 🙂

    Assalamualaikum . Nak tanya sikit Powerbank ni berapa lama charge dari 0%- 100%.. tq

      Biasa nya bergantung kepada charger tuan..Anggaran jika guna charger output 1.0A dalam 10 jam dan jika guna charger 2.1A, anggaran dalam 6 Jam .

      Untuk fast charging, saya rekemen tuan guna charger & USB cable dari jenis high speed.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping