Untuk tahun 2016,Pineng mengeluarkan satu lagi power bank berkapasiti 10000mAh dengan design lebih simple dan pada harga mampu milik. Model 10000mAH kali ini di namakan dengan kod PN978. Jika sekali imbas , design luaran power bank ini lebih kurang sama dengan model PN968. Cuma yang membezakan adalah model PN978 ini menggunakan LED sebagai penanda kuasa bateri nya berbanding model PN968 yang menggunakan LCD Digital bernombor .
Ulasan Power Bank Pineng 10000mAh PN978
Dari segi luaran, sememangnya sama seperti model PN968. Saiz, bentuk luaran, tebal dan berat adalah sama, jadi anda jangan terkeliru antara kedua-dua model ini.Gambarajah di bawah adalah perbezaan yang lebih jelas untuk anda. Dengan model 10000mAh ini, kapasiti ini mampu untuk mengecas bateri telefon anda sehingga 3~4X penuh (bergantung kepada model telefon bimbit anda)
Apa Perbezaan Pineng PN978 & PN968 ?
- LCD Display – PN978 menggunakan LED sebagai penunjuk baki kapasiti bateri power bank. Manakala model lama PN968 menggunakan LCD Digital Display dalam bentuk %. PN968 lebih memberikan results yang tepat.
- BUTANG ON OFF – Butang On Off untuk model PN978 di ubah di bahagian tepi berbanding PN968 yang di letakkan di bahagian atas.
- INPUT PORT – PN978 input di letakkan di bahagian hadapan power bank berbanding PN968 di bahagian tepi.
Tak banyak perbezaan di antara kedua-dua model Pineng 10000mAh ini , hanya 3 perbezaan yang ketara seperti di atas. Bagi anda yang hanya pentingkan kuasa bateri yang mampu support telefon bimbit anda, pastinya anda akan memilih Power Bank Pineng 10000mAh PN978 ini. Harga yang ditawarkan untuk model ini juga lebih rendah berbanding dengan power bank Pineng 10000mAh yang lain.
Dari segi kemampuan & prestasi Power Bank Pineng 10000mAh PN978 ini, sepanjang tempoh kami membuat ujian, kami rumuskan prestasi nya sama dengan model-model Pineng 10000mAh yang lain. Jadi, jangan bimbang kerana model ini mampu membantu untuk mengecas bateri telefon anda dengan baik.