Whatsapp : 017-787 9824
Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh 1

Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh

Kali ini adalah review power bank BASEUS Parallel 20000mAh yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan kami. Ramai tanya apa yang best, spesifikasi, kekurangan dan sebagainya, jadi, ini adalah review power bank BASEUS Parallel 20000mAh khas untuk anda. 

 

Kami banyak recommend model BASEUS Parallel 20000mAh ini kepada customer yang mencari power bank 20000mah yang serba lengkap dengan pelbagai fungsi menarik dan sesuai untuk di gunakan pada smartphone jenis Android atau IOS. Satu power bank, support semua . Jom kita tengok apa kebaikan, ciri-ciri, keburukan serta harga bagi power bank 20000mAh BASEUS Parallel ini .

 

Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh – Fast Charging QC3.0 + Power Delivery (PD)

review-power-bank-baseus-20000mah

Spesifikasi produk : Power Bank BASEUS 20000mAh Parallel Power Delivery PD

  • Model Name : Parallel
  • Body Material : Aluminium Alloy +ABS
  • Size : 145.6 x 71 x 28mm 
  • Jenis Bateri : Li-Polymer battery
  • Kapasiti Bateri : 20000mAh / 3.7C 74Wh
  • Input : Dual Input USB – Micro USB ( 5V 2A @ 9V 2A)  / USB Type C (5V 2A @ 9V 2A @ 12V 1.5A) 
  • Ouput : Triple USB Output : USB 1 – Normal Charging 5V 2A @ USB 2 – Fast Charging QC3.0 @ USB Type C Output – 5V 2A @ 9V 2A @ 12V 1.5A
  • Teknologi Pengecasan – Quick Charge 3.0 (QC3.0) + Normal Charging @ Fast Charging USB Type C 

Dari spesifikasi model ini,ia adalah antara yang paling lengkap kerana pada bahagian output, ia merangkumi 3 jenis output iaitu :

  1. USB Fast Charging – USB yang berwarna oren ini adalah port untuk mengecas bateri smartphone anda dengan lebih pantas. Ia di jana oleh teknologi Quick Charge (QC 3.0) . Jadi, jika anda menggunakan smartphone yang bersepesifikasi tinggi serta menyokong fungsi pengecasan pantas, anda gunakan port ini. 
  2. USB Charging biasa – Normal charging output khas untuk mengecas bateri smartphone yang tiada fungsi pengecasan pantas . Jadi, port USB ini sesuai untuk smartphone dari Android ketegori pentengahan atau iPhone 7 Plus ke bawah. Jadi, dengan output biasa (5V 2.1A0, ia tidak akan membebankan bateri smartphone anda. 
  3. USB Type C – USB ini menyokong fungsi Fast Charging dengan teknologi Power Delivery (PD) yang mana, PD ini lebih berkuasa berbanding dengan QC . Jadi, khas untuk mereka yang menggunakan iPhone 8 ke atas, jika anda nak cas bateri iPhone lebih pantas, kami recomend anda cari aksesori smartphone yang menyokong fungsi power delivery

review-power-bank-baseus-20000mah

 

Dari segi kemasan body model Baseus 20000mAH ini, ia di perbuat dari jenis Aluminium yang sangat best yang memberikan rasa yang premium untuk sebuah power bank. Dari segi saiz juga, model ini tidak terlalu lebar (hanya selebar 71 mm) yang mana, sangat selesa di pegang pada tangan anda. Anda juga akan rasa mudah nak bawa. 

Dari segi design pula, ia masih membawakan bentuk yang bersegi seperti model-model yang lain. USB port semua di himpunkandi bahagian hadapan, manakala pada sisi kanan, ada satu butang untuk ON/OFF power bank ni. 

Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh 2

Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh 3

 

Kita sambung review power bank BASEUS 20000mAh ini pada KELEBIHAN untuk model ini . Kita lihat apa yang beza model ini dengan model 20000mAh yang lain .

  • Real kapasiti bateri 20000mAhMenggunakan jenis bateri li-polymer , anda akan dapat mengecas bateri smartphone anda secara purata sehingga 4X cas penuh ( *bergantung kepada kapasiti bateri smartphone anda- results mungkin akan kurang / lebih dari anggaran kami )  
  • Saiz lebar yang selesa – Jika anda mencari power bank selesa di pegang dan tidak sangat lebar, model ini sangat baik kerana, sepanjang kami guna model ini, ia memberikan keselesaan yang baik semasa kami pegang pada tangan. Ia tidak lebar, jadi mudah di pegang. 
  • 2 USB Input + 3 USB OutputUntuk input, ia menyokong port USB Micro USB dan USB Type C untuk cas lebih pantas. Output pula menawarkan 3 jenis output yang sesuai untuk semua jenis smartphone dari model biasa hingga ke premium model smartphone. 
  • Digital LED Display % – Lebih mudah nak tahu berapa baki bateri kuasa bateri yang tinggal dengan lebih tepat. 
  • Design UnikModel ini menampilkan corak body bergaris yang agak unik kerana, design ini sangat jarang di jumpai pada jenama lain. 

 

Di sebabkan review power bank Baseus ini jujur, maka ini KELEMAHAN yang kami rasakan kurang best untuk model ini : 

  • Saiz agak tebaldi sebabkan saiz di kompak kan (kurang lebar), maka BASEUS mejadikan power bank ini lebih tebal berbanding model lain. Saiz di kecilkan, tetapi di tebalkan. Ini memang akan terjadi pada jenama lain juga. 
  • Tiada port cas IN Lightning  – jika anda pengguna iPhone, anda perlu cari USB cable Micro USB / TypeC untuk mengecas power bank ini semula. Tetapi anda tak perlu risau, kerana model ini datang sekali dengan 1 unit micro USB cable dalam kotak. 
  • Warranty 6 Bulan  – Jaminan pendek berbanding jenama lain seperi Pineng ( 1 Tahun) / Tronsmart / Aukey yang menawarkan jaminan 18 bulan. Namun, jika anda pandai jaga power bank ini, kebiasaan nya ia pasti tahan bertahun-tahun. Ikut cara penggunaan anda. 

 

Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh 4 Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh 5 Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh 6

 

Jadi, jika anda tanya adalah sifupowerbank recommend model BASEUS 20000mAH Parallel ini ?

YES . Ia boleh di kata kan complete dari semua sudut spesifikasi yang kami mahukan. Ia tidak terlalu fokus pada fast charging semata-mata . Model ini spesifikasi yang lebih seimbang, dan ini boleh kan ia support semua jenis smartphone yang ada di pasaran. Sama ada smartphone anda murah atau mahal, model ini boleh lakukan tugas dengan baik. 

Anda boleh dapatkan set ORIGINAL Power Bank 20000mAh BASEUS Parallel ada dari Sifupowerbank. Di Jamin 100% Original + Free Shipping area Semenanjung. Tempah sekarang ! Berbaloi-baloi.  

Review Power Bank BASEUS Parallel 20000mAh 7

Secara kesimpulan nya, kami sangat recommend model ini pada anda atas faktor-faktor yang kami terangkan di atas. Model ini antara hot selling item . Semoga dengan review power bank BASEUS 20000mAH Parallel ini dapat bantu anda memilih powerbank anda. 

 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping