Whatsapp : 017-787 9824
Review Pineng PN-917 20000mAh 1

Review Pineng PN-917 20000mAh

Review Pineng PN-917 20000mAh Powerbank . Lebih ramai pengguna smartphone yang menggunakan power bank dalam aktiviti seharian dek kerana penggunaan bateri smartphone yang amat tinggi . Salah satu punca bateri cepat “kong” adalah penggunaan smartphone dalam akses media sosial seperti Facebook, Twitter, & Instagram.

Lebih terkesan dengan masalah bateri ini adalah pemain game tegar di smartphone seperti Clash Of Clan , Mobile Legend serta beberapa mobile game.

Biasa nya, pasti kita main game berjam-jam selagi fon tak bagi amaran..teet..teet..teet.. “Low Battery. Please Connect Your Charger Now ! ” ..

Sampai kene warning dengan fon anda yer.. 🙂

Jadi, di sini lah fungsi power bank yang akan membantu anda mengecas bateri smartphone tanpa perlukan charger & soket dinding . Boleh cas fon di dalam beg mahupun poket seluar dengan hanya menggunakan satu power bank sahaja.

Salah satu power bank di cari -cari oleh pengguna smartphone di Malaysia adalah dari model PN-951 , kerana model Pineng Power Bank 10000mAh ini adalah model yang nipis dan ringan . Jadi, ia lebih di minati ramai kerana mudah di bawa ke mana-mana .

Tapi, masalah yang selalu di utarakan kepada kami adalah ..

Soalan : ” Takda ker power bank yang nipis untuk kapasiti lebih besar macam 20000mah ker sifu ? “

Soalan : ” Saya nak power bank yang ringan & nipis,tetapi nak bateri yang lebih besar dari model sekarang.. Ada tak ? “

Kami faham akan permintaan anda ..

Jadi, Pineng bakal mengeluarkan satu model power bank yang berkapasiti 20000mAH,tetapi dalam masa yang sama lebih nipis & ringan berbanding model sekarang . 

Pandang Pertama : Pineng PN-917 20000mAh Nipis & Ringan

Pineng PN-917 20000mAh

Ini adalah model ke-4 untuk power bank Pineng yang berkapasiti 20’000mAh. Bermula dari model PN-999 , di ikuti model PN-920 , seterus nya model Pineng 20000mAh yang terbaik adalah dari model PN-969 . 

Jadi,model PN-917 ini adalah model pertama dari Pineng yang paling unik kerana : 

      • Mempunyai 3 port INPUT (Micro USB , USB Type C & Lightning)
      • Mempunyai 3 port OUTPUT – Max output 5V 2.1A
      • Paling Nipis untuk model 20000mAh – Setebal 14mm sahaja

Dari pandang pertama kami untuk Pineng PN-917 20000mAh Nipis ini, dari segi fizikal , ia nya kelihatan sama seperti model PN-951 10000mah.

Pineng PN-917 20000mAh

Spesifikasi Pineng PN-917 20000mAh

Power Bank Pineng PN917 20000mAh

Jenis Bateri Lithium Polymer
Kuasa Bateri 3.7V/20000mAh 74wh
Tempoh Sedia > 5000 Jam
Berat Bersih 400 Gram
Saiz 190 x 92 x 14 mm
Input  3 USB Input – DC 5V 2A
Output 3 USB Output – 5V 2.1A 
Warna Putih  & Hitam

Untuk model PN917 20000mAh ini, Pineng terus mengekalkan jenis bateri Lithium Polymer yang terbukti lebih tahan lama, tahan suhu rendah @ tinggi , lebih nipis dan juga lebih ringan berbanding jenis bateri Lithium Ion . Yang jelas berbeza model 20000mAh ini adalah dari segi saiz keseluruhan (perbezaan di bawah) berbanding model PN-969 . Model ini lebih lebar serta panjang, tetapi dari segi ketebalan , ia lebih nipis.

Dari segi output & input USB port , model kali ini PN-917 mempunyai 3 input dan juga 3 output. Jadi, anda boleh mengecas 3 smartphone serentak dalam satu-satu masa. Ketiga-tiga output akan mengalirkan arus sehingga 5V 2.1A yang mampu mengecas bateri anda 2 kali lebih laju dari biasa.

Perbandingan Pineng 20000mAh

Model PN-917 (2017) PN-969 (2016)
Berat (g) 400 420
Panjang (mm) 190 163
Lebar (mm) 92 76
Tebal (mm) 14 21
USB Output 3 Port ( 2.1A) 2 Port ( 1.0A & 2.1A )

Dari segi berat , hanya beza 20 gram sahaja .Jadi,ia tidak terlalu rasa perbezaan anda kedua-dua model ini.

Cuma perbezaan yang paling ketara adalah dari segi saiz di mana,  model PN-917 LEBIH PANJANG & LEBAR tetapi LEBIH NIPIS (kurang 7mm) berbanding model lama PN-969 . Jadi, secara tidak lansung , model PN-917  akan menyempitkan beg anda dek kerana saiz nya yg lebih lebar & panjang . 

Adakah anda suka akan ciri-ciri terbaharu yang ada pada model PN-917 ini ? 

Ciri-Ciri Power Bank Pineng PN-917 20000mAh Nipis 

Review Pineng PN-917 20000mAh 2

  1. LED Indikator  – Seperti model PN-951 , PN-958 yang terkenal dengan model Pineng yang nipis , nampak nya pihak Pineng terpaksa korbankan panel LCD digital demi “menipiskan” power bank ini . Jadi, tiada lagi panel LCD Digital display seperti yang ada pada model PN-969. LED Indikator ini hanya menggunakan nyalaan lampu LED untuk memberikan anda info berapa baki kuasa bateri yang tersimpan di dalam power bank ini.
  2. 3 Input USB Port  – Tidak seperti model-model powerbank sebelum ini yang hanya ada satu sahaja input , Pineng PN-917 tampil dengan sesuatu yang berbeza di mana, kali ini ia di jana dengan 3 USB Input iaitu ia menggunakan Micro USB (Android) , Lightning Input (Apple) & USB Type C . Cuma kami belum pasti, adakah boleh menggunakan serentak 3 input port ini semasa mengecas. (Kami akan uji apabila offical set sudah di terima)
  3. 3 Ouput USB Port – Menarik nya model ini, anda boleh cas 3 smartphone / gajet serentak dalam satu-satu masa . Tak banyak juga model power bank di luar sana yang mampu menyokong mengecas 3 output . Dan salah satu sebab kenapa model PN-917 ini lebih lebar adalah kerana fungsi 3 port output ini.
  4. Butang ON OFF  – Akhir nya , power bank yang nipis bakal mempunyai butang ON OFF yang tiada pada model PN-951 & PN-958 . Ramai yang kata susah bile tiada butang ON OFF kerana , power bank anda tiba-tiba ON sendiri & ada kes power bank yang tidak OFF sampai bateri habis . Dengan ada nya butang ini , ia lebih mudah. 

Review Pineng PN-917 20000mAh 3

Review Pineng PN-917 20000mAh 4

Ini adalah pandangan kami terhadap power bank Pineng PN-917 20000mAh Nipis yang bakal di lancarkan dalam bulan November / December 2017 . Kami akan bawa kan full review & perbandingan secara fizikal antara 2 model power bank Pineng PN969 dan PN917 ini .

Yang penting , dapatkan yang 100% Original Power Bank Pineng sahaja supaya anda rasa berbaloi dengan setiap sen yang anda bakal laburkan untuk dapatkan sesebuah power bank .

2 comments

    Berapakah jangka masa powerbank ini penuh sepenuhnya?

      Bergantung kepada output USB yang tuan guna kan. Jika fast charging, ia akan lebih cepat. TQ

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping