Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank Wajib Ada Sijil oleh SIRIM dan KPDNKK 1

Power Bank Wajib Ada Sijil oleh SIRIM dan KPDNKK

Bermula dari tahun 2018 , setiap power bank yang di pasarkan di Malaysia mesti lah mempunyai pengesahan dari SIRIM sebelum di pasarkan kepada pengguna .

Ini berikutan dari beberapa isu power bank meletup yang di laporkan oleh beberapa pengguna di Malaysia serta isu bateri yang tidak boleh di bawa semasa menaiki pesawat. Menurut Datuk Seri Hamzah Zainuddin , Menteri  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi & Kepenggunaan , semua pengilang dan pengedar powerbank di Malaysia mestilah mempunyai pengesahan dan sijil SIRIM pada setiap power bank yang akan di pasarkan.

Juga , setiap power bank yang telah di sahkan akan mempunyai logo / sticker pada mana-mana bahagian fizikal power bank supaya pengguna dapat membezakan antara power bank yang sah atau tidak. Ini memberikan pengguna pilihan untuk memlilih sesebuah power bank yang lebih selamat untuk kegunaan seharian mereka.

Power Bank Wajib Ada Sijil oleh SIRIM dan KPDNKK

Power Bank Wajib Ada Sijil oleh SIRIM dan KPDNKK 2

Buat masa sekarang , power bank tidak di wajib kan mempunyai apa-apa sijil atau pengesahan dari pihak berkuasa kerana powerbank tidak termasuk dalam peraturan ” Electricity Regulations 1994 “. Jadi, sesiapa pun boleh terus import apa jua jenama powerbank dari luar dan terus di edarkan di pasaran . Tidak hairan lah bila terdapat lambakan pelbagai jenama , kapasiti power bank di pasaran sehingga kan ia di jual dengan harga yang terlalu rendah semata-mata untuk menarik hati pelanggan mereka.

Menurut FOMCA , langkah ini juga akan di perluaskan pada aksesori telefon bimbit yang lain seperti wayar USB , charger , soket dan lain-lain yang berkaitan dengan elektrik / elektronik .

Ini akan mewujudkan & meningkatkan tahap keselamatan kepada pengguna smartphone di Malaysia . Namun , ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan letupan pada power bank yang perlu di ambil kira oleh pengguna juga . Antara nya adalah tempat simpanan power bank ,terutama yang selalu kerja luar dan tinggalkan power bank di dalam kereta pada waktu terik tengahari . Bateri amat sensitif dengan suhu yang tinggi. Jadi, cara simpanan power bank juga perlu di titik beratkan .

Power Bank Wajib Ada Sijil oleh SIRIM dan KPDNKK 3

Juga faktor lain adalah bila power bank buat 2 kerja dalam satu-satu masa iaitu, anda mengecas power bank, tetapi dalam masa yang sama , anda pun mengecas smartphoen dari power bank yang anda tengah cas tadi . Ini memberikan bebanan yang tinggi pada bateri power bank tersebut dan membuatkan ia tidak stabil dan berpotensi untuk berlaku letupan . Tak semua power bank mempunyai sistem yang mampu beroperasi dalam 2 keadaan seperti di atas.

Seperti yang kami selalu pesan sebelum ini , jangan LIHAT HARGA MURAH bila ingin membeli sebarang gajet eletronik seperti power bank kerana lagi murah harga yang anda dapat , lagi rendah kualiti sesuatu item elektronik tersebut . Anda mampu beli smartphone mahal harga RM2000 ~ RM3000 , tetapi masih juga berkira-kira dan mencari power bank yang berharga RM30 . Malu lah kan ?

Kami akan update perkembangan dari masa ke semasa . Ada yang kata yang harga akan naik bila langkah ini bermula tahun 2018 . Masih tidak pasti tentang harga naik atau tidak.

Power Bank Wajib Ada Pensijilan oleh SIRIM dan KPDNKK bermula 2018.

Sumber Artikel : The Star

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping