Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank Wajib Ada Pensijilan SIRIM 1

Power Bank Wajib Ada Pensijilan SIRIM

Bermula dari 1 Februari 2018 , semua bateri sekunder di wajib kan untuk mendapatkan pensijilan dari SIRIM demi menjamin keselamatan pengguna sebelum di pasarkan . Ini menurut dari kata Menteri Perdangangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepengunaan , Datuk Seri Hamzah Zainuddin

Beliau berkata , semua pengeluar dan pengedar bateri sekunder perlu mematuhi Garis Panduan Pematuhan Standard Keselamatan Bateri Sekunder yang di perkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) .

Semua pengeluar, pengedar serta pengimport perlu melalui pengujian & menepati piawaian penggunaan dan standard keselamatan MS IEC 62133 : 2017 yang di tetapkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd .

power bank wajib ada pensijilan sirim

Pihak kerajaan akan memberikan tempoh peralihan yang sewajarnya akan di berikan kepada pengilang , pengimport , pembekal bateri sekunder sebelum garis panduan ini di kuat kuasakan sepenuh nya . Pihak KPDNKK jugak akan mengadakan perbincangan antara peniaga dan pengguna bagi memberikan keadilan kepada semua pihak.

Pihak kerajaan juga akan mengambil tindakan tegas termasuk denda dan sita jika mereka gagal mematuhi peraturan yang di tetapkan.

Sumber Berita / Info : BERNAMA

Langkah dari kerajaan ini diperkenalkan bagi membendung masalah bateri sekunder tiruan yang kini di jual berleluasa di pasaran sekaligus mengurangkan risiko kes kebakaran , letupan atau penipuan di sebabkan oleh powerbank tiruan.

Apa Tindakan Sifupowerbank Dengan Peraturan Terbaharu dari Kerajaan Ini ? 

Pihak kami tiada masalah dengan peraturan Power Bank wajib ada pensijilan SIRIM ini kerana , kami sememang nya telah menjual power bank yang 100% Original sejak sekian lama .

Selepas ini, kami juga akan mula berbincang dengan semua pembekal kami dan pastikan mereka juga akan mematuhi peraturan baharu ini. Kami akan update anda dari masa ke semasa sehingga kami mengikuti sepenuh nya piawaian kerajaan tersebut.

Dari segi harga selepas di kuatkuasa kan peraturan ini, kami masih belum lagi pasti sama ada kekal kan harga atau ada peningkatan.

Kebaikan Peraturan Power Bank Wajib Ada Pensijilan SIRIM :

  • Meningkat kan tahap keselamatan kepada pengguna smartphone
  • Hapus kan masalah / kes bateri sekunder tiruan di pasaran
  • Semua jenama bateri sekunder akan di uji dan di sah kan selamat oleh pihak SIRIM
  • Lebih banyak bateri sekunder yang berkualiti tinggi akan di tawarkan di pasaran.
  • Kurangkan kes kebakaran , letupan atau penipuan dari power bank tiruan

Kekurangan Peraturan Power Bank Wajib Ada Pensijilan SIRIM :

  • Harga mungkin akan sedikit berubah
  • Hanya beberapa model & jenama yang akan mula penuhi kriteria pada peringkat awal.
  • Tidak pasti tempoh masa di perlukan untuk pensijilan bagi setiap jenama /model.

Walau apa pun , kami tetap akan mengikuti peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan pengguna power bank.

Lihat sahaja ada banyak kes yang melibatkan bateri yang tidak mempunyai piawaian dari pihak berkuasa :

Power Bank Wajib Ada Pensijilan SIRIM 2
Sumber : http://www.thestar.com.my/

Jadi, seperti yang kami selalu ingatkan anda , jangan sesekali kedekut untuk membeli gajet yang 100% Original walaupun harga nya sedikit tinggi berbanding yang tiruan murahan. Ia demi keselamatan anda. Fikirkan & utama kan keselamatan diri dari berkira-kira dengan duit anda.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping