Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank Vinsic 20000mah Review 1

Power Bank Vinsic 20000mah Review

Power Bank Vinsic 20000mah , satu jenama yang agak asing di Malaysia, namun jenama ini sebenar nya agak popular di kalangan negara-negara Eropah. Jika anda lihat di Amazon, ataupun eBay,pasti akan akan dapati power bank Vinsic adalah antara power bank yang mempunyai penilaian terbaik dari pengguna di sana.

Kebanyakkan review yang dilihat antara nya menyukai power bank ini kerana berkapasiti besar,  menyokong fungsi fast charging, USB Type C dan di jana oleh Quick Charge Qualcomm 3.0 (terbaharu) . Pasti nya fungsi ini amat di minati dan menjadi satu keperluan seiring dengan kepesatan teknologi samrtphone sekarang .

Jika di Malaysia, kita mula lihat yang smartphone dengan teknologi fast charging & USB Type C semakin mendapat tempat di hati pengguna gajet di sini. Antara model-model yang mempunyai fungsi tersebut adalah seperti HTC 10, One Plus 3 / 3T , Xiaomi Mi 5 dan lain-lain lagi.Pasti nya mereka yang menggunakan smartphone tersebut memerlukan satu power bank yang khusus menyokong kedua-dua fugsi tersebut.

Di sini, Power Bank Vinsic 20000mah model VSPB303 memberikan anda ke semua fungsi yang anda mahukan yang ada pada sesebuah power bank yang akan anda gunakan nanti.

Jadi, minggu ini kami baru menerima beberapa unit Power Bank Vinsic 20000mah P3 dan kami bawakan Power Bank Vinsic 20000mah Review secara eksklusif di sifupowerbank.com .

Power Bank Vinsic 20000mah Review – Support Fast Charging QC 3.0 + USB Type C + Digital Display. 

.0Power Bank Vinsic 20000mah Review

Spesifikasi Produk :- 

Jenama  Vinsic
Jenis Bateri  Li-Polymer
Kapasiti Kuasa  20,000mAh
Input   5V 3.0A , 5V 2.0A
Output   Up to 5V 2.4A 
Jenis USB   USB Type C ,Micro USB
Berat (g)   500 gram
Saiz (mm)   158 x 38 x 25
Pengiktirafan  CE , CCC
Warna  Hitam Bergaya , Putih Mutiara

Tak banyak power bank yang menyokong fungsi dengan USB Type C dalam tahun 2016,namun, jika mengikut perkembangan semasa teknologi smartphones, kita pasti akan dapat lihat dalam tahun 2017 ini, beberapa pengeluar power bank akan menghasilkan power bank yang menyokong pengecasan dengan USB Type-C .

Dengan model Vinsic 20000mAh ini, anda mampu mengecas bateri smartphone anda sehingga 80% dalam masa 35 minit sahaja.  

Kelebihan Power Bank Vinsic 20000mah :- 

  1. QC 3.0 Fast Charge

Ini adalah kekuatan utama kepada model power bank Vinsic ini di mana, ia di kuasa kan dengan teknologi Quick Charge Qualcomm generasi ke-3 ( QC 3.0 ). Dengan QC 3.0 ini, ia mampu mengecas bateri samrtphones anda 4 kali ganda lebih pantas berbanding dengan charger biasa sekarang. Anda boleh mengecas 80% bateri smartphones anda dalam hanya masa 35 minit sahaja. Dan lagi satu keunikkan power bank Vinsic 20000mAh ini adalah, di saat anda menggunakan port QC 3.0 yang mengalirkan arus 2.4A , anda masih boleh mendapatkan arus 2.4A yang sama pada USB port yang lain tanpa menggangu performance USB port yang lain. Setiap satu USB port mempunyai sistem nya yang tersendiri. 

Power Bank Vinsic 20000mah Review 2

2. USB Type-C 

Vinsic antara pengeluar power bank terawal yang menghasilkan sebuah power bank yang menyokong input & output menggunakan USB Type-C .Seperti yang kita sedia maklum,USB Type C berkemampuan mengecas gajet dengan lebih pantas dan USB port yang boleh di terbalik kan. Port USB TypeC ini juga mampu mengecas AppleMacbook Pro 2015 yang mempunyai input USB dari jenis type C. Selain boleh mengecas smartphones, power bank ini mampu mengecas laptop atau apa jua gajet anda sehingga 5V/3A. 

3. 3 Output Port 

Power bank Vinsic 20000mAh ini mempunyai tiga USB output port yang memberikan pilihan terbaik untuk anda. Anda boleh sesuaikan dengan smartphone atau gajet yang anda nak cas. Ia menyokong hampir keseluruhan model smartphones yang ada di pasaran.Jadi, tiasa masalah untuk kawan-kawan anda meminjam sedikit kuasa dari power bank anda 🙂 

USB Port #1 (warna Biru) – Output Max 5V 2.4A -Support fast charging dan sesuai dengan smartphone yang menyokong Quick Charge 2.0. 

USB Port #2 (warna Merah) – Output Max 5V 2.4A dengan QC 3.0 –  USB Port khas untuk fast charge smartphones yang menyokong Quick Charge 3.0 

USB Port #3 – USB Type C Input & Output – Port khas untuk smartphone yang menggunakan USB Type C . Anda boleh mengecas smartphone & mengecas power bank menggunakan port yang sama. 

Power Bank Vinsic 20000mah Review

4. Dual Input Port

Power bank ini mempunyai 2 input port untuk mengecas power bank ini iaitu menggunakan Micro USB port & Type C USB port. Untuk mengecas penuh power bank yang berkapasiti tinggi seperti 20000mAh ini,  anda memerlukan antara 7-10 jam dengan input Type C ,dan 10 – 15 Jam dengan input Micro USB. Namun, jika anda nak mengecas power bank ini dengen lebih cepat dan tak suka menunggu lama-lama, anda perlukan satu charger dan USB High Speed di mana, dengan gabungan 2 item ini, anda akan dapat kurangkan hampir 50%masa mengecas berbanding charger biasa. 

5. Rekabentuk 

Rekabentuk power bank ini agak baik namun, saiz nya agak besar dan lebar .Jadi, buat anda yang tak suka bawa sesuatu yang berat dan besar, power bank ini amat tidak sesuai anda 🙂 

6. Ciri-Ciri Keselamatan Di Pertingkat.

Power Bank Vinsic 20000mah ini di perbuat dengan bahan ULV94 V-0 fire-resistant thermoplastic alloy, di mana bahan ini sama dengan bahan yang di gunakan pada bahagian kereta-kereta mewah yang memberi pelindungan terbaik untuk anda. Di jana dengan bateri Lithium Polymer berkualiti tinggi yang di hasilkan oleh pengeluar bateri iPhone dengan mempunyai kawalan kualiti yang sama . Jadi, anda tidak perlu risau lagi akan dengan keselamatan anda. 

7. LED Digital Display

Anda boleh check baki kuasa bateri anda dalam bentuk nombor berdigital ( % ) pada skrin LCD power bank ini. Yang menarik nya , anda hanya perlu touch panel LCD, dan ia akan memaparkan baki kapasiti anda dengan tepat . Sepanjang pengalaman kami, belum ada lagi power bank seperti ini. Agak menarik features ni. 

 Power Bank Vinsic 20000mah Review 3

8. Jaminan Sehingga 18 Bulan

Vinsic sangat serius dengan penghasilan power bank di bawah jenama mereka.Jadi, tidak hairan lah apabila Vinsic boleh memberi jaminan kepada power bank mereka sehingga 18 Bulan . Dengan tempoh jaminan ini, pasti nya anda dapat agak, bagaimana kan kualiti power bank yang bakal anda miliki nanti. Jenama lain mempunyai tempoh jaminan yang lebih pendek.Misalnya Pineng beri jaminan 12 bulan & Xiaomi /Remax pula jaminan hanya 6 bulan. Jadi, apa kah pilihan anda ?

Ujian Penggunaan Oleh team Sifupowerbank :

Kami telah menerima beberapa unit power bank Vinsic untuk di uji sendiri.Namun, ujian ini masih terhad kepada smaprthone yang mempunyai kemampuan Micro USB tanpa fungsi fast charging . Namun,kami akan terus kan uji kaji dengan menggunakan smartphones yang lebih canggih & terkini dari masa ke semasa. (Jika anda bermurah hati untuk pinjamkan smartphone anda,kami sangat gembira menerima nya..Nanti kami pulangkan lah balik..hehe)

Ujian Mengecas # 1 – Tempoh mengecas

      • Model Phone : Huawei Honor 5X
      • Kapasiti Bateri : 3000 mAh
      • USB Cable : High Speed USB Cable Pineng PN-303
      • USB Port Power Bank : Output Port #1 – QC 2.0 5V 2.4A
Indikator Kuasa Power Bank   Kuasa Bateri Phone Masa 
 MULA  94%  29%   7.10 pagi
 AKHIR  79%  98%  8.55 pagi

Jika di lihat dari keputusan uji kaji di atas,  dengan hanya menggunakan 15%  kuasa dari power bank ini, kami mampu mengecas sehingga 69% kuasa bateri smartphone yang di gunakan. Tetapi dari segi masa, ia memerlukan sehingga 1 Jam 45 Minit, yang mana lebih baik dari tempoh mengecas menggunakan charger biasa yang memerlukan lebih dari 2 Jam. Ujian ini hanya menggunakan smartphone yang tiada fungsi fast charging, jadi, keputusan di atas mungkin akan berbeza apabila di gunakan pada smartphone yang meyokong fungsi fast charging. 

Antara model smartphones yang sesuai untuk Power Bank Vinsic 20000mah ini adalah :- 

Ini antara model-model smartphone yang support untuk pengecasan melalui USB Type C.
======
1) Huawei Nexus 6P
2) LG Nexus 5X
3) One Plus 2 / 3 / 3T
4) Meizu Pro 5
5) Xiaomi Mi 4C / 5
6) Huawei P9 / P9 Plus
7) ZTE Axon 7
8) HTC 10
9) LG G5
10) ASUS Zenfone 3 / 3 Deluxe / 3 Ultra
11) Huawei Honor 8
12) Samsung Galaxy A7 (2017)
13) Samsung Galaxy A5 (2017)

P/S – Mungkin ada lagi model yang menyokong fungsi tersebut, dan kami akan update dari masa ke semasa untuk rujukan anda. 

Jika anda menggunakan salah satu smartphones di atas, so, dengan gembira nya, anda boleh menggunakan power bank Vinsic 20000mAh /jenama lain yang ada fungsi USB Type C + Quick Charging 3.0 

Jika anda tidak mempunyai smartphones yang menyokong USB Type C dan Fast Charge, kami tidak galakkan anda untuk menggunakan power bank seperti ini kerana anda tidak akan menggunakan sepenuhnya ciri-ciri yang ada power bank ini. Lagipun harga nya agak mahal.Jadi, anda boleh menggunakan power bank Pineng sahaja. 

Tiada item yang sempurna di dunia ini. Setiap sesuatu item yang di cipta oleh manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri . Untuk Power Bank Vinsic 20000mah ini, kami dapat simpulkan yang :- 

Kelebihan Kekurangan
1) Super Fast Charging – Model ini mempunyai 3 output iaitu 2 port 5V 2.4A & 1 port USB Type C (9V 2.0A & 5V 3.0A)
2) Hanya 35 minit di perlukan untuk cas bateri dari 0-80% .(di uji oleh Vinsic menggunakan smartphone Xiaomi Mi5)
3) Boleh cas semua model smartphones (Android /iPhone) termasuk Apple Macbook 2015 yang menggunakan port USB Type C
4) Menggunakan Lithium Polymer bateri sebesar 20000mAh
5) Support Micro USB cable, USB Type C cable & Apple Lightning Cable
6) LED Digital Display dalam bentuk no %.
7) Support teknologi Quick Charge 2.0 & 3.0. – Cas sangat laju dengan teknologi ini
8) Warranty sehingga 18 bulan 
9) Ada 6 security protection – seperti overcharging , short circuit dan lain2.
1) Saiz agak besar & tebal. Kurang sesuai untuk kaum wanita.Susah nak bawa dan kurang sesuai di letakkan di dalam handbag.
2) Berat sehingga 490 gram.Lebih kurang berat seperti Pineng 20K.

Jadi,bagi anda yang mempunyai smartphones atau gajet yang menyokong fungsi fast charging, kami akan galakkan anda laburkan sedikit duit anda untuk mendapatkan Power Bank Vinsic 20000mah ini. Lebih puas hati, lebih jaminan dan lebih menjimatkan masa anda .

Dapatkan Power Bank Vinsic 20000mah Original dari kami di Sifupowerbank .

2 comments

    Kalau untuk charge samsung s7 bole guna port qc3.0 tak pakai vinsic powerbNk ni?

      Yes, Boleh. S7 Support Fast Charging

      Thanks.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping