Power Bank Terbaik Malaysia 2016 : PN-969 20000mAH
Ramai bertanya kan kepada kami, apakah model power bank terbaik Malaysia 2016 ? Kenapa ia di anggap terbaik? dan apakah sebab ramai yang pilih power bank Pineng 20000mAh model PN-969 ini?
Untuk tahun 2016 , kami di Sifupowerbank menobatkan yang Pineng PN-969 20000mAh Lithium Polymer Power Bank adalah power bank terbaik Malaysia untuk tahun 2016. Keputusan ini di ambil kira dari segi jumlah jualan yang berjaya di jana oleh model ini, feedback dari pelanggan dan jumlah repair & return untuk model ini. Sememangnya, mengikut data kami, model ini adalah model power bank yang terbaik dari 1-Jan-2016 sehingga 13-Dec-2016. Dan dengan berbaki lagi beberapa hari sebelum melangkah ke tahun 2017, model PN-969 Pineng ini terus mendapat permintaan dari pengguna smartphone di Malaysia.
Kenapa Model ini menjadi pilihan rakyat Malaysia ?
- Kapasiti Tinggi
- Dengan kepesatan teknologi smartphones dan penggunaan mobile internet data yang semakin tinggi, tidak hairan lah yang kuasa bateri sesebuah telefon akan lebih cepat habis berbanding 3tahun yang lepas. Kemajuan aplikasi media sosial yang muncul bak cendawan selepas hujan juga turut menyumbang kepada masalah bateri telefon cepat low di saat ini.
- Oleh itu, pengguna smartphone di Malaysia lebih suka mendapatkan power bank yang berkapasiti tinggi contoh nya 15000mAh , 20000mAh dan 30000mAh. Tetapi, untuk power bank yang lebih ideal, ramai pelanggan kami memilih kapasiti 20000mAh kerana model ini mampu mengecas bateri telefon dari 4-7 kali penuh ** (bergantung kepada model & jenama telefon anda).
- Dengan kapasiti tinggi ini, pengguna dapat menggunakan power bank 20000mAh ini untuk tempoh yang lebih lama dan lebih banyak kali mengecas telefon berbanding kapasiti yang lebih rendah. Ada pelanggan kami mengatakan beliau hanya mengecas semula power bank ini dalam 3 hari sekali. Berbaloi bukan ? 🙂 . Yang penting ,beli lah yang 100% Original.
- LED Digital Display
- Untuk nak tahu berapa lagi baki kuasa bateri yang tinggal untuk mengecas bateri telefon anda,anda hanya perlu lihat ke paparan LCD pada model power bank 20000mAh ini. Dengan baki kapasiti yang di paparkan dalam bentuk nombor berdigital (unit %) , sudah pasti ia amat memudahkan anda untuk bajet berapa kali lagi anda boleh cas beteri telefon bimbit anda.
- Baki kuasa nya juga di paparkan secara tepat. Jadi, tak perlu risau kerana baki kuasa nya pasti betul. Tidak seperti brand power bank lain yang hanya menggunakan nyalaan LED sebagai indikaor kuasa mereka.Anda tak dapatkan baki yang tepat.
- Bateri Lithium Polymer
- Model PN969 20000mAh ini menggunakan bateri dari jenis Lithium Polymer. Senang cerita, ia seperti bateri pada smartphone kita sekarang.Jadi, kelebihan bateri jenis ini adalah :-
- Lebih Nipis.
- Lebih Tahan Suhu Tinggi / Rendah.
- Lifetime lebih lama.
- Kurang risiko untuk meletup.
- Bateri jenis ini juga dapat mengurangkan ketebalan sesebuah power bank di mana, mana-mana modelpower bank yang menggunakan bateri lithium polymer, ia nya lebih nipis berbanding power bank yang menggunakan bateri Lithium Ion.
- Model PN969 20000mAh ini menggunakan bateri dari jenis Lithium Polymer. Senang cerita, ia seperti bateri pada smartphone kita sekarang.Jadi, kelebihan bateri jenis ini adalah :-
- Dual USB Output
- Bila ada 2 USB output pada sesebuah power bank , ia sebenar nya mampu menjimatkan masa anda untuk mengecas 2 gajet serentak dalam satu-satu masa. Power bank tidak terhad untuk menegecas smartphones sahaja,tetapi ia boleh mengecas pemanas botol susu, portable broadband, action camera dan gajet-gajet lain yang boleh di cas menggunakan USB cable.
- Power bank 20000mAh juga mempunyai port 2.1A , iaitu arus 2.1A ini mampu mengecas bateri telefon 2X lebih cepat berbanding port 1.0A .
- Design Yang Simple
- Dengan bentuk luaran yang lebih minimalis dan lebih simple, pasti nya ia menjadi pilihan terbaik untuk pengguna smartphone di Malaysia. Bagi kami, kami lebih fikirkan apa yang power bank ini mampu bantu untuk mengecas bateri telefon. Janji boleh cas bateri telefon dengan baik , itu sudah mencukupi berbanding powerbank yang cantik / design kartun / super hero,tetapi tidak deliver arus dari power bank dengan baik.
- Jaminan 1 Tahun
- Dengan jaminan 1 tahun, anda tidak perlu risaukan apa-apa lagi dalam tempoh warranty. Ini kerana, Pineng adalah jenama Pineng yang memberikan jaminan 1 Tahun kepada setiap model powerbank mereka. Jika rosak dalam tempoh warranty, hanya perlu contact penjual anda dan claim warrany dengan mereka.
- Ini menjadi pilihan power bank terbaik kerana jenama lain seperti Xiaomi & Remax hanya memberikan jaminan selama 6 bulan sahaja. Jika power bank OEM , mungkin antara 1-3 bulan sahaja.
Ini antara kenapa ramai pelanggan kami memilih Pineng Power Bank PN-969 20000mAh Lithium Polymer ini. Kami sememangnya rekemen kepada anda 200% jika anda sedang mencari-cari power bank yang sesuai untuk anda. Tetapi harus di ingatkan yang,bukan semua orang boleh menggunakan power bank 20000mAh ini kerana power bank ini agak berat (430 gram) dan bersaiz besar. Jadi, jika anda seorang wanita yang mencari power bank, anda tidak di galakkan menggunakan power bank 20000mAh ini.
Biasa nya, antara golongan pengguna yang kami sangat rekemen kan power bank Pineng 20000mAh ini adalah :-
Jadi , ini antara kenapa kami di sifupowerbank.com menobatkan Pineng PN-969 20000mAh Lithium Polymer Power Bank sebagai POWER BANK TERBAIK MALAYSIA 2016 Untuk anda yang sedang mencari power bank 20000mAh, jom lawati model PN-969 ini di bahagian “SHOP” untuk dapatkan power bank yang di jamin 100% Original Pineng. PN-969 , power bank terbaik Malaysia 2016
Nice reviews