Power Bank Pineng Tiruan PN-951 sememangnya wujud di pasaran Malaysia sejak 2-3 tahun kebelakangan ini . Tidak di nafikan, ada power bank Pineng ini di jual dengan harga yang sangat murah sehingga membuatkan pembeli terliur dengan tawaran tersebut.Siapa yang tak suka barang pada harga murah kan . 🙂
Tidak ketinggalan juga dengan power bank Pineng model PN-951 yang sedang hangat di jual di pasaran . Model ini juga menjadi mangsa power bank tiruan . Dari gambar yang di kirim kan oleh salah seorang pengguna Pineng yang di rasakan tertipu ini membongkar bahawa power bank Pineng tiruan sedang berleluasa di jual di pasaran .
Sila berhati-hati dengan sebarang tawaran power bank yang murah, atau mencuriga kan. Dapatkan power bank Pineng dari penjual yang SAH dan berpengalaman lama.
Power Bank Pineng Tiruan PN-951 Terbongkar !
Apa pandangan anda ?
Adakah anda yakin dengan powerbank murah yang di jual di luar sana?
Menurut saudara yang di tipu ini,beliau hanya mampu mengecas smartphone beliau hanya 1 kali sahaja , selepas itu power bank yang habis kuasa . Tak logik kan ? Power Bank Pineng PN-951 ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 10000mAh ,jadi sepatut nya, dengan kapasiti ini mampu mengecas sehingga 3-4 kali cas penuh sesebuah smartphones . Berbaloi ke beli murah, tetapi hanya cas sekali ? Dah lah nak cas semula power bank Pineng tiruan tu perlu ambil masa lebih 10 Jam .
Beliau tak puas hati m jadi beliau pun “membedah” power bank tiruan ini , dan hasilkan seperti di atas . Hanya ada 1 bateri, dan yang lain adalah 3 keping plat besi yang di gam sekali dengan bateri.. Bahaya nie ..
Bayangkan pada waktu panas , plat besi tersebut mesti lebih panas kan, dan ia akan turut memanaskan bateri yang ada di bawah tu.. dan jika lebih teruk , bateri tersebut akan meletup .. Yaa.. Jangan ambil mudah .. Risiko meletup dengan power bank tiruan adalah sangat tinggi .
BAGAIMANA ISI POWER BANK PINENG PN-951 YANG BETUL ?
Kami pun “bedah” power bank Pineng PN-951 yang ada pada tangan kami untuk pastikan pembekal kami membekalkan power bank Pineng yang ORIGINAL sahaja . Ini hasil nya :-
Nampak banyak perbezaan antara power bank Pineng PN951 Original dan Tiruan yer ?
- Power bank Original lebih kemas dan 90% di litupi oleh bateri sahaja. Bukan seperti yang tiruan , bateri nya lebih kecil dan di gam dengan plat besi untuk beratkan power bank bagi mengaburi mata pengguna .
- PCB board power bank Original mempunyai cop “PINENG” sedangkan yang tiruan tiada cop dan bukan keluaran rasmi dari Pineng.
Kami team Sifupowerbank menyeru anda yang sedang mencari-cari power bank Pineng original , sila selidik dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran murah . Kenal pasti penjual dan lihat kredibiliti penjual tersebut . Masih ramai penjual yang jujur di Malaysia ini. Cuma agak sedih melihat masyarakat kita mudah di tipu .
Untuk lebih mudahkan anda mendapatkan power bank Pineng PN-951 yang terjamin 100% Original & Warranty 1 Tahun dari Sifupowerbank :-
Sayangi duit yang anda penat lelah bekerja tu.. Gunakan pada saluran yang betul 🙂 Jangan terbeli power bank Pineng tiruan PN-951 yer.
Sila sebar kan kepada kawan-kawan atau kenalan anda .