Jika sebelum ini, kami dah terangkan cara-cara bagaimana untuk anda verify power bank Pineng anda itu adalah power bank Pineng Original atau power bank Pineng tiruan.
Lihat Cara Verify di sini :- Check Original atau Fake
Jadi, untuk tahun 2016 ini, kami update kan tanda-tanda bagaimana nak tahu power bank anda tersebut original atau tiruan.Sebab sekarang sudah banyak power bank Pineng tiruan di pasaran,dan jika nak di perhatikan dari segi fizikal,agak susah untuk anda bezakan mana yang original dan mana yang tiruan.
Untuk pertama kali selepas anda beli power bank Pineng anda, sila verify kod 16 digit di atas (label biru) dan ia akan beri results kepada ada sama ada power bank tersebut original ataupun tiruan.
Apa Results Jika Power Bank Pineng Tiruan ?
- Jika power bank anda original setelah anda selesai verify 16 digit kod tersebut, system akan memberikan results seperti di bawah:-
Kata kunci yang perlu ada dalam results original adalah :- ” This is genuine Pineng Power bank from Zhongshan Pineng Battery Co.Ltd ” . Jadi, sila pastikan results anda adalah seperti di atas untuk meyakinkan bahawa power bank pineng anda 100% original dan selamat.
2. Untuk pengetahuan anda, kod 16 digit Pineng hanya boleh di periksa sekali sahaja. Ini untuk memastikan kod digit tersebut adalah 100% asli ,bukan di copy paste dan untuk menjamin keaslian nya. Jika anda periksa untuk kali ke-2 dan seterusnya, ia akan mengeluarkan results seperti di bawah:-
Kata kunci untuk kod security yang telah di periksa untuk kali ke-2, adalah :- “ Security code on your request has been repeatedly query “. Sistem Pineng juga akan memberitahu bilakah pertama kali kod 16 digit tersebut di periksa (tarikh & masa). Jika anda pertama kali periksa kod dan keluar results seperti ini, sila hubungi wakil penjual anda untuk mendapatkan kepastian. Juga, jika anda terima kotak power bank tetapi di bahagian security label telah di gores dan kod 16 digit nya boleh di lihat dengan jelas, maka janganlah anda terima atau membeli produk tersebut.
3. Bagaimana pula jika terbeli power bank Pineng tiruan? Ok. Check dulu security kod power bank anda tersebut. Jika keputusan nya adalah seperti ini:-
Jika anda terima keputusan seperti ini, maka anda perlu hubungi wakil penjual anda untuk meminta penjelasan jika mereka kata kan yang mereka menjual power bank original. Jika mereka bersetuju, sila claim refund dan jangan guna power bank Pineng tiruan tersebut . Ia akan membahayakan anda di masa akan datang jika anda terus gunakan.
Untuk power bank Pineng 100% Original tanpa syak lagi was-was, sila lawati “Online Shop” kami. Di jamin 100% Original atau kami pulangkan wang anda jika terbukti kami jual power bank Pineng tiruan.
Salam , saya punya keputusan untuk security code “The anti-fake code that you checked just now has been repeatedly inquired. First checking time:2019-05-14 23:07:18,suspected fake goods, please contact with the manufacturer” so kalau cam ni fake juga ke???
Waalaikumsalam
Pada saya , ini bukan fake. Ini repeat / tuan check no siri tersebut secara berulang. Sebab ada tarikh 1st time checking – 14/5/2019 . Jadi, ikut pengalaman saya, ini bukan FAKE.. Hanya repeat check no siri saja.
Jika fake, ia tak kan tunjukkan tarikh 1st time checking tu.
Terima kasih.