Tiruan..Fake..Copy..Grade A.. semua ini adalah term-term untuk melambang kan yang sesuatu product tersebut adalah bukan barang/keluaran original daripada owner produk. Memang tidak di nafikan bahawa terdapat banyak barang tiruan diluar sana..tak kisah lah baju berjenama antarabangsa, jersey pasukan bola ( Jersey M.U saya original yer .. ) , aksesori telefon, iphone pun ada yang tiruan, beras tiruan pun ada..adoiiiii… semua nya atas sebab nak mengaut keuntungan dengan cepat dan mudah. Sampai beras pun ada beras tiruan..fuhhhhh…apa nak jadi lah nii..
Image Source : Google Image from IsmailSabri.my
Powerbank juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa klon ini.. Untuk pengetahuan anda , di saat ini sudah ada power bank Pineng tiruan yang dijual berleluasa di pasaran. Salah satu faktor kenapa power bank Pineng tiruan ini mendapat permintaan tinggi adalah kerana harga nya yang jauh lebih murah berbanding power bank Pineng yang original. Murah nya boleh di katakan hampir 50-70% murah dari harga original. Jadi, sudah pasti lah ramai yang akan memilih power bank murah tersebut..
Ini antara perbualan yang selalu kita dengar..
Saya sebagai penjual power bank yang cool ni, saya releks jer.hehe..Yer lah, dah org nak beli yang murah, hak atas duit dia lah kan. Tapiiiiiiiiiii……..Apa akan jadi jika guna power bank Pineng tiruan ni ?????
Adakah ini yang anda mahu kan ? Adakah dengan harga yang murah dapat menjamin keselamatan anda ? Jika terjadi kecederaan kepada anda, berapa kos perubatan yang perlu anda tanggung ? Berbaloi kah ?
Sebab itu saya selalu saran dan tekan kan pada pelanggan saya, JANGAN SESEKALI TERBELI POWER BANK PINENG TIRUAN yang ada di sekeliling anda. Memang anda akan terkesan dengan tawaran yang di beri kepada anda..tapi anda perlu ingat apa akibat nya jika anda terbeli power bank tiruan tersebut.
Kenapa Power Bank Pineng Original Selamat ?Ini antara kelebihan untuk power bank dari Pineng iaitu,setiap model mereka akan di sertakan dengan MCU chip iaitu “Micro Control Unit ” untuk mengawal setiap pergerakan arus dalam power bank mereka. Jadi, ini akan membuatkan power bank akan lebih SELAMAT untuk diri dan poket anda.
Sebab Ramai Pilih Power Bank Tiruan :
- HARGA MURAH – AWAS !! Ini sememangnya faktor paling utama kenapa kebanyakkan orang memilih power bank tiruan. Harga nya akan lebih murah antara 50-60% dari harga original.
- KAPASITI TERLAMPAU TINGGI – Ramai yang tergoda apabila di tawarkan power bank 30000-40000mah hanya pada sekitar RM40-50 sahaja. Walaupun sebenarnya, kapasiti yang sebenar adalah 2000-3000mAh sahaja.
- MUDAH DI DAPATI – Senang nak dapat. Di pasar malam,tepi jalan,dalam pasaraya atau di jual secara online.
- PAKEJ TAK MASUK AKAL – Paling senang detect power bank original atau tidak adalah dari segi tawaran penjual tersebut. Jika Buy 1 Free 1 utk model yang sama tapi harga murah (harga sama mcm beli sebijik power bank original punya), jadi boleh percaya ker ??
Jika anda dah ada power bank Pineng anda, cuba check powerbank tersebut original atau tidak . Bagai mana nak check dan sah kan ?? – Sila baca step-step untuk verify Pineng power bank anda :– [ Cara Verify Security Code Pineng ]
Jadi, hak memilih adalah hak anda sebab itu kan duit anda hasil dari titik peluh mencari rezeki. Jadi, kenapa perlu bazirkan hasil usaha tersebut kepada sesuatu yang merbahaya dan sia-sia. Bak kata orang, alah membeli,menang memakai.Beli sekali yang original, puas hati, selamat dan tahan lebih lama. Nak kata mahal, beza dengan original tidak lah sampai beratus-ratus kan..jadi, ia masih berbaloi untuk poket anda.
Jika anda tak nak ragu-ragu & susah hati jika terbeli power bank pineng tiruan, anda boleh terus dapatkan dari kami kerana kami menawarkan power bank Pineng yang 100% Original beserta Warranty semalam 1 Tahun (1 to1 exchange jika rosak). Sila klik butang Buy Now di bawah utk terus ke kedai kami :
sekarang ni terlalu banyak powerbank tiruan.. pembeli pon agak susaah nak buat pilihan…
Yup Agreed tuan.Normally jika ada offer pd harga yang tidak masuk akal, sure itu bukan barang original. 🙂 ..Rugi beli tiruan, bila lepas 2 minggu dah rosak..aduhh..
Ingatkan pasal gadget je dorang dok kecoh pasal ada tiruan bagai Sampai bergaduh hingga menyebabkan berlaku pertumpahan darah bagai. Tapi mengejutkan bila baru-baru ni ada sorang mangsa complain kena tipu akibat terbeli powerbank tiruan.
Yup..sekarang nak buat untung dengan cara mudah kene copy dan jual pada harga ori..last2 consumer yang terkena..