Whatsapp : 017-787 9824

Power Bank Pineng Original Murah-Realiti atau Fantasi?

Power Bank Pineng Original Murah. Itu adalah terma yang selalu orang Malaysia cari di Google. Hajat di hati nak barang yang original tetapi harga mesti yang murah dan bajet kecik. Ada ke barang original tetapi murah ? Maaf nak cakap, itu hanya lah fantasi semata-mata kerana barangan original khusus nya power bank Pineng yang 100% tulen mestilah mempunyai nilai yang sama dengan kualiti dan ketahanan power bank tersebut. Lagi rendah harga yang di tawarkan, semakin rendah kualiti dan semakin cepat rosak power bank itu.

Power Bank Pineng Original Murah Tapi Tiruan

Gambar Ihsan : Google Images

Jika power bank di atas adalah power bank Pineng original murah, adakah anda yakin untuk membeli power bank seperti itu ? Tepuk dada, mengucap panjang 🙂 .Terpulang pada poket anda.

Jadi,tak perlu saya membebel panjang tentang power bank Pineng tiruan sebab sudah ramai yang sedia maklum yang power bank Pineng tiruan semakin berleluasa di pasaran-pasaran Malaysia. Sehingga kan, ada penjual yang boleh offer “BUY 1 FREE 1” power bank 10000mAh pada harga RM35 sahaja. Pada anda, dengan harga RM35 tetapi boleh dapat 2 unit power bank Pineng 10000mAh, adakah betul tawaran tersebut atau anda rasa anda bakal di tipu bulat-bulat ?? (Sila jawab dengan jujur). Mindset nak barang original tetapi nak harga paling murah harus lah di buang jauh-jauh. Apa salah nya laburkan lebih wang pada barang yang original tetapi barang tersebut anda boleh pakai bertahun-tahun. Bak kata pepatah :-

Alah Membeli, Menang Memakai ..Sekali membeli,tahan bertahun  

 Tapi jangan bimbang, anda masih boleh dapat power bank Pineng original pada harga “Murah Original” . Kami share kan tips-tips untuk dapat power bank Pineng Original Murah adalah :-

      • 1) Sifupowerbank – Terus buat pembelian power bank Pineng melalui kami di sifupowerbank.com kerana kami jamin power bank kami adalah 100%. Jaminan pulangan wang jika power bank yang anda terima dari kami adalah terbukti tiruan.
      • 2) Jaminan – Pastikan jaminan yang anda dapat dari penjual adalah 1 Tahun . Bukan 6 bulan, bukan 3 bulan atau 1 minggu.
      • 3) Fizikal – Sebelum anda beli mana-mana power bank Pineng, pastikan anda tahu ciri-ciri , warna dan design power bank yang original. Jika gambar di atas,pastilah bukan original bukan ?
      • 4) Truster Seller – Beli lah pada penjual yang anda percayai sahaja atau yang anda pernah berurusan dengan beliau. Dan jika nak 100% truster seller Pineng Power Bank Original, terus jer purchase dari kami di “SHOP” Sifupowerbank.com.
      • 5) Harga Logik – Paling senang detect power bank Pineng tiruan adalah power bank tersebut di jual pada harga yang terlalu murah atau offer yang tak masuk akal. Antara harga yang popular di jual adalah RM20 utk 1 unit Power Bank Pineng 10000mAh atau “Buy 1 FREE 1 ” pada harga RM30 sahaja. Logik tak harga macam tu?

Elakkan di tipu lagi oleh penjual yang tidak bertanggungjawab dengan menawarkan anda power bank tiruan. Banyak keburukkan guna barang tiruan berbanding barangan yang original. Antara keburukkan nya adalah power bank tiruan anda lebih mudah untuk meletup, dapat 1 kali cas sahaja walaupun kapasiti 30000mah, perlu cas semula power bank sehingga 24 jam baru nak full, atau terdedah dengan risiko litar pintas. Jangan bazirkan wang hasil titik peluh anda berkerja seharian hanya untuk barang yang tiruan.

Tak salah untuk mencari Power Bank Pineng Original Murah , tetapi mesti lah berhati-hati dalam memilih untuk elak di tipu.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping