Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank Meletup Paha Jurukamera 1

Power Bank Meletup Paha Jurukamera

Kuala Lumpur: Jurukamera stesen televisyen di sini cedera apabila ‘power bank’ yang diletakkan di dalam beg yang di ribanya terbakar, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku ketika jurukamera yang hanya mahu dikenali sebagai Awie, 43 tahun sedang membuat liputan di rumah kebajikan kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

power-bank-meletup-paha-wartawan

“Lepas buat rakaman visual di tingkat atas, saya turun ke bawah dan duduk bersama rakan media lain.

“Saya mahu ambil telefon bimbit dalam poket sebelah kanan, tiba-tiba seorang wanita menjerit ke arah saya sambil menunjuk beg yang riba.

“Saya panik, apabila melihat beg dan seluar saya terbakar serta berlubang. Saya tidak perasan kerana powerbank berkenaan tidak meletup. Cuma keluar bunyi macam bunga api,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Awie berkata, dia kemudiannya membersihkan kesan terbakar berkenaan di tandas dan kemudiannya sedar yang kulit pada bahagian paha sudah melekat pada seluar.

“Saya terpaksa meminta tolong rakan wartawan untuk menghantar saya pulang ke rumah untuk menukar seluar sebelum saya memandu sendiri ke klinik.

“Nasib baik kejadian berlaku di tempat awam dan ada orang nampak. Tak tahu lah kalau jadi masa saya memandu ke, dalam penerbangan ke, tak dapat saya bayangkan,” katanya yang menerima rawatan pesakit luar.

Dia juga mengakui trauma dengan kejadian itu dan mahu orang ramai sentiasa berhati-hati apabila menggunakan alat berkenaan untuk mengecas telefon bimbit.

“Ketika kejadian saya tidak guna pun ‘power bank’ itu. Ia masih baru dan hanya sekali saya gunakan dan saya simpan dalam beg saja. Tak sangka pula boleh terbakar.

“Buat masa ini saya tak nak dah pakai ‘power bank’. Kalau mahu cas telefon, terus saja guna pengecas. Perkara ini biasanya kita buat tak endah saja.

“Kalau nak pakai juga pastikan kita nampak ‘power bank’, bukan dalam beg dan bukan ada pada badan. Saya sudah terkena, walaupun dalam lima saat saja kejadian itu berlaku, tetapi impaknya membuatkan kulit pada paha saya melecur,” katanya.

Sumber Artikel: Harian Metro 
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 10:31 PM
Power Bank Meletup
Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping