Power Bank Kayu ini bukan lah sesuatu yang mudah untuk di hasilkan. Ia adalah hasil kerja tangan oleh Carved LLC yang membawakan 2 variasi kapasiti iaitu power bank 8000mAh dan 12,000mAh. Dengan kemasan kayu yang cantik dan nampak lebih ekslusif, pasti nya ia adalah pilihan terbaik untuk anda jadikan ia hadiah semasa hari jadi ataupun perayaan Krismas yang menjelang tiba 25/December nanti :-).
Power bank ini mempunyai fungsi yang sama dengan semua power bank yang ada di pasaran .Sesuai untuk anda mengecas smartphone serta tablet kerana ia mempunyai dual output iaitu 1.0A serta 2.1A. Mudah di bawa ke mana-mana sahaja. Mempunyai LED display sebagai penanda kepada berapa baki kuasa yang masih anda boleh di gunakan. Ia mempunyai 2 kapasiti :-
Power Bank Kayu 8000mAh
Power Bank Kayu 12000mAh
Untuk anda yang mementingkan sesuatu barang yang unik dan tidak terdapat dari mana-mana di Malaysia khususnya, power bank kayu ini sangat sesuai untuk anda. Saya pasti,model power bank ini masih belum menerjah pasaran di Malaysia. Anda boleh dapatkan power bank kayu ini terus di laman rasmi Curved.com dengan harga USD49.99 untuk kapasiti 8000mAh dan USD59.99 pula untuk kapasiti 12000mAh. (** jumlah harga sebenar untuk pasaran Malaysia bergantung kepada kadar tukaran wang semasa )
Menurut Curved.com,mereka boleh membuat penghantaran power bank kayu ini ke Malaysia dengan hanya menambah kos penghantaran sebanyak USD3.99 sahaja. Jadi,sila buat tempahan anda SEKARANG !! 🙂