Whatsapp : 017-787 9824

Power Bank Cas Pantas Dari Huawei

Power Bank cas pantas memang menjadi keperluan bemula tahun 2016 ini kerana, kebanyakkan model smartphone yang di hasilkan kebelakangan ini mempunyai ciri kapasiti bateri yang tinggi dari 3000mAh ~ 5000mAh. Jadi, power bank dengan ciri pengecasan pantas amat di perlukan supaya anda tidak “berjanggut” menunggu bateri smartphone anda penuh .

Di anggarkan , jika anda menggunakan charger biasa di pasaran (5V, output 1.0A) , pastinya anda memerlukan masa sehingga 3 jam untuk mengecas bateri 5000mAh dari 0 -100%. Anda sanggup tunggu ?

Prihatin dengan masalah tersebut, pihak Huawei melalui jenama Honor menghasilkan power bank cas pantas iaitu Honor 10000mAh Quick Charge Power Bank .

power-bank-cas-pantas-honor-10000mah-huawei

Bagi kami, rekaan & warna power bank dari Honor ini amat menarik dan paling cantik setakat ini berbanding jenama-jenama yang lain. Power bank ini di reka untuk mudah di pegang , di bawa ke mana-mana tanpa masalah, ringan dan badan nya baluti dengan “anti slip coating” untuk elakkan power bank terjatuh semasa anda memegang nya / di letakkan di tempat yang licin seperti meja kaca.

Menurut Huawei, power bank ini mampu untuk mengecas dari 0 ~ 50% kuasa bateri telefon bimbit Honor 7 dalam tempoh 30 minit sahaja. Bermakna, untuk cas penuh dari 0-100%, anda hanya perlu kan 1 Jam untuk penuhkan bateri telefon bimbit anda. Cukup laju bagi kami . Tak perlu buang masa lagi dengan power bank ini.

kadar-cas-bateri-power-bank-honor-10000mah

Dari segi kemampuan mengecas, untuk kapasiti 10000mAh, power bank cas pantas Honor ini mampu menegcas antara 2~4 kali cas penuh (bergantung kepada jenama & model smartphone). Jadi, power bank ini amat sesuai untuk mereka yang bukan heavy user / traveler. Anda yang hanya cas bateri telefon bimbit antara 1-2 kali sehari, maka, power bank ini amat sesuai untuk anda. Cukup sekadar 10000mAh untuk memenuhi keperluan mengecas anda.

[su_quote]Soalan : ” Bagaimana pula dengan mengecas power bank ini ? Adakah menyokong fungsi cas pantas juga? “[/su_quote]

Jawapan : Ya. Ia menyokong fungsi pengecasan pantas dengan input Micro USB atau USB Type C. Dengan menggunakan charger 9V/2A dari Huawei, anda mampu mengecas power bank ini penuh 100% hanya dengan 3.5 Jam sahaja.Sangat pantas nie ! (Keputusan ini hasil ujian cas menggunakan charger original dari Huawei & USB Cable yang menyokong arus 2.0A )

ciri-ciri-power-bank-honor

Kuasa dari power bank ini di jana oleh bateri dari jenis Lithium Polymer yang mana bateri jenis ini lebih selamat dan lebih tahan lama berbanding bateri li-ion. Ciri-ciri keselamatan power bank di titik beratkan oleh Huawei. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini yang kerap berlaku kebelakangan ini,.

Bagi kami yang menggunakan smartphone bateri besar , kami amat memerlukan fungsi quick charger ini. Tanpa teknolgi ini,mungkin kami akan selalu terlewat untuk ke tempat kerja, atau menhadiri mesyuarat.

Untuk anda yang berminat dengan power bank Honor 10000mAh ini, anda boleh terus layari & buat tempahan anda di lama web rasmi Huawei Malaysia,VMall.my di :- https://www.vmall.my/honor-10000mah-quick-charge-powerbank

Harga Rasmi dari Huawei (vmall.my) = RM199 / unit.

 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping