Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank 30000mAh Terbaik Malaysia 1

Power Bank 30000mAh Terbaik Malaysia

Mencari power bank 30000mah terbaik untuk mengecas lebih banyak kali bateri smartphone anda? Ini adalah model power bank 30000mah terbaik yang kami cadangkan kepada anda berdasarkan pengalaman dari kami dan pelanggan kami.

Ramai pengguna smartphone yang tanya kan kepada kami , yang mereka perlukan sebuah power bank yang berkapasiti tinggi untuk membolehkan mereka mengecas bateri smartphone mereka berkali-kali terutama apabila mereka berada di luar kawasan atau pun luar negara tanpa terlalu bergantung kepada wall charger semata-mata. Agak payah jika nak cari soket untuk cas smartphone apabila di luar rumah / pejabat. Betul ?

Atas permintaan yang tinggi ini,maka pelbagai versi power bank berkapasiti gergasi di pasaran sehingga membuatkan pengguna buntu, mana satu yang patut mereka guna. Ada power bank berkapasiti 20000mAh , ada yang 30000mAh,malah ada yang sampai 50000mAh .Betul ke ada power bank sebesar 50000mAh ?

Jangan bimbang, kami akan bantu anda memilih mana satu power bank 30000mah terbaik yang patut anda guna kan, dan kepada anda perlu ambil model tersebut . Sebab, sebelum ini ada beberapa pelanggan kami feedback, mereka juga ada orang iklan kan power bank 30000mAh dari jenama Pineng . Yang pelik nya, setahu kami, untuk brand Pineng,maksimum 20000mAh sahaja. Mana pulak datang model 30000mAh Pineng ?

Kali ini, kami akan review power bank 30000mAh terbaik yang boleh di percayai, telah di uji serta terbukti tahan lama. Jom mula kan.

Power Bank 30000mAh Terbaik Malaysia

Power Bank 30000mAh Terbaik Malaysia

Jika anda serius mencari power bank 30000mAh terbaik dan tahan lama,kami amat mencadangkan anda untuk menggunakan power bank 30000mAh dari jenama AUKEY ini. Ia adalah power bank 30000mAh yang kami sedang guna kan seharian untuk membantu kami semasa ada tugasan luar yang memerlukan kami stay di luar pejabat dari pagi sehingga ke petang. Jadi, model berkapasiti gergasi ini sangat banyak membantu kami.

Di sebab kan kami ini bergerak dalam 2-3 orang apabila ada tugasan luar, jadi dah tak risau bila dengan hanya satu power bank ini, boleh support mengecas bateri gadget kami semua sepanjang hari. Hanya bawa power bank, dan tiada lagi masalah bateri smartphone cepat low.

 

Apa kelebihan Aukey Power Bank 30000mAh ini? 

  • Support fast charging – menyokong fungsi pengecasan pantas Quick Charge versi 3.0 (QC 3.0) , Jadi, output dari QC3.0 ini akan membantu anda mengecas bateri smartphone 3~4X lebih pantas berbanding power bank biasa.
  • Kapasiti bateri sebenar 30000mAh yang membolehkan anda mengecas bateri smartphone sehingga 7 Kali (* namun bergantung kepada model smartphone) . Lagi besar kapasiti bateri anda, lagi kurang bilangan mengecas.
  • Dual port USB charging – Sesuai untuk penggunaan pada smartphone yang menyokong Fast Charging serta normal Charging. Jadi, ia boleh di guna kan pada smartphone Android serta Apple iPhone .
  • Jaminan kualiti sehingga 18 Bulan – Lagi lama sesebuah pengeluar menjamin power bank mereka, bermakna, lebih berkualiti power bank tersebut. Lebih baik guna sekali gadget original, berbanding terpaksa beli dan pakai buang power bank tiruan.
  • Fast charge out serta fast charge IN – Jadi, anda akan jimatkan masa menunggu anda dengan fungsi double charge . Bermakna, anda boleh cas masuk (IN) menggunakan USB Micro USB dan USB Lightning Apple iPhone anda. Lagi cepat mengecas kapasiti bateri 30’000mAH ini.
  • Sangat sesuai untuk anda yang kaki outdoor , travel , camping atau hiking. Boleh tahan sehingga 3 hari jika anda mengecas dalam 2x sehari. Selain smartphone, ia juga boleh mengecas gadget lain seperti action cam atau Go Pro..atau bluetooth speaker anda.

 

Apa kekurangan Aukey Power Bank 30000mAh ini ? Sebab bukan semua item hasil dari tangan manusia sempurna kan. 

  • Tiada LED Digital Display untuk check berapa baki bateri yang masih boleh di gunakan secara tepat . Anda hanya boleh mengagak dari cahaya nyalaan lampu LED pada butang ON. Namun, kami percaya, untuk peringkat permulaan akan terasa kekok, bagaimana nak tahu baki kapasiti bateri, namun setela beberapa kali penggunaan, ia akan menjadi lebih mudah.
  • Agak berat – Berat bersih power bank 30000mah ini adalah hampir 600 gram. Ya, memang berat, jadi jika anda memang memerlukan power bank berkapasiti gergasi ini, pasti nya tiada masalah nak membawa power bank ini.
  • Design fizikal yang biasa dengan konsep minimalis . Tiada wow factor jika di perhatikan secara fizikal. Bentuk berpetak.
  • PENTING !! – Power Bank 30000mAh ( tak kira apa jenama ), ia nya TIDAK BOLEH DI BAWA MENAIKI PESAWAT / KAPAL TERBANG . Jadi, jika anda kerap travel menaiki pesawat, adalah tidak di galakkan untuk guna powerbank ini. Anda perlu cari powerbank berkapasit bawah 20’000mAh sahaja.

 

Jika anda perlu kan power bank yang terbaik yang boleh mengecas lama serta banyak kali, anda sudah patut menggunakan Aukey Power Bank 30000mAH ini. Namun, tak semua orang boleh guna kan powerbank 30000mAh ini.Jika salah orang, nanti ia menjadi beban pula pada anda.

Jadi , 3 golongan yang patut guna Power Bank Aukey 30000mAh :

  1. Anda selalu travel/ outstation jarak jauh –  Ini golongan paling wajib untuk menggunakan power bank 30000mAh kerana , anda sangat memerlukan kuasa bateri yang besar bagi mengecas peranti elektonik anda untuk beberapa hari .Kebanyakan pelanggan kami share yang mereka memerlukan power bank 30000mAh AUKEY ini sebab mereka boleh guna 2-3 hari tanpa cas semula powerbank ini.
  2. Anda kaki game  – Bayang kan anda main game seperti Need For Speed atau PUBG atau Clash Of Clan dari pagi sampai petang, pasti nya tiada lagi smartphone yang tahan bateri nya . 🙂 Jadi, buat kaki gaming , sila guna kan power bank yang boleh mengecas banyak kali ini
  3. Anda dalam perancangan untuk bercuti  – Semasa bercuti, anda pasti sibuk untuk menikmati percutian anda serta merakan gambar /video yang bakal menjadi kenangan terindah anda kelak.Namun, adakah bateri smartphone anda boleh bertahan dari pagi hingga petang ? Jika anda bercuti ke luar negara,soket yang mereka guna kan tidak sama dengan soket di Malaysia.Jadi, bagaimana anda nak mengecas bateri smartphone anda terutama di luar rumah. Power bank bakal menjadi teman terbaik anda. 

   

power bank 30000mah terbaik malaysia

Ini apa yang salah seorang pelanggan kami kongsi kan kenapa Aukey menjadi power bank 30000mah terbaik beliau : 

customer feedback aukey 30000mah power bank

Jadi, anda dah dapat bayangkan, kenapa anda perlu guna power bank 30000mAh terbaik dari AUKEY ini . Ia adalah menjadi satu keperluan wajb jika anda memang seorang yang kerap berada di luar rumah / pejabat .Ia ukan kehendak anda.

Untuk anda yang serius berminat untuk dapatkan power bank 30000mAh AUKEY ini, sila dapatkan di dalam satu kotak di bawah. 2 model ini berbeza. Jika anda mencari power bank 30000mAH Fast Charging, anda boleh dapatkan model PB-T11 di bawah.

Khas untuk pengguna smartphone Android dan Iphone 7 Plus ke bawah, kami cadangkan anda menggunakan model AUKEY PB-T11 ini kerana :

  • Support input USB untuk Android (Micro USB) dan iPhone (Lightning USB)
  • Ada port support Quick Charge 3.0 serta port USB 2.4A untuk support iPhone anda
  • Klik banner di bawah untuk lebih details :
beli power bank 30000mah
Model PB-T11

Untuk anda yang mencari power bank berasaskan Power Delivery (PD) pula, kami cadangkan model AUKEY 30000mAH PB-Y7 ini kerana :

  • Terbaik untuk support Quick Charging @ Fast Charging untuk smartphone yang berasaskan USB Type-C.
  • Support teknologi Power Delivery (PD) untuk mengecas bateri iPhone lebih pantas berbanding charger asal (5W)
  • Ada sambungan untuk USB type C . Boleh di gunakan untuk mengecas power bank / mengecas bateri smartphone anda yang pasti nya lebih pantas.
  • Boleh mengecas laptop yang berasaskan port charging Type C seperti Apple MacBook
  • Klik banner di bawah untuk lebih details :
power bank 30000mah aukey power delivery
Model PB-Y7

Di harap dengan pengkongsian ini, tentang apa power bank 30000mah terbaik di Malaysia setakat ini, kami amat galakkan anda menggunakan jenama AUKEY ini. Sangat baik kualiti binaan , dan performance nya. Kami berani jamin yang anda tidak akan menyesal membeli dan guna power bank 30000mah terbaik ini.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping