Whatsapp : 017-787 9824
Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 1

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 2

Power bank sememang nya menjadi salah satu keperluan asas untuk semua pengguna smartphone. Ia ibarat penyambung “nyawa” untuk setiap smartphone yang wujud di dunia ini.

Namun, ada satu masalah yang sering menghantui pemilik power bank iaitu powerbank sedia ada BERAT & BESAR. Lagi besar kapasiti power bank tersebut,lagi berat lah power bank tu.. Kecuali anda beli power bank tiruan, dengan kapasiti 30000mAh, tetapi ringan macam 10000mAh..hehe..ramai dah kene tipu kat penjual-penjual yang tidak bertanggungjawab di luar sana.

Dari survey yang kami lakukan kepada pelanggan kami, ramai di antara mereka perlukan satu power bank yang ringan , tidak terlalu besar , nipis dan mudah untuk di bawa. Yer lah, dengan keadaan sekarang yang semua orang keluar bekerja , pasti nya anda perlu kan sesuatu gajet yang akan memudahkan anda, bukan yang akan membebankan anda setelah seharian penat bekerja. 

Oleh sebab itu kami Sifupowerbank amat menyarankan anda untuk menggunakan Power Bank Pineng 10000mAh PN-951 ini. Ini power bank Pineng PN-951 Review khas untuk anda :-

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 3

Spesifikasi Pineng PN-951
Jenis Bateri High Grade Lithium Polymer
Kuasa Bateri 3.7V/10000mAh 37wh
Tempoh Sedia >5000 Jam
Berat Bersih 228 Gram
Saiz 156 x 77 x 12 mm
Input DC5V 2A
Output Dual USB Output – 5V 2.1A, 5V 2.1A
Warna Putih Mutiara & Hitam Perkasa

Dari segi bateri, Pineng mengekalkan bateri dari jenis Lithium Polymer untuk model PN-951 ini bagi memastikan power bank ini tahan lama dan  lebih nipis berbanding model dan jenama lain di pasaran. Dari segi berat keseluruhan powerbank ini, ia amat menarik kerana berat nya hanya lah 228 gram sahaja. Aantara model teringan dari model 10000mAh yang lain dan ini akan memudahkan anda untuk membawa nya dalam beg tanpa sebarang masalah.Tebal powerbank ini pula hanya lah 12mm dan juga ternipis di kalangan modellain. Untuk output kuasa, power bank ini membawakan 2 output kuasa di mana kedua-dua output kuasa tersebut mengeluarkan arus 5V 2.1A sahaja.Ia amat sesuai untuk anda yang inginkan pengecasan pantas. Input masuk pula pada kadar 5V 2.0A, juga menyokong pengecasan pantas. Jadi, gunakan charger & USB Cable high speed supaya kuasa power bank anda lebih cepat penuh. 

Rekebentuk Fizikal 
  1. Badan

Keseluruhan badan power bank PN-951 ini di perbuat dari plastik berkualiti tinggi bagi mencapai berat yang paling minimum untuk keseluruhan power bank ini. Kemasan luaran nya di hiasi dengan bentuk-bentuk diamond dan sekali pandang seperti karbon fibre yang cantik dan menawan . Di datangkan dengan warna hitam dan putih mutiara, pasti nya ia pasangan yang amat sesuai dengan smartphone anda.  

Saiz power bank PN951 ini adalah 156 * 77 * 12 mm (P x L x T) dengan berat hanyalah 228 gram sahaja.  Jadi , bagi anda yang mencari power bank nipis, ringan dan mudah di bawa ke mana-mana / masuk dalam handbag,  kami di Sifupowerbank 100% recommend power bank ini. 

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 4

Kebanyakkan power bank 10000mAh yang lain lebih berat dan tebal berbanding model ini. Ada customer kami yang mengadu tangan nya lenguh bila bawa power bank yang mereka gunakan sekarang .. hehe.. Jadi, buat anda yang mencari power bank yang ringan dan nipis, jangan ragu-ragu untuk guna powerbank Pineng PN-951 ini. 

2. USB Output

Seperti kebanyakkan powerbank yang ada di pasaran, hampir 90% jenama dan model power bank mempunyai dua USB output yang membolehkan anda mengecas 2 smartphone / tablet serentak dalam satu-satu masa. Kebiasaan anda dapat lihat 2 output rate iaitu 5V 1.0A dan 5V 2.1A. (baca apa beza output 1.0A vs 2.1A :- Kenali Output Powerbank Anda

Untuk anda yang mempunyai smartphones yang menyokong fungsi fast charging , anda boleh menggunakan port dari 5V 2.1A untuk membolehkan anda mengecas 2X lebih pantas berbanding output 1.0A .  

Powerbank PN-951 ini mempunyai 2 output di mana, satu USB port telah di lengkapi dengan USB Cable secara terbina ( built in ) manakala USB ke-2 adalah seperti USB port biasa yang mana anda boleh menggunakan USB cable yang lain untuk mengecas melalui nya . Kabel USB terbina adalah salah satu ciri-ciri istimewa untuk model ini . Jadi, anda kini tak perlu lagi bawa USB cable berlainan untuk mengecas smartphones anda. Cukup sekadar USB cable yang sudah sedia ada pada powerbank ini. 

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 5

Kelebihan lain untuk USB Cable built in ini juga adalah, anda akan kelihatan lebih kemas dan segak di mana, tiada lagi kabel terjuntai dari handbag / poket anda lagi. Hanya perlu genggam power bank bersama-sama dengan smartphones anda, dan gunakan dengan hati yang gembira.  🙂 

3.  Percuma Iphone Connector

 Anda menggunakan 2 smartphone (Android & Iphone) ? Atau isteri anda menggunakan iPhone, tetapi anda menggunakan Android ? Pasti nya, dalam keadaan ini, anda berdua perlu membawa dua USB cable yang berlainan iaitu Micro USB untuk mengecas Android dan Lightning USB untuk mengecas iPhone . Semak beg anda nanti.

Jadi, kenapa perlu bawa dua USB cable yang berlainan sedangkan anda boleh mengecas smartphone Android & Iphone anda menggunakan satu power bank sahaja ?

Sebab itu kami amat sarankan anda mendapatkan power bank 10000mAh Pineng PN-951 ini kerana ia akan memudahkan anda nanti. Dengan model PN-951 ini, anda akan di bekalkan 1 USB Lightning Connector untuk iPhone .

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 6 Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 7

 Bila anda nak mengecas iPhone, hanya perlu sambungkan connector tersebut terus ke USB cable anda dan terus mengecas macam biasa. Bila anda tidak menggunakan nya lagi atau anda nak mengecas Android anda, cabutkan connector tersebut dan simpan semula dalam lubang khas yang di sediakan bersebelahan dengan USB port ke-2. Ini di design supaya connector iPhone ini tidak mudah hilang terutama kerana connector ini kecil. 

4. Indikator Kuasa Bateri

Untuk model Pineng PN-951 ini, Pineng menggunakan lampu LED sahaja sebagai indikator kuasa bateri power bank anda. Ada 4 lampu LED yang mewakili 25% kuasa untuk setiap satu nyalaan LED tersebut. Jika 4 LED menyala, ini bermakna powerbank tersebut mempunyai kuasa penuh 100% .

Salah satu sebab Pineng hanya menggunakan LED sebagai indikator,  adalah untuk memastikan power bank ini di bina senipis yang mungkin dan menjadi salah satu trademark untuk model ini.

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 8

Jika mereka menggunakan LED Display, mungkin mereka tidak akan dapat ketebalan senipis ini kerana LED display perlukan litar tambahan dan ruang yang lebih tinggi dari papan litar sebenar. Namun, bagi kami ia masih tidak mempunyai masalah yang besar walaupun hanya menggunakan LED sebagai indikator. Jenama lain seperti Xiaomi , Huawei , Anker atau Aukey juga hanya menggunakan lampu LED sebagai indiktor kuasa untuk power bank mereka. 

5. Tiada Butang ON / OFF

Lagi satu keunikan powerbank PN951 ini adalah tiada nya butang untuk ON/OFF power bank ini. ” Jadi,sifu ,macam mana nak cas nanti jika tiada butang ON ? Pelik ni Sifu “

 Ouh..Releks..Jangan gelabah..Ada sebab tiada nya butang ON OFF tersebut… kerana , power bank ini mempunyai fungsi Auto ON melalui 2 cara iaitu :- 

      • Cara 1 : Goncang @Shake – Yes, Dengan hanya mengoncang sedikit power bank ini, power bank secara automatik akan hidup dan boleh mengecas smartphone anda.
      • Cara 2 : Terus Cucuk USB Cable – Ini lebih mudah di mana, bila anda nak mengecas smartphone anda, hanya terus cucuk USB cable dari power bank ini ke port pengecas smartphone anda dan ia akan terus ON dan sedia mengecas bateri smartphone anda

Untuk OFF kan power bank juga tidak memerlukan butang lain, Anda hanya perlu biarkan tanpa menggunakan mana-mana USB port dan ia akan terus padam secara automatik. Jadi, ia lebih memudahkan anda bukan ?

Cuma dengan fungsi ini, anda akan mempunyai masalah di mana, power bank anda akan selalu menyala dek kerana fungsi shake tersebut. Tetapi tidak perlu risau, kerana walaupun ada masa LED nya menyala walaupun anda tidak menggunakan nya, ia tidak lah menghabiskan kuasa bateri anda yang ada. Kuasa bateri anda tetap kekal seperti biasa.

6. Lithium Polymer Bateri 10,000mAH

Power bank model PN-951 ini menggunakan bateri dari jenis Lithium Polymer yang mana, powerbank ini lebih nipis, ringan, tahan suhu tinggi / rendah dan life cycle yang lebih panjang. Bateri jenis ini juga di gunakan pada smartphone yang anda guna sekarang. Kebanyakkan power bank yang menggunakan bateri lithium polymer ini mempunyai saiz yang lebih nipis , ringan dan tidak terlalu besar.

Dari segi ketahanan bateri 10000mAh ini, anda mampu mengecas smartphone anda sehingga 3X cas penuh dari 0 ~ 100% (** bilangan mengecas bergantung kepada model & kapasiti bateri smartphone yang di cas ). . Jika anda bukan heavy user dan hanya mengecas maksimum 2X sehari , maka power bank ini semestinya pilihan paling tepat untuk anda.  

Jika anda seorang yang heavy user atau kerap outstation / kerja luar pejabat dan perlukan travel dalam jarak jauh, model ini mungkin tidak sesuai kerana anda sebenarnya perlukan power bank yang mempunyai kuasa bateri lebih tinggi iaitu antara 15000mAh ataupun 20000mAh power bank.

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 9

Jadi, bagaimana dengan Pineng PN-951 Review di atas? Adakah power bank nipis dan ringan ini memenuhi kriteria power bank yang anda sedang cari ?

Kami di Sifupowerbank amat sarankan anda untuk mendapatkan power bank Pineng PN-951 yang 100% Original sahaja.Tolong jangan beli power bank tiruan murahan kerana anda tidak akan dapat menikmati / merasai ciri-ciri istimewa power bank ini seperti yang kami review di atas. Ada beberapa pelanggan kami yang mengadu bila mereka rasa di tipu bila beli power bank 20000mAh, tetapi mereka boleh cas 1 setengah kali sahaja. Pulak tu, nak mengecas penuh power bank tu seharian kene tunggu.. Tension kan bila kena macam tu?

Jadi, sila dapatkan yang terbukti 100% Original Pineng Powerbank. Paling mudah, anda boleh dapatkan terus dari Sifupowerbank kerana Sifupowerbank akan :- 

APA JAMINAN KAMI PADA SETIAP TEMPAHAN ANDA ??

1) Kami JAMIN power bank ini adalah 100% ORIGINAL Pineng. Bukan tiruan, gred AAA, AP atau copy paste.

2) Kami melindungi power bank anda dengan WARRANTY SELAMA 1 TAHUN (1 to 1 exchange jika rosak)

3) Kami JAMIN PULANGAN WANG 100% jika tempahan tidak di terima dalam tempoh 9 hari waktu bekerja (di kira selepas pembayaran lengkap di terima & di sah kan)

Bagaimana nak dapatkan power bank Pineng PN-951  dari kami ? 

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 10

Opsss.. Betul ke Sifupowerbank jual yang ORIGINAL Pineng yer ?? –>> OK. Bak kata orang putih, let’s the picture talk ..hehehe..

Power Bank 10000mAh Pineng PN-951 Review 11

Kami harap dengan power bank Pineng PN-951 review ini dapat membantu anda sedikit sebanyak sebagai panduan kepada anda semasa membuat keputusan untuk memilih power bank yang benar-benar sesuai,terbaik dan berbaloi dengan pelaburan wang ringgit anda. 

Tak perlu susah payah atau susah hati takut di tipu , kerana anda boleh mendapatkan power bank Pineng yang 100% Original di Sifupowerbank –  Pakar Powerbank di Malaysia . 🙂 

Sila share Pineng PN-951 Review ini kepada semua rakan atau saudara terdekat anda supaya kita semua mendapat manfaat dan kurangkan risiko untuk di tipu lagi. Terima Kasih . 

22 comments

    Salam En Azlan, terima kasih atas penghantaran barangan dengan cepat. Sehingga hari ini saya membeli Powerbank PN951 daripada en Azlan sebanyak 6 unit. Semua masih boleh digunakan. Pada mulanya beli satu saja, kawan2 kat opis teringin pulak. so tolong order sekali la. Powerbank ni ringan dari biasa dan yang penting cepat mengecaj hp… terbaikk. Saya akan mencadangkan PN951 pada kawan2 yang lain juga…

      Alhamdulillah.. Sama-sama . 🙂 Terima kasih atas sokongan anda kepada kami .

    Powerbank ni ade fungsi cutting off charging x??

    Assalamualaikum Tuan SifuPowerBank. Terima kasih info berguna dalam bahasa melayu. Saya ada 2 soalan nak tanya berkaitan power bank Pineng PN-951 & bateri handphone:

    1) Bila masa sesuai untuk recharge semula power bank Pineng PN-951, tunggu indikator LED bateri power bank padam atau tunggu tinggal 1 lampu LED menyala dari 4 lampu LED untuk memelihara bateri power bank tahan lama?

    2) Bila pula masa sesuai untuk recharge semula bateri handphone dengan power bank untuk memelihara bateri handphone dari cepat “kong” sebelum masanya. Adakah tunggu bateri handphone 5% baru connect dengan power bank?

      Waalaikumsalam tuan.Terima kasih kerana singgah ke website kami 🙂

      Jawapan kami
      Secara am nya, kedua-dua soalan tuan menjurus kepada persoalan yang sama .

      Sebaik nya, tuan tak perlu tunggu sehingga power bank tersebut padam / tinggal 0% untuk recharge semula.
      Tuan dah boleh cas power bank pada bila2 masa yang tuan rasa kan perlu .

      Terima kasih banyak tuan.

    Terima kasih kembali Tuan.

    Jika power bank Pineng PN-951 indikator LED langsung tidak menyala, mungkin mengambil masa agak lama untuk recharge semula.

    Berdasar pengalaman Tuan, berapa lama recharge semula power bank Pineng PN-951 indikator LED langsung tidak menyala atau cuma menyala 1 LED?

      Untuk 10000MAh, kebiasaan dalam 8 Jam (bergantung kepada charger & cable )
      Jika guna fast charging charger & cable, akan lebih cepat berbanding yang biasa.

      TQ

    boleh saya thu x..Contoh powerbank PN-951..95 tuh tanda utk apa??setiap powerbank berlainan no..apa tnds o tuh?

      Itu tiada apa tuan.
      Hanya nombor siri setiap model. Tiada apa perbezaan untuk 95 atau 9 di hadapan.. ia hanya bezakan model sahaja.

      TQ

    salam. macam mana nak tahu powerbank ini dah penuh ya kalau cas. trima kasih.

      Waalaikumsalam .

      Model ini menggunakan LED lamp cik.Jadi, jika 4 LED lamp menyala, jadi ia sudah penuh .
      Cik kira macam nie :

      1 LED nyala : 1 ~ 24% power
      2 LED nyala : 25 ~ 49% power
      3 LED nyala : 50 ~ 74% power
      4 LED nyala : 75 ~ 100% power

      Terima kasih 🙂

    Saya nak tahu apakah powerbank ini selamat dalam penerbangan. Saya tak tahu..jgn ketawakan saya yerr.

      Salam Sejahtera

      Yes. Selamat cik.Tiada masalah 🙂

      Maksimum kapasiti yang boleh di bawa naik ke pesawat adalah 20’000mAh .
      Jadi, power bank 10000mAh , 15000mah @ 20000mAh tiada masalah nak bawa.. Yang penting kene hand carry yaa..Jangan masukkan dalam luggage untuk kargo..

      Terima kasih 🙂

      Azlan
      Admin Sifupowerbank

    Jika Powerbank 10000mah Pakai Sehingga Kosong Mahu Cas Berapa Lama Baru Penuh

      Depends on output charger and jenis USB Cable.

    Saya ada soalan. Power bank saya tak off sendiri selepas digunakan. Macam baru baru ni saya cas penuh dan cas phone. Selepas menggunakan, saya sekadar biarkan ianya off sendiri tapi selepas beberapa jam membiarkannya, saya dapati dari 3 led light tinggal 2 saja dan ianya tak off. Bagaimana ya? Kira rugilah saya cas powerbank tapi tak off sendiri.

      Mungkin ada kerosakkan pada bahagian litar elektronik power bank tersebur. Rujuk semula pada seller aanda

    Hai, saya nak tanya kalau saya dah shake tapi lampu pada powerbank tidak menyala dan tidak mengecas phone saya walhal saya telah mengecasnya penuh sehingga 4 lampu LED menyala. Bagaimana?

      Dah rosak. Jika masih ada warranrty, sila refer ke penjual anda.

    Tumpanga tnya. Utk recharge smula powerbank , mmg kena ambil masa yg lama ya ? Sbab saya recharge sehari semalam. Bru nak 75%

      Terlalu lama 75% untuk seharian cas.
      Normally jika guna charger biasa pun, dalam 7 jam ..Jika fast charging, dalam 5 jam..

      jika dah lebih 24 jam , mungkin power bank / cable ada problem

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping