Whatsapp : 017-787 9824
PN981 10000mAh PINENG Power Bank Review 1

PN981 10000mAh PINENG Power Bank Review

Kami bawakan PN981 10000mAh PINENG Power Bank Review khas untuk anda yang mencari power bank yang nipis, ringan dan berkuasa.

Ringan, Nipis & Berkuasa

Ini adalah 3 ciri-ciri yang ramai pengguna smartphone fikirkan apabila mencari aksesori telefon bimbit mereka terutama nya powerbank. Sebab powerbank perlukan anda membawa nya bersama-sama dengan smartphone anda, jadi ia perlu lah ringan serta kecil bagi kurangkan bebanan .

Untuk tahun 2018, Pineng membariskan beberapa model power bank yang mempunyai ciri-ciri yang di perlukan oleh pelanggan mereka . Salah satu model baharu power bank Pineng untuk 2018 adalah model 10000mAh PN-981 . 

PN981 10000mAh PINENG Power Bank Review 2
Pineng Power Bank 10000mAh PN981  

Menarik ? Nampak kecil kan ? Ok.. Kami bawa kan pineng power bank review untuk model Pineng 10000mAh PN981 terbaharu ini. 

Pineng Power Bank Review 2018 –  Model # PN-981 10000mAh

1. Reka Bentuk 

PN981 10000mAh PINENG Power Bank Review

Untuk reka bentuk luaran bagi model Pineng PN-981 ini agak berlainan dari model-model keluaran mereka sebelum ini. Anda boleh lihat di mana, model ini ibarat mempunyai 2 bahagian – Hitam & Merah . Pada awal-awal kami terima power bank PN981 ini,kami harapkan bahagian merah tersebut boleh masuk / keluar ke dalam bahagian hitam, namun , ia hanya lah andaian kami sahaja

Jika ada sebegitu,agak rare bukan? 🙂 Seakan -akan rekaan smartphone Oppo Find X .

Untuk model ini, rekaan luaran lebih pada bentuk lonjong . Tidak seperti model-model lain yang lebih pada segi empat tepat . Seperti powerbank yang lain, bahagian luaran menggunakan “Hard Plastic” bagi melindungi komponen dalam power bank ini.Namun, harus di ingatkan, semua power bank tidak kebal dengan hentakan akibat jatuh. Jadi , sila berhati-hati semasa menggunakan power bank anda. 

PN981 10000mAh PINENG Power Bank Review

Pada bahagian display / power indicator, model PN981 menggunakan nyalaan lampu LED untuk memberi info berapa baki kuasa bateri yang masih tinggal . Namun untuk model ini, ia menggunakan LED bernombor. Jadi, anda lebih mudah untuk mengetahui berapa baki bateri powerbank anda. Lagi pun, nampak lebih canggih kan? 🙂 

2. Spesifikasi Produk 

  • Saiz (L*W*H) : 132.5*66.5*14.5 mm
  • Berat : 188 gram
  • Warna : Hitam-Merah & Putih-Kelabu
  • Kapasiti Bateri : 3.7V 10000mAh 37Wh
  • Input : DC5V 2A
  • Dual USB Output : 5V 2.1A / 5V 2.1A
  • Standby Time : > 5000 h

Antara yang menarik adalah pada segi berat keseluruhan power bank di mana hanya seberat 188 gram . 

PN981 10000mAh PINENG Power Bank Review
Ini adalah timbangan berat dari Sifupowerbank . Ada ralat antara kedua-dua ukuran & spesifikasi product dari kilang. Namun, ia masih di bawah 200gram. 

Kebanyakkan model 10000mAh lain dalam mempunyai berat dalam 230~245 gram dan dengan berat PN981 ini, ia boleh di kategorikan sebagai power bank teringan dalam kelas 10000mAh Pineng. 

Jadi, anda mempunyai kelebihan kerana model ini lebih ringan, kecil berbanding model lain. Ia akan mudahkan anda bawa ke mana-mana, sambil mengecas bateri phone anda dari dalam poket sahaja. 

Di datangkan dengan 2 warna iaitu Hitam-Merah serta Putih-Kelabu. 

3. Kekurangan & Kelebihan

Kelebihan model Pineng Power Bank 10000mAh PN981 adalah : 

  1. Ringan – berat bersih keseluruhan di bawah 200 gram. Jadi, mudah untuk anda bawa di dalam poket / handbag
  2. Kecil –  Saiz paling kecil berbanding dengan power bank 10000mAh yang lain.  Jadi, mudahlah anda nak guna sambil bersiar-siar , sambil cas bateri phone.
  3. LED Power Indicator – Ia lebih unik kerana menggunakan nyalaan LED bernombor bagi mudahkan anda mengetahui berapa baki kapasti bateri phone anda.

Kekurangan model Pineng Power Bank 10000mAh PN981 adalah: 

  • Tiada built in USB Cable yang banyak membantu pengguna smartphone mengecas bateri mereka dengan lebih baik. 

4 .Galley Pictures

Ini antara pineng power bank review kami untuk model Pineng PN-981. Untuk anda yang berminat dan tak suka aksesori yang berat -berat ,anda boleh dapatkan dari sifupowerbank melalui bahagian “Shop” atau terus klik ke link di bawah : 

Pineng PN-981 Sifupowerbank 

Yang paling penting untuk membeli sebarang gadget , elakkan membeli barangan yang di jual paling murah kerana di khuatiri ia adalah set tiruan. 

Sifu, bagaimana nak check power bank saya original atau tidak ? Klik sini : 

Rujuk di sini : https://sifupowerbank.com/cara-nak-tahu-powerbank-pineng-original/

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping