Whatsapp : 017-787 9824
Pineng Power Bank 20000mah Review - Model PN969 1

Pineng Power Bank 20000mah Review – Model PN969

Dengan kepantasan teknologi telefon pintar yang semakin canggih dan teknologi telekomunikasi yang semakin pantas ( dari 3G ke 4G LTE ), ia kini memerlukan kuasa bateri yang lebih banyak berbanding suatu masa dahulu. Yer lah, dulu telefon bimbit paling canggih pun Nokia 3310 yang boleh ‘berdiri dan menari’ dan tak perlukan data internet atau processor yang tinggi. Maka, dalam tahun 90-an sehingga awal tahun 2000, power bank masih belum lagi wujud dan tidak di perlukan. Namun, zaman semakin berubah di mana , di saat ini, power bank merupakan nadi utama untuk setiap telefon pintar apabila anda mula menggunakan “mobile data” dalam aktiviti sosial online anda.

Jika anda adalah pengguna tegar media sosial online, aktif di Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp atau anda seorang kaki game online seperti Clash Of Clans, maka, power bank adalah gajet yang sangat wajib untuk anda bawa bersama. Paling sesuai adalah power bank dari kapasiti 20000mAh yang mampu mengecas phone sehingga 6-7 kali cas penuh. Untuk review power bank kali ini, kami membawakan Pineng Power Bank 20000mah Review untuk model PN969.

Pineng Power Bank 20000mah Review PN969 Original

Pineng Power Bank 20000mah Review –  Model PN969

Kali ini,kami membawakan Pineng Power Bank 20000mah Review untuk model terbaharu dari Pineng iaitu PN969.

Review – Design

Dari segi design , model PN969 ini membawakan reka bentuk yang cukup simple. Mempunyai 2 tona warna iaitu Hitam Merah dan Putih Kelabu. Hitam dan putih di gunakan pada warna asas power bank pada bahagian atas dan bawah model ini dan ia di hiasai dengan corak kotak-kotak yang kami lihat agak baik berbanding dengan hanya warna plain dari model-model terdahulu. Bahagian sisi power bank ini pula di hiasa dengan warna Merah dan Kelabu.

Yang menarik nya power bank 20000mah PN969 ini adalah LCD display nya yang telah di tukar dari kebiruan kepada hitam yang amat kami sukai. Ia kelihatan lebih premium dan lain dari yang lain berbanding jenama yang lain. Sepanjang penggunaan kami, LCD display berdigital ini sangat membantu kami dalam menentukan berapa baki kapasiti bateri yang tinggal dan ia sangat tepat. Jadi, fungsi ini memudahkan kami untuk merancang, berapa kali kah kami dapat guna power bank sebelum ia nya perlu di cas semula.

Pineng Power bank 20000mah PN969 LCD Display

Di bahagian atas Pineng Power Bank 20000mah PN969 ini menggunakan Mikro USB port sebagai input. Jadi, anda boleh menggunakan apa-apa jenis USB cable mikro untuk mengecas power bank anda. Kami sarankan supaya anda untuk menggunakan High Speed USB Cable dari jenis PN303 yang menyokong pengecasan melalui Mikro USB port. Tempoh untuk mengecas penuh power bank 20000mah ini adalah di antara 10 – 12 Jam atau jika anda menggunakan cable pantas, di anggarkan power bank ini akan penuh dalam masa 8 Jam.

Pineng Power bank 20000mah PN969 Design Features

Untuk bahagian output, model PN969 ini seperti model power bank lain yang membawakan dua USB port iaitu 1.0A dan 2.1A yang membolehkan anda untuk mengecas 2 gajet serentak. Secara am nya, port 1.0A adalah untuk telefon bimbit, atau PSP / MP4 Player manakala untuk port 2.1A, ia nya khas untuk tablet seperti Samsung Tab /iPad kerana tablet memerlukan arus yang lebih besar berbanding telefon bimbit. Jika anda nak menggunakan port 2,1A untuk mengecas phone , tiada masalah. Untuk butang kuasa (ON/OFF), ia di letakkan di bahagian sisi kiri power bank 20000mAh PN969 ini. Ia mudah di capai oleh jari dan tangan anda.

 

Review – Bateri

Pineng Power Bank 20000mah Review Battery Li-Polymer PN969

Pineng power bank 20000mah PN969 ini menggunakan bateri dari jenis Lithium Polyment (Li-Polymer).Bateri jenis Li-Polymer ini mempunyai bentuk yang lebih nipis , lebih selamat dan mampu menyimpan kuasa bateri yang lebih efisen berbanding bateri jenis li-ion. Seperti sedia maklum, mana-mana power bank li-polymer mempunyai bentuk yang lebih nipis dan ringan. Ini membolehkan power bank Pineng PN969 ini hanya lah setebal 21mm sahaja.

Pineng Power Bank 20000mah Review Battery Li-Polymer Thinner

Review – Cip Pintar 

Semua power bank Pineng sama ada 10000mah atau 20000mah akan di jana oleh MCU (Micro Control Unit) yang menjadi sebagai cip pintar untuk mengawal power bank 20000mah ini dan memberikan kepuasan optimum.Bagi kami, cip ini adalah amat baik kerana ia akan mengawal dari segi arus keluar masuk, display digital yang tepat, mengawal USB output dan lain-lain lagi. Dengan cip yang baik, power bank anda akan lebih tahan lama berbanding biasa. Sebab itu kami akan cadangkan anda untuk membeli power bank dari jenama Pineng sahaja.

MCU Pineng Power Bank

Dari Pineng Power Bank 20000mah Review yang kami buat untuk PN920 dan PN999, performance untuk ke tiga-tiga model ini adalah sangat baik.

 

Review – Saiz 

Saiz Pineng Power Bank 20000mAh PN969

Dari segi saiz, Pineng Power Bank PN969 ini sesuai dengan kapasiti yang tinggi tetapi memberikan berat yang bagi kami tidak terlalu berat berbanding model-model 20000mah yang lain.

Review – D & A

Kelebihan :-

      • NIPIS – model PN969 ini di hasilkan dari bateri jenis li-polymer yang membawakan saiz yang lebih nipis dan ringan berbanding model 20000mah yang lain
      • LCD – Display LCD yang berlatar belakang warna Hitam yang tampak lebih menarik dan premium
      • KEMASAN – Model PN969 ini membawakan kemasan dan reka bentuk yang cantik dan profesional

Kekurangan:- 

      • TIADA LED – Tiada LED untuk fungsi Lampu Suluh seperi model PN999 dan PN920.
      • BERAT – Agak berat (420gram) dan kurang sesuai untuk anda yang hanya mengecas phone 1-2 kali sehari.

Galeri

 

Di harap dengan Pineng Power Bank 20000mah Review ini akan meberikan anda idea power bank dengan kapasiti yang mana kah lebih baik untuk kegunaan harian anda.Jika anda bukan heavy user atau cas phone hanya 1-2 kali sehari, kami cadangkan anda untuk menggunakan Pineng Power Bank kapasiti 6000mah atau 10000mah. Ia sudah memadai untuk keperluan anda.

new pb ads edited Feb 16 copy

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping