Whatsapp : 017-787 9824
Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review 1

Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review

Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review adalah model terbaharu power bank berkapasiti bateri 20000mAh yang di lancarkan pertengahan tahun 2018. Pihak Pineng seperti biasa akan memberikan nafas baharu untuk setiap model power bank mereka dengan menambah atau mengubah bentuk serta ciri-ciri power bank bagi kekal relevan dengan kepesatan teknologi smartphone di saat ini.

Jika anda seorang heavy user smartphone, anda sangat di galakkan untuk mengguna kan power bank berkapasiti 20000mAh ~ 30000mAh bagi memastikan segala urusan harian anda lancar. 

Masalah untuk powerbank 20000mAh yang ada di pasaran adalah :

  • Terlalu berat hingga meyukarkan untuk membawa ke mana-mana.
  • Terlalu besar dan panjang yang juga sukarkan anda untuk menyimpan atau membawa secara on-hand . 
  • Tak boleh di masukkan dalam poket seluar .

Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah seperti di atas, dan perlukan power bank 20000mAh yang bersaiz kecil serta mudah untuk di bawa, kami amat recommend Pineng PN982 Power Bank 20000mAh ini sebagai daily assistant anda.

Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review

Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review 2

Apa yang anda dapat lihat dari keseluruhan power bank 20000mAh PN-982 ini ? Mungkin anda boleh banding kan dengan model power bank yang anda guna sekarang .

Jom kita lihat Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review oleh Sifupowerbank . 

1 – Fizikal / Luaran 

Ada beberapa perubahan ketara pada body luaran power bank PN982 ini. Model ini ada 2 tona warna iaitu gabungan hitam-merah serta putih-kelabu . Ini memberikan reka bentuk yang berlainan dari model 20000mAh yang lain .

Selain itu, ada 2 bahagian (ikut warna) yang menjadikan powerbank ini unik. Bahagian bawah tersebut di lengkapi dengan LED light bernombor yang akan memberikan anda info berapa lagi baki kapasiti bateri yang boleh di gunakan.

Konsep ini sama sahaja dengan power bank yang menggunakan LED light sebagai power indcator mereka. Cuma yang untik adalah, LED yang dulu nya hanyalah nyalaan lampu sahaja, tetapi model Pineng PN-982 ini menggantikan paparan cahaya dari LED ke bentuk nombor . 

Ada 4 tingkat kuasa yang sebagai rujukan anda iaitu :

  1. Nyalaan lampu nombor 25 adalah kapasiti bateri yang available dari 1 ~ 25% 
  2. Nyalaan lampu nombor 50 adalah kapasiti bateri yang available dari 26 ~ 50% 
  3. Nyalaan lampu nombor 75 adalah kapasiti bateri yang available anda dari 51~ 74% 
  4. Nyalaan lampu nombor 100 adalah kapasiti bateri yang available anda dari 76 ~ 100% 
Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review

Dari luaran juga , power bank Pineng 20000mAh PN982 ini mempunyai bentuk yang lebih lonjong di lihat dari sisi. Berbanding dengan model 20000mAh sebelum ini banyak yang hanya petak biasa sahaja. 

Dari segi output, model ini ia menyediakan 2 USB port output yang akan menjana 5V 2.1A (max) untuk kedua-dua port tersebut yang akan mengecas 2 kali lebih laju berbanding dengan output dari powerbank biasa (5V 1.0A) . Untuk USB port input pula, ia menggunakan port USB Micro yang menyokong max input 2.0A . 

Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review

Spesifikasi PN982 Power Bank 20000mAh Review : 

  • Jenama : Pineng
  • Saiz ( L*W*H) : 127 * 68 * 25.5mm
  • Berat : 358 gram
  • Warna : Hitam-Merah & Putih-Kelabu
  • Kapasiti Bateri : 3.7V 20000mAh 74Wh
  • USB Output : Dual port – 5V 2.1A / 5V 2.1A
  • USB Input : DC5V 2A
  • Max Rated Output : > 12580 mAh >62.9Wh 

Persoalan nya sekarang , betul ke power bank ini lebih kecil berbanding mode-model 20000mAH yang lain ? 

Pineng PN982 Power Bank 20000mAh Review
Hanya lebih kurang saiz kad-kad point / kad bank anda . 

Jika nak lebih perbandingan antara semua power bank Pineng 20000mAh , anda boleh rujuk melalui artikel perbandingan kami di sini : 

https://sifupowerbank.com/perbezaan-power-bank-pineng-20000mah-original-2018/

2 – KELEBIHAN & KEKURANGAN MODEL PN-982

Kelebihan 

  • Model bersaiz paling kecil berbanding dengan 3 power bank 20000mAh yang available di pasaran. Mudah di bawa & di gunakan.
  • Model teringan iaitu hanya sekitar 358 gram sahaja. Ia lebih ringan berbanding model-model lain yang biasa nya sekitar berat 430gram
  • Dual USB Output yang mengecas 2 kali lebih laju berbanding model biasa
  • Power indicator baharu dalam bentuk nyalaan LED bernombor .

Kekurangan 

  • Agak tebal berbanding model 20000mah yang lain. Tebal nya sahaja dalam 25.5mm yang mana lebih tebal 4.5mm berbanding model lama. 
  • Penunjuk kuasa yang hanya menggunakan LED yang tidak memaparkan baki kuasa bateri yang lebih tepat. Anda hanya boleh buat anggaran sahaja.

Jika anda perlukan power bank sebagai back up kerja seharian anda & nak yang boleh cas banyak kali , model Pineng PN-982 adalah yang terbaik untuk jenama Pineng. 

Di harapkan, dengan Pineng PN982 Power Bank 20000mAh review ini mampu membantu anda memilih power bank terbaik anda. 

Dapatkan set power bank Pineng 20000mAh yang di jamin 100% ORIGINAL sahaja di Sifupowerbank / shop. Kami menerima pembayaran melalui kad kredit. 

2 comments

    Nak tanya, berapa jam perlu nak bagi powerbank PN-982 UTK FULL? Senang nak estimate time, tkut overcharge. Tq

      Depends pada output charger..Jika anggaran biasa dengan charger output 1.0A, dalam 10 Jam ++ .. Jika output charger lebih besar, akan lagi kurang masa.

      Terima kasih

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping