Whatsapp : 017-787 9824
Perbezaan Powerbank Pineng 20000mah 1

Perbezaan Powerbank Pineng 20000mah

Apa Beza Setiap Power Bank Pineng 20000mAh nie ? Mana satu yang lebih baik yer tuan ?

Ini antara soalan paling kerap di tanya kepada kami. Ramai yang keliru apakah perbezaan powerbank Pineng 20000mah model PN999 , PN920 & PN969. Tak tahu nak pilih yang mana satu sebab kapasiti sama saja 20000mAh.

OK. Ini adalah perbezaan powerbank Pineng 20000mah pada segi spesikasi :-

Perbezaan PowerBank Pineng 20000mah

Dari segi spesifikasi yang tertera di atas, di lihat tidak banyak perbezaan antara ketiga-tiga model power bank 20000mah ini. Ada sedikit perbezaan pada saiz dan berat (PN969 paling ringan di antara model yang lain),namun ia tidak dapat di rasai dari segi fizikal. Jadi , kami simpulkan, dari segi spesifikasi rasmi , ketiga-tiga power bank ini adalah sama. Sekarang, anda mungkin hanya boleh membuat pilihan dari segi design sahaja. Jika anda nak pilih dari segi keluaran, kami cadangkan anda ikut turutan di bawah :-

      • 1st Generation :- PN999
      • 2nd Generation :- PN920
      • 3rd Generation :- PN969 (Terbaharu)

Jadi, dengan info seperti ini, adakah kini anda telah mampu membuat keputusan mana satukah power bank 20000mAh yang sesuai untuk anda ? Tepuk poket, tinjau isi dompet.

Cuma bagi kami, kami lebih menasihati kepada mereka yang nak guna power bank 20000mah, pastikan anda adalah seorang yang pengguna yang sangat aktif sehinggakan perlu mengecas telefon anda lebih 5 kali dalam sehari. Dan jika anda termasuk dalam golongan di bawah, anda memang sangat di galakkan untuk menggunakan power bank 20000mAh ini:-

      • 1) KERAP TRAVEL – Anda adalah seorang yang kerap travel jauh ataupun selalu buat kerja luar yang mana,masa anda lebih banyak di luar berbanding di pejabat / rumah. Maka, anda sangat sesuai menggunakan power bank 20000mah ini. Contoh nya, agen insuran, peyelia tapak projek, ahli perniagaan dan lain-lain.
      • 2) KAKI MEDIA SOSIAL – Jika anda rasa hidup anda tak lengkap bila tak selfie, tak rakam video atau update status di FB, IG atau Twitter , maka anda juga wajib gunakan powerbank 20000mah ini. Sebab bila anda ON mobile internet anda, bateri anda akan 30% lebih cepat habis berbanding biasa
      • 3) KAKI GAME ONLINE – Jika anda memang kaki game seperti Clash Of Clan atau Candy Crush, pastinya anda akan menderita yang bateri telefon anda lebih cepat habis . Jadi, power bank 20000mah lah dapat membantu anda.
      • 4) ADA BANYAK GAJET – Anda yang mempunyai banyak gajet seperti ada 2-3 telefon pintar, atau PSP atau MP4 Player atau Pemanas Susu Anak, maka sila guna power bank 20000mah ini untuk menampung keperluan bateri anda

Kami harap, kami dapat membantu anda untuk memilih power bank 20000mAh yang manakah paling sesuai untuk anda. Tidak banyak perbezaan powerbank Pineng 20000mah dari segi spesifikasi dan kualiti nya,jadi anda pilih dengan tenang yer.

11 comments

    Assalamualaikum, sy baru beli yg model PN-969. Masih belum dapat cuma nak tanya kalau da dapat tu dekat kotak kita perlu gores then br dapat dia punya serial numberkan? Pas kita da masukkan nombor tu sekali check then lau masuk balik dia akan cakap nombor tu sudah digunakan ye? Minta kongsi ilmu ye

    Terima kasih.

      Waalaikumsalam tuan.

      Yes. Betul. Tuan perlu gores dahulu pada label untuk dapatkan 16 digit security code. Lepas tu masuk ke website pineng.cn .. carik label ” anti fake check”..dan masukkan no tu ke dalam borang nya nnt. Then akan keluar results ORI atau Tak.

      Kalau die tulis dah pernah guna , itu maksud nya fake.

      Nanti boleh hantar results nya di sini..
      Saya tgk kan ..

      TQVM

    SLM,TUMPANG TNYA, KALAU WARRANTY SETAHUN TU, COVER TAK KALAU POWERBANK TU DA MEREKAH OR KEMBUNG?

      Waalaikumsalam .

      Kebiasaan, warranty 1 tahun cover apabila power bank rosak secara teknikal seperti tak boleh cas IN atau OUT

      Jika power bank kembung, tiada dalam warranty .
      Antara punca kembung kebiasaan nya adalah overcharging / tempat simpan yang terdedah kepada panas.

      Jika pembelian dengan kami, kami cover power bank kembung dalam tempoh 1 bulan dari tarik pembelian .

      Terima kasih.

    Hi, Mr.Azlan, thank you so much for this article, super helpful. Just want to confirm: Do we need to charge powerbank for the 1st time before using, or can use it right away? If need to charge 1st time, then how long should/ must we charge??

      Hello Mr Kenny.

      No need to charge for 1st time use.You can use as usual.Then once low power, you re-charge it.
      Lithium battery is different from Nickel base battery. It more strong & have better life cycle.

      Thanks.

        Oic, understood, thank you so much, Mr. Azlan. Got a little scared cos I saw some ppl said we should charge it overnight (8-12 hrs) b4 using for the 1st time. (Takut letup nanti… LOL)

    Saya baru pernah beli yg 969.. berat..

    Dan baru ni saya beli lagi satu, 969 juga. Tapi ringan. Penjual kata, Pineng memang buat powerbank yg ringan sekarang. Betul ke?

      Setakat yang saya tahu, semua model Pineng 20K tiada perubahan untuk model 969.. Masih berat atas 420gram

      jika terlalu ringan, di khuatiri tiruan

      Terima kasih

    Assalamualaikum boss…nak tanya size bateri pn 999 dan pn 920 sama atau x…saya ada kedua dua powerbank ini…cuma pn 920 saya problem in dan out bateri ok…yang pn 999 tiruan…bateri cepat habis..
    Boleh convert tak agak agak

      Waalaikumsalam..

      Yes. Sama.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping