Power bank Pineng 10000mAh PN 951 dan PN 958 antara model yang menjadi pilihan ramai buat masa ini . Antara sebab ia antara model popular untuk 2017 adalah kerana ia ringan & nipis berbanding power bank yang lain . Jadi, dua model ini lebih mudah di bawa, selesa di pegang sambil mengecas smartphone serta boleh di gunakan cas bateri smartphone dari dalam poket .
Namun,kami kerap di ajukan soalan : ” Apakah perbezaan power bank Pineng PN 951 vs PN 958 ? Tengok macam sama saje ”
Ye..Betul . Jika kita lihat perbandingan di gambar di bawah, secara fizikal nya, dua model ini nampak serupa . Saiz sama , tebal sama,panjang sama. Kedua-dua model ini juga menggunakan lampu LED sebagai ‘power indicator’ . Kapasiti bateri juga sama iaitu 10000mAh. Jadi, di mana kah perbezaan Power Bank Pineng PN 951 vs PN 958 ini ?
Baik..Secara fizikal dari bahagian atas , ia memang sama.Tiada apa-apa perbezaan. Namun, jika di lihat dari bahagian atas atau di bahagian USB port , baru kita akan nampak perbezaan dua model terhangat ini .
Jawapan : Power bank Pineng PN951 mempunyai ‘built in USB cable’ serta USB connector untuk iPhone/ iPad , manakala, model PN958 hanya mempunyai USB port sahaja.Anda perlu mengecas menggunakan USB cable secara berasingan .
Jika anda tanyakan kepada kami, antara dua model ini , mana satu model yang kami recommend kepada anda , ini pandangan dari kami.
Kami memilih powerbank Pineng PN951 atas faktor :-
- Ada built in USB Cable – Ini antara ciri-ciri yang di gilai ramai kerana bila anda built in USB cable ini, anda akan lebih mudah apabila mengecas smartphone sambil pegang di tangan . Ia lebih selesa apabila di gengam pada tapak tangan anda. USB Cable ini juga lebih pendek dan ia nampak kemas semasa mengecas tanpa perlu membawa cable yang panjang berjela-jela lagi.
- Ada Apple USB Connector – Buat anda yang ada dua smartphone iaitu Android dan iPhone , power bank ini sangat sesuai untuk anda . Anda dah tak perlu bawa dua kabel yang berasingan lagi. Hanya perlu bawa power bank ini sahaja , dan anda boleh terus mengecas tanpa perlu pening fikir nak pinjam cable dari kawan-kawan lagi.
- Lebih selesa di pegang – Bentuk fizikal model Pineng PN951 di bahagian tepi lebih melengkung dan ini membuatkan model PN-951 lebih selesa di pegang / di genggam.
Jadi, secara am nya , dua model ini lebih di gemari dan menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai powerbank harian mereka . Untuk anda yang mencari power bank yang boleh mengecas bateri dalam 3~4 kali , dua model ini pasti nya berbaloi untuk anda dapatkan.
Yang penting, hanya dapatkan power bank yang 100% Original sahaja hanya di Sifupowerbank.