Model Power Bank Pineng 20000mAh PN917 sudah memasuki pasaran dan telah mula di edar kan oleh semua seller gadget di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum,model PN917 ini adalah model power bank 20000mAh yang LEBIH NIPIS berbanding dengan model sebelum nya (PN969, PN920 atau PN999)
Cuma kebanyakan dari customer kami masih keliru apa perbezaan antara model baru Pineng PN917 dan PN969 . Mana satu yang mereka patut beli . Apa kelebihan & kekurangan antara 2 model 20000mAh ini ?
Kami rungkaikan persoalan anda di sini berdasarkan pemerhatian kami .
Apa Beza Power Bank Pineng 20000mAh PN917 dan PN969 ?
- Fizikal Luaran / Rekabentuk
- Seperti yang anda dapat lihat melalui gambar di atas,power bank Pineng PN917 jelas lebih LEBAR dan PANJANG berbanding dengan model lama PN969 .
- Perbezaan untuk kedua-dua model 20000mAh ini adalah dari segi panjang , model PN-917 lebih panjang 27mm dari PN-969. Dari segi lebar pula, model PN917 lebih lebar 16mm dari PN969 . Jadi, saiz ini sebenar nya agak sukar di pegang buat mereka yang mempunyai saiz tangan yang agak kecil lagi comel.
- Dari segi ketebalan, PN917 lebih nipis 7mm berbanding PN969.
- Tiada LCD Digital Display pada PN917. Model ini hanya menggunakan LED sebagai indikator kuasa. Rekabentuk yang lebih simple, cuma bagi mereka yang sudah biasa menggunakan power bank Pineng yang lama, mereka akan sukar untuk anggar berapa baki kuasa bateri yang tinggal dalam power bank.
2. OUTPUT Rate – Model Pineng 20000mAh PN917 mempunyai 3 Output USB (Semua 5V 2.1A) manakala untuk model lama PN969 hanya mempunyai output 5V 1.0A & 2.1A .Jadi, dari segi prestasi, model PN917 boleh mengecas lebih pantas dari PN969.
Bahagian input power bank ini juga mempunyai 3 Input Port iaitu Micro USB , Lightning (Iphone) dan Type-C USB. Ia memudahkan anda untuk guna kan mana-mana cable di luar untuk mengecas power bank anda.Tiada lagi issue cable tertinggal atau cable tak boleh masuk port mengecas.
Ini adalah perbezaan yang ketara anda kedua-dua model. Dari segi ketahanan produk,ia tetap terbaik. Pineng mengekalkan kualiti untuk kepuasan semua pengguna secara maksimum.
Jadi, pilih lah model power bank anda yang bersesuaian dengan bajet & keperluan seharian anda. Paling penting, PASTIKAN ORI, BARU BELI.
Dapatkan Power Bank Pineng 20000mAh PN917 Original dari STORE kami . Jaminan selama 365 Hari. Rosak terus tukar baru.