Power Bank Pineng 20000mah Original telah banyak kali di beri nafas baru. Untuk tahun 2018, ada dua model baharu Pineng 20000mAh yang di perkenalkan iaitu PN-962 serta PN-982 yang membawakan beberapa ciri-ciri tambahan berbanding model Pineng 20000mAh yang lama .
Kami tak nak ulas mengenai kelebihan & kekurangan setiap model kerana, kami ada buat review penuh mengenai setiap model di artikel yang berlainan.Untuk artikel ini, kami nak banding kan apakah persamaan,kelebihan & kekurangan bagi setiap model power bank Pineng 20000mAh yang available untuk tahun 2018.
4 model Power Bank Pineng 20000mah Original yang akan kami review adalah (dari kiri) :
- PN-982 – Model baharu 2018
- PN-969
- PN-917
- PN-962 – Model baharu 2018

Perbezaan Power Bank Pineng 20000mah Original
A. REKA BENTUK FIZIKAL
Dari segi bentuk keseluruhan fizikal power bank ini, model baharu PN-982 merupakan power bank 20000mah Pineng yang paling kecil & bersaiz kompak. Saiz nya separuh dari model PN-917 & PN-962 .Jadi, ini akan memudahkan anda untuk membawa power bank 20000mAh anda dengan lebih mudah tanpa terlalu membebankan anda.
Perbezaan dari segi saiz adalah seperti berikut :
Model/Saiz (mm) | Panjang | Lebar | Tebal |
PN-982 | 127 | 68 | 25.5 |
PN-969 | 163 | 76 | 21 |
PN-917 | 190 | 92 | 14 |
PN-962 | 197 | 93.5 | 14.3 |
- Panjang – model Pineng 20000mAh yang mempunyai saiz body paling panjang adalah PN962 dengan panjang 197mm .Manakala paling pendek /kecil adalah model PN982 dengan hanya 127mm sahaja. Beza 70mm
- Lebar – Model Pineng 20000mAh paling lebar adalah sekali lagi PN-962 dengan kelebaran body 93.5mm. Manakala yang paling kecil & slim adalah PN-982 dengan hanya 68mm lebar sahaja.
- Tebal – Model Pineng 20000MAh paling tebal adalah model PN-982 iaitu dengan 25.5 mm. Model PN-917 & PN-962 lebih nipis 11.5mm dari PN-982.
Jadi, setiap model power bank Pineng 20000mah original ini mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing . Jika nak kan power bank tersebut nipis, pengeluar perlu tambah lebar & panjang body bagi memenuhi kepasiti yang tinggi itu . Jika nak power bank 20000mAh yang kecil & saiz kompak, pengeluar terpaksa tebalkan body power bank bagi dapatkan kapasiti 20000mAh .
Tiada lagi power bank 20000mAh yang mempunyai body nipis & saiz kompak. Agak sukar di hasilkan.
Bagi bahagian power indicator bateri pula, setiap model memberikan ciri-ciri yang berlainan. Untuk model PN982, ia menggunakan nyalaan LED bernombor yang pertama kali di perkenalkan oleh Pineng berbanding hanya nyalaan LED konvensional seperti model PN917 . Untuk anda yang meminati power bank yang ada LED Digital Display, pilihan anda adalah model PN969 & PN962 .
Untuk ciri warna pulak,hanya model PN-982 yang ada 2 warna – (Hitam-Merah & Putih-Kelabu) .Manakala model lain, hanya berwarna penuh hitam atau putih


B. OUPUT USB
Kami tidak huraikan spesifikasi keseluruhan power bank ini kerana , kami sudah huraikan dalam setiap review power bank tersebut dalam artikel sebelum ini. Tidak terlalu banyak perbezaan antara kesemua model tersebut.
Ini perbezaan bagi USB Output bagi setial model Pineng 20000mAh :


Untuk model PN-982 & PN-969, kedua-dua nya mempunyai 2 USB Output & 1 USB Input di bahagian hadapan manakala untuk model PN-917 & PN-962 pula, ia membawa kan 3 USB Output serta 3 USB Input (Micro USB, Apple Lightning & Type C)
Untuk output kuasa dari setiap USB, ada perbezaan antara ke empat-empat Power Bank Pineng 20000mah Original :
Model / Output (Amp) | Output 1 | Output 2 | Output 3 |
PN982 | 2.1A | 2.1A | N/A |
PN969 | 1.0A | 2.1A | N/A |
PN917 | 2.1A | 2.1A | 2.1A |
PN962 | 2.1A | 2.1A | QC 3.0 |
Standards Output Voltage = DC5V
Dsti segi spesifikasi output USB ,model paling baik adalah PN-962 di mana mempunyai output arus untuk kegunaan pada smartphone biasa serta 1 USB Port yang akan menjana voltan serta arus yang lebih besar/tinggi untuk pengecasan lebih pantas dari port lain,
C. WHAT’S IN THE BOX

Untuk model Pineng PN 982 & PN 969, anda di bekalkan sekali dengan USB Cable Micro USB di dalam kotak. Manakala, untuk model PN 917 & PN962, tiada USB Cable di sertakan .Anda perlu menggunakan USB cable original phone atau beli pakej power bank + USB Cable.
Ini sedikit sebanyak apa perbezaan untuk Power Bank Pineng 20000mah Original bagi tahun 2018. Ada kelebihan serta kekurangan masing-masing . Anda pilih lah model power bank 20000mAh Pineng yang sesuai untuk anda. Jika masih confius mana satu model power bank 20000mAh yang sesuai untuk kegunaan harian anda, sila hubungi kami di rungan chat di sebelah 🙂
Untuk anda yang nak dapatkan power bank Pineng 20000mAh Original tanpa was-was, anda boleh terus dapatkan dari kedai maya kami di (klik button merah di bawah) :
Yang paling penting, PASTIKAN ORI,BARU BELI