Permintaan untuk gajet power bank di jangka meningkat sehingga USD 17.8 Billion untuk tahun sehingga 2020. Menurut satu kajian pemasaran yang telah di lakukan oleh MarketsandMarkets.com melalui laporan ” Power Bank Market by Capacity Range (500mAh to Above 1500mAh), Number of USB Port, Energy Source, Technology (Lithium-ION and Lithium-Polymer), Application (Smartphones, Tablets, and Portable Media Devices), and by Region – Global Forecast to 2020 ” menyatakan bahawa , pemintaan / jualan power bank di jangka mencecah sehingga USD 17.8 Billion pada tahun 2020 dengan pertumbuhan (CAGR) pada 23.1% antara 2015 dan 2020 .
Antara sebab peningkatan permintaan ini adalah meningkat nya pertumbuhan dan peralihan teknologi telekomunikasi dari 3G ke 4G .Ini akan menyebabkan telefon bimbit anda perlu menggunakan lebih banyak kuasa bateri berbanding dahulu.Jika dahulu kita mungkin hanya mempunyai fungsi MMS atau perlu muat turun sesuatu kandungan melalui WIFI, tetapi dengan kecanggihan teknologi 4G, anda dengan mudah dan pantas boleh muat turun gambar atau lagu-lagu kegemaran anda serta boleh mainkan video tanpa “buffering” di YouTube. Tetapi , kelemahan nya adalah bateri anda akan lebih cepat habis.Jadi, anda perlu sediakan power bank bersama-sama anda.
Menurut laporan ini juga, power bank dengan kapasiti lebih tinggi ( > 12499 mAh) akan mendapat permintaan yang lebih tinggi di masa akan datang. Ini kerana pengguna memerlukan power bank mampu untuk memberi lebih banyak kali kadar mengecas phone seiring dengan penggunaan bateri yang lebih tinggi nanti.
Jika anda seorang yang suka kan game online , sudah pasti power bank adalah gajet yang paling penting untuk anda bukan ? Jika anda seorang yang suka melayari media sosial , pasti nya anda perlu cas bateri phone 2 ke 3 kali sehari bukan ? Lagi lah anda seorang yang suka bergambar dan mengambil video. Pasti nya power bank menjadi keperluan kepada gaya hidup anda.
POWER BANK BUKAN LAGI KEHENDAK,TETAPI POWER BANK PENJADI KEPERLUAN HARIAN ANDA.
Asia Pasifik masih menjadi rantau utama yang pengeluar utama power bank di seluruh dunia. Majoriti pengilang bateri dan power bank beroperasi di rantau Asia Pasifik. Antara pengeluar / syarikat yang mengeluarkan power bank adalah Advantage Computers (I) Pvt. Ltd. (India), Anker. (U.S.) , Microsoft corporation (U.S.), Mophie Inc. (U.S.), OnePlus (China), Panasonic Corporation (Japan), Sony Corporation (Japan), uNu Electronics INC. (U.S.), and Xiaomi Technology Co., Ltd (China), manakala pengeluar bateri yang di guna kan pada power bank adalah China BAK Battery, Inc. (China), LG Chem Ltd. (South Korea), and Samsung SDI co. Ltd. (South Korea).
Jadi, pasaran power bank masih meluas di seluruh dunia. Jika sekarang ada pengeluar yang meningkatkan kapasiti bateri telefon bimbit mereka supaya lebih tahan, tetapi, untuk memudahkan mengecas telefon bimbit anda, anda masih memerlukan power bank di sisi anda.
Sumber Atrikel : marketwatch.com