Jika sebelum ini,saya ada tuis mengenai power bank tiruan yang berpasir, kali ini , kawan kita dari Indonesia ini membongkar sendiri bagaimana yang di perkatakan ” power bank pasir ” yang hangat di perkatakan sebelum ini.
Sebelum ini,kita hanya tengok gambar sahaja kan,tetapi video ini LIVE bagaimana beliau melakukan pembedahan kepada power bank tiruan yang berkapasiti 68000mAh (tinggi kapasiti nya nie..)
PEMBEDAHAN POWER BANK TIRUAN BERPASIR [VIDEO]
Sumber video : Youtube (from channel Moko Style)
Saya tak pernah jemu untuk cuba membantu menyebarkan info-info seperti ini kerana saya tak nak melihat anda rugi dengan membeli gajet yang tidak berkualiti dan tiruan. Bukan semua penjual gajet menipu, tetapi ada sebilangan kecil yang suka mengambil kesempatan kepada anda. Nasihat saya,sila berhati-hati yer. Tolong check sampai 100 kali pun sebelum menyerahkan duit anda kepada mereka-mereka ini.
Sumber Gambar : Facebook oleh page Sukan Star TV
Bagaimana Nak Kenal Pasti Power Bank Tiruan ??
- HARGA MURAH – AWAS !! Ini sememangnya faktor paling utama kenapa kebanyakkan orang memilih power bank tiruan. Harga nya akan lebih murah antara 50-60% dari harga original.
- KAPASITI TERLAMPAU TINGGI – Ramai yang tergoda apabila di tawarkan power bank 30000-40000mah hanya pada sekitar RM40-50 sahaja. Walaupun sebenarnya, kapasiti yang sebenar adalah 2000-3000mAh sahaja.
- MUDAH DI DAPATI – Senang nak dapat. Di pasar malam,tepi jalan,dalam pasaraya atau di jual secara online.
- PAKEJ TAK MASUK AKAL – Paling senang detect power bank original atau tidak adalah dari segi tawaran penjual tersebut. Jika Buy 1 Free 1 utk model yang sama tapi harga murah (harga sama mcm beli sebijik power bank original punya), jadi boleh percaya ker ??
Jadi, khas untuk anda,saya sarankan anda sekali lagi untuk membeli power bank dari penjual yang sah atau yang anda pernah berurusan sahaja 🙂 . Jangan membeli power bank dengan tawaran yang tidak masuk akal kerana takut anda di tipu dengan power bank tiruan .
Hati-hati yer . Hindari scammer sama ada di online mahupun offline .