Anda sedang berusaha untuk menjejak Pokemon anda? Tahukah anda yang anda sedang terdedah dengan pelbagai masalah jika anda terlalu leka untuk menangkap Pokemon anda tersebut. Ada laporan di mana , anda di antara “penangkap” Pokemon telah di rompak, di ragut, terjatuh di dalam longkang dan sebagainya.
Jadi, bagaiman untuk anda pastikan, anda serta rakan-rakan anda selamat dari sebarang masalah kelak ?
Prihatin dengan masalah tersebut, pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah mengeluarkan satu garis Panduan Keselamatan Permainan Pokemon Go . Dengan 10 langkah ini, anda mampu untuk melindungi diri anda dari sebarang masalah semasa mengembara menangkap Pokemon anda.
.
1. Lindungi Maklumat Peribadi Anda
Permainan ini mengkehendaki anda untuk mendaftar dan berkongsi maklumat peribadi selain menggunakan lokasi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Pertimbangkan sama ada anda sanggup untuk mendedahkan maklumat peribadi anda. Ibu bapa juga seharusnya sedar bahawa data anak-anak mereka diambil ketika bermain Pokémon Go.
.
2. Waspada akan penipuan dalam talian dan luar talian
Berhati-hati dengan aplikasi mudah alih yang palsu dan peralatan mencurigakan yang berada dalam talian dan ditawarkan kepada anda. Ini kerana, aplikasi sedemikian mungkin mendedahkan anda kepada ancaman penggodam atau malware.
.
3. Pantau jumlah wang yang anda belanjakan ketika melakukan pembelian melalui aplikasi mudah alih, ia mungkin menelan belanja yang tinggi
Terdapat pembelian yang boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih dan insentif-insentif lain, yang harganya boleh mencecah USD99.99 atau RM403.86 (untuk 14,500 syilingPoke). Justeru, sentiasa sedar apa yang anda belanjakan.
.
4. Sambungan Data
Pokémon Go akan menggunakan GPS dan sambungan data (Wifi atau data mudah alih, sama ada 3G ataupun 4G) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sekitar anda dan ini berkemungkinan menjejaskan kuota data mudah alih anda.
.
5. Bawa bersama bateri tambahan untuk telefon anda
Pokémon Go akan memakan banyak bateri telefon anda. Oleh yang demikian, bawalah bersama cas bateri atau sumber kuasa dan bersedia untuk menghubungi anggota keluarga jika berlakunya kecemasan.
.
6. Jangan masuk ke kawasan merbahaya atau kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat, hormati privasi kawasan-kawasan berkenaan
Jangan merayau atau memasuki ke kawasan merbahaya dan kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat dalam usaha anda untuk menangkap Pokémon.
.
7. Waspada dengan individu yang ingin berjumpa dengan anda
Jangan bermain secara bersendirian atau bersetuju untuk bertemu dengan individu yang tidak dikenali ketika bermain permainan tersebut.
.
8. Berhati-hati semasa bermain dan jangan menunggang basikal mahupun motosikal, ataupun memandu kereta ketika menggunakan telefon anda
Berhati-hati semasa menggunakan telefon anda dan jangan menunggang basikal ataupun motosikal mahupun ketika memandu kereta, termasuk ketika anda bermain Pokémon Go atau menghantar teks pesanan kepada rakan-rakan dan anggota keluarga anda.
.
9. Mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan mengenai isu keselamatan dan sensitiviti permainan Pokémon Go harus menghubungi pihak yang membangunkan permainan berkenaan di alamat seperti berikut:-
Niantic, Inc.
2 Bryant Street
Suite 220, San Francisco, CA 94105
Amerika Syarikat
Laman sesawang: http://www.nianticlabs.com
.
10. Melaporkan Terhadap PokéStop atau Masalah-Masalah Gym
https://support.pokemongo.nianticlabs.com/hc/en-us/articles/221968408-Reporting-PokéStop-or-Gym-Issues
.
Ini merupakan Garis Panduan umum. Pemain-pemain Pokémon Go adalah dinasihatkan untuk mematuhi panduan atau nasihat yang dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan yang lain.
Sumber artikel :- SKMM