Saya kerap di tanya soalan ini :- ” Saya ada ternampak yang packaging Pineng ada warna hitam dan coklat. Sebenarnya, mana satu yang original Pineng yer? Saya takut terbeli yang tiruan. “
Sila lihat di bawah, antara dua packaging Power Bank Pineng ini, mana satu kah yang original ? Adakah yang coklat itu power bank tiruan? atau yang hitam ?? (Model power bank untuk ke dua-dua item di bawah adalah sama iaitu PN963 10000mAh).
Saya ada tanya pada fans Sifupowerbank di Facebook, dan ada yang menjawab nya dengan betul dan tepat sekali. Power lah korang. Jadi, anda dah tahu mana satukah packaging power bank Pineng original ? OK, lihat komen dari kawan-kawan kita di Facebook.
Mana Satu Packaging Power Bank Pineng Original & Boleh di Percayai ??
Yes, Jawapan paling hensem dan tepat adalah pada bro Muhammad Shahrom yang mana,kedua-dua packaging di atas sama ada hitam atau coklat tersebut adalah 100% Original Pineng. Beza hanya lah pada sasaran pasaran power bank tersebut sama ada untuk di jual pasaran domestik China atau untuk di jual di pasaran antarabangsa. Jadi, tiada apa-apa perbezaan pun dari segi kualiti power bank, jenis bateri atau ciri-ciri yang ada pada setiap model. Anda tak perlu bimbang ok.
Cuma pastikan yang setiap set power bank Pineng original yang ada beli itu mesti ada kotak biru “security code” untuk anda semak kod tersebut di website rasmi Pineng (http://pineng.cn). Jika masa beli,tiada kotak biru tu, sila jangan beli untuk mengelakan anda di tipu .
Sila Baca :Klik di Sini “Cara Pantas & Berkesan Check Originality Pineng“Jadi, anda tidak perlu bimbang apa-apa lagi. Teruskan pembelian Pineng Power Bank Original dari penjual-penjual yang jujur dan di percayai sahaja. Tanya kawan-kawan yang ada power bank atau boleh terus tanya saya di ruangan “contact us” /tulis lah apa2 komen di bawah yer. 😎 😎 😎