Whatsapp : 017-787 9824
ORICO MOUPS 100000mAh Powerbank 1

ORICO MOUPS 100000mAh Powerbank

Pada saat ini, jika anda mempunyai satu power bank yang berkapasiti 10’000mAh , anda sudah boleh mengecas anggaran 3X bateri smartphone anda.  Manakala jika kapasiti 30’000 mAh, boleh cas dalam 9X bateri anda.

Namun, cuba bayangkan jika anda memiliki sebuah 100,000mAh Powerbank . Yes..Benar apa yang anda baca. 100’000mAh. Mungkin boleh sampai 80X cas kan. 🙂

Untuk pengetahuan anda, pihak Orico telah pun mengeluarkan satu-satu nya power bank berkapasiti jumbo di bawah model Orico Moups 100,000mAh Powerbank . Sebelum ini, ada lagi satu power bank berkapasiti gergasi dari jenama Anker yang pernah kami share sebelum ini (baca: Anker Power Bank 120’000mAh)

ORICO MOUPS 100000mAh Powerbank 2

Power bank ini bertindak sebagai UPS (Universal Power Supply) yang mana mampu mengecas pelbagai peralatan elektronik & elektrik seperti smartphone , peti sejuk mini, TV, radio, dron, laptop & pelbagai lagi gajet kesayangan anda.

Orico Moups power bank ini di datangkan dengan 2 kapasiti iaitu 50’000mAh dan 100’000mAh . Kedua-dua versi tersebut mempunyai 4 USB port yang mana anda boleh mengecas 4 gajet serentak salam satu-satu masa.Power bank ini juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 (QC 3.0) dengan arus maksimum 18W.

Kedua-dua versi Orico Moups (50’000mAh & 100’000mAh) mengguna kan bateri dari Samsung, LG & Panasonic. Power bank ini juga di serta kan sekali dengan LED Flashlight yang mana, fungsi ini boleh di gunakan jika anda berada di dalam kegelapan terutama apabila anda melakukan aktiviti outdoor seperti berkhemah atau hiking. Powerbank ini juga mempunyai output 220V AC untuk di gunakan pada perlatan eletrik.

ORICO MOUPS 100000mAh Powerbank 3

ORICO MOUPS 100000mAh Powerbank 4

Harga anggaran untuk Orico Moups powerbank ini adalah 50’000mAh (1299 Yuan = ~ RM808) dan untuk kapasiti 100’000mAh (1999 Yuan = ~RM1244) .

Jika anda seorang kaki outdoor tegar, adalah anda akan memiliki sebuah 100,000mah powerbank ini ?

Sumber artikel & Info : Gizmochina.com

2 comments

    Where to buy?

      I think you can find it at Amazon.com

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping