fbpx

NitroQ Power Bank 7 Minit Cas Penuh

Home » NitroQ Power Bank 7 Minit Cas Penuh

Pengecasan pantas merupakan salah satu teknologi yang kian mendapat perhatian dari pengeluar gajet sama ada smartphones atau power bank. Tiada siapa di dunia ini yang suka untuk menunggu smartphone atau power bank mereka penuh untuk tempoh masa yang terlalu lama. Lagi cepat di cas, lebih bagus dan memberi kelebihan kepada pengguna nya.

NitroQ Power Bank – jenama baru untuk power bank yang di saat ini masih dalam tempoh menunggu pelancaran nya di pasaran. Di jangka akan di lancarkan untuk pasaran pada 29/Jan/2017 .

Yang menarik nya dengan NitroQ Power Bank ini adalah, di katakan power bank ini mampu mengecas smartphones anda penuh 100% dalam masa 7 minit sahaja. Woow..ini antara fungsi terbaik dan kekuatan pada jenama NitroQ ini. Setakat ini, masih belum ada power bank yang mampu mengecas sepantas 7 minit sahaja untuk satu smartphone. NitroQ Power Bank di perkasa kan melalui teknologi Nano yang di pertingkat untuk memberikan pengalaman pengecasan pantas yang terbaik. 

Beberapa kelebihan pada NitroQ Power Bank , antara nya adalah :- 

  1. NitroQ di hasil kan dari aluminum berkualiti tinggi yang tahan lama, berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya kehidupan anda. Nampak simple tetapi berkuasa. 
  2. Bateri yang di gunakan pada power bank ini mampu bertahan sehingga 1500 kali penggunaan atau bersamaan dengan penggunaan untuk tempoh sehingga 10 tahun pada pengguaan yang biasa. 
  3. Anda boleh mengecas power bank dan mengecas smartphone anda dalam masa yang sama. Ini kerana modul input & output yang menggunakan sistem yang berlainan dan tidak akan membebankan power bank tersebut. 
  4. Melindungi dari kebocoran kuasa dari power bank bila anda tidak menggunakan nya. Maknanya, kuasa power bank masih kekal jika tidak di gunakan. 

Ini adalah video pengenalan ringkas power bank ini :-

Dari segi spesifikasi penuh masih belum di dedahkan oleh mereka,namun kami pasti yang selepas pelancaran nya hujung bulan ini, kita akan dapat lihat spesifikasi power bank ini dengan lebih terperinci dari segi kapasiti bateri, jenis bateri, USB port , atau saiz . 

Untuk anda yang berminat dengan NitroQ Power Bank ini,  mereka tawarkan diskaun 50% untuk tempahan selepas pelancaran produk mereka ini.Anda hanya perlu isikan nama dan alamat email anda untuk menerima notifikasi tentang pelancaran NitroQ Power bank secara rasmi dan bagaimana untuk dapatkan tawaran khas 50% mereka. 

Daftar di sini dan dapatkan maklumat lanjut di :- https://comingsoon-tech.com/nitroq-seven-minute-portable-power-bank

Di harap inovasi ini dapat di hasilkan di negara kita pula supaya dapat membantu pengguna smartphone di Malaysia dengan kos yang lebih rendah. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top